Langkau ke kandungan utama

Pohon besar lembutkan pandangan


SEMAKIN ramai suri rumah gemar menghias pokok bunga atau tanaman hijau di dalam rumah mereka, namun janganlah hanya memilih tanaman yang bersaiz kecil seperti dedaun renek.

Adakalanya anda harus cuba menukar selera dengan menghias beberapa tanaman besar di dalam rumah. Sebenarnya, tanaman bersaiz besar ini boleh dihias dalam pelbagai cara.

Contohnya, tanaman dedaun yang diletakkan berhampiran tingkap atau pintu balkoni boleh membuatkan pandangan meleret ke taman di luar tingkap atau balkoni anda.

Dalam kebanyakan rumah, sesuatu ruang disambungkan ke ruang yang satu lagi oleh pembukaan berbentuk kubah. Tanaman seperti ini amat sesuai diletakkan berhampiran pembukaan itu.

Sebelum menghias rumah dengan tanaman bersaiz besar ini, anda terlebih dulu harus memahami cara memilih jenis tanaman yang sesuai. Caranya, pilih mengikut kesesuaian gaya ruang berkenaan.

Contohnya, tumbuhan palma amat sesuai untuk menyerikan lagi perabot berwarna logam atau berkilat, manakala tanaman jenis `weeping fig’ sesuai untuk perabot jenis tradisional.
Sementara itu, perabot moden pula sesuai dengan tanaman jenis `angular yuccas’ atau `dracaenas’ (dragon plants).

Selain melembutkan pandangan mata, tanaman bersaiz besar ini juga sesuai untuk memenuhi ruang rumah yang luas. Ini mungkin disebabkan sesetengah orang tidak suka menyimpan banyak perabot. Oleh itu, ruang yang berlebihan boleh dihiasi dengan pokok jenis ini.

Untuk memaparkan kesan yang lebih unik, anda boleh meletakkan lampu berhampiran pokok itu.

Caranya ialah dengan meletak lampu itu agar menyuluh pokok berkenaan dari bawah. Untuk tujuan ini, anda boleh menggunakan lampu jenis `uplighter’.
Kesan unik yang dimaksudkan ialah berbayang dedaun yang dihasilkan di dinding dan siling, terutama pada waktu malam apabila lampu `uplighter’ itu dinyalakan dalam ruang yang samar.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tip: Jenis pencahayaan di taman

TIGA jenis pencahayaan yang biasanya digunakan dalam mencapai impak menarik dalam sesebuah taman. Sungguhpun demikian jenis dan teknik penggunaan lampu taman bergantung kepada kesesuaian reka bentuk sesuatu taman. Ia lebih kepada tujuan mendapatkan ‘mood’ dan mengubah perspektif di taman pada malam hari. ‘Spotlighting’ Jenis lampu dan pencahayaan yang terang adalah untuk dijadikan sebagai sumber cahaya bagi memfokus sesuatu binaan atau feature structure seperti arca atau kolam yang mempunyai air pancut. Selain itu ia biasa digunakan bagi mendapatkan pencahayaan menyeluruh dalam taman. Namun, posisi jenis lampu perlu diteliti kerana kekuatan cahaya yang dipancarkan juga akan mewujudkan rasa ketidakselesaan bila berada di taman. ‘Uplighting’ Ada pelbagai jenis di pasaran dan sangat popular di kebanyakan taman. Jenis ini biasanya digunakan untuk mendapatkan kesan bayangan terutama jika dipancarkan kepada pokok dari bawah atau dipasang pada dahan pokok besar (pokok jenis te...

Lili air mudah dijaga

TERATAI tumbuhan penghias kolam paling mendapt sambutan. TERATAI yang turut dikenali sebagai pokok lili air adalah tumbuhan terbiar yang mempunyai nilai komersial apabila digunakan untuk menghiasi taman yang mempunyai kolam. Tumbuhan ini lazimnya mampu hidup subur pada paras suhu tidak melebihi 20 Celsius. Bahang matahari yang terlalu panas boleh menyebabkan tumbuhan itu layu dan terbantut. Bagaimanapun, kebanyakan pemilik taman tempatan yang mempunyai kolam buatan atau semula jadi kurang mendalami teknik penanaman mengikut keperluan dan kesesuaiannya. Malah sesetengah pemilik taman menganggap tidak berkemampuan untuk memiliki baka teratai apabila mendapati harga setiap pokok yang diimport agak mahal. Tentunya amat sukar untuk menanamnya bagi memenuhi ruang kolam yang luas. Penanaman teratai menjadi suatu kemestian untuk menghiasi setiap kolam yang dibina di halaman rumah penduduk di Kemboja, Vietnam dan Thailand. Ia seolah-olah melambangkan tr...