TIGA jenis pencahayaan yang biasanya digunakan dalam mencapai impak menarik
dalam sesebuah taman. Sungguhpun demikian jenis dan teknik penggunaan lampu
taman bergantung kepada kesesuaian reka bentuk sesuatu taman. Ia lebih kepada
tujuan mendapatkan ‘mood’ dan mengubah perspektif di taman pada malam hari.
‘Spotlighting’
Jenis lampu dan pencahayaan yang terang adalah untuk dijadikan sebagai sumber cahaya bagi memfokus sesuatu binaan atau feature structure seperti arca atau kolam yang mempunyai air pancut. Selain itu ia biasa digunakan bagi mendapatkan pencahayaan menyeluruh dalam taman. Namun, posisi jenis lampu perlu diteliti kerana kekuatan cahaya yang dipancarkan juga akan mewujudkan rasa ketidakselesaan bila berada di taman.
‘Uplighting’
Ada pelbagai jenis di pasaran dan sangat popular di kebanyakan taman. Jenis ini biasanya digunakan untuk mendapatkan kesan bayangan terutama jika dipancarkan kepada pokok dari bawah atau dipasang pada dahan pokok besar (pokok jenis teduhan). Dengan kepelbagaian warna anda boleh mendapatkan efek khas yang berbeza pada malam hari untuk pencahayaan di taman dengan mudah.
‘Backlighting’
Berbeza dari segi posisi apabila dipasang, fungsinya seakan sama dengan jenis ‘uplighting’. Namun, masih mempunyai kelebihannya sendiri. Biasanya jenis pencahayaan ini lebih menarik lagi bila digandingkan dengan lattice atau feature wall. Kedudukan lampu yang dipasang sedikit ke belakang terutama pada jenis pokok buluh atau palma kesan bayangan tumbuhan ini dapat dipantulkan. Ia juga bagi mendapatkan impak fokus tanaman pagaran yang dibelakangnya mempunyai dinding.
Bagaimanapun, aplikasi jenis lampu dan pencahayaan di taman perlulah peka juga dengan persekitaran supaya kesan pancaran yang terlalu kuat dan silau tidak membuatkan jiran kita rasa kurang menyenangkan. Pemilihan kuasa lampu yang rendah akan mengurangkan kesan cahaya berlebihan yang akan membataskan kita nikmati ribuan bintang di langit tatkala kita bersantai pada hari langit yang cerah.

Ulasan