Langkau ke kandungan utama

Heliconia subur dan mudah dibiak



HELICONIA atau pokok sepit udang menjadi pilihan utama ramai pemilik kediaman dan pereka landskap ketika mewujudkan taman berkonsepkan tropika.Tanaman yang tergolong dalam spesies herba saka itu amat menarik ditanam di halaman rumah kerana ia mengeluarkan bunga beraneka warna.
Malah, keunikan bunganya yang berwarna terang membantu menaikkan seri kepada keseluruhan penataan landskap.Berdaun lebar, tinggi dan tumbuh padat menyebabkan tanaman hiasan itu popular bagi mereka yang tercari-cari pokok pagaran yang sesuai.
Kehadirannya secara berkelompok dan diadunkan dengan pokok hiasan menyerlah reka bentuk taman yang indah.Secara langsung tanaman itu mudah membiak dan tumbuh subur dalam iklim hutan hujan tropika.
Ia juga sesuai kepada anda yang baru saja berjinak-jinak dengan dunia perkebunan dan penanaman tanaman hiasan.Antara cara menyemai dan membiakkan heliconia paling popular ialah menggunakan kaedah belahan rumpun.
Bagaimanapun ia tidak digalakkan untuk ditanam bersama pokok hiasan lain kerana membantutkan tumbesaran pokok berhampiran.Heliconia sentiasa subur dan berbunga jika mendapat cahaya matahari secukupnya.Pastikan ia menerima aliran udara yang bebas kerana heliconia tidak sesuai hidup di tempat terkepung atau tertutup.
Antara tanah yang sesuai digunakan ialah jenis peroi liat berkelembapan tinggi, tetapi pastikan air tidak mudah bertakung.Bagi meronggakan tanah dan meninggikan kelembapannya, tambah dan campurkan bahan organik seperti tanah gambut, baja asli serta baja kompos.Anak pokok helicornia dibeli hendaklah segera ditanam untuk mengelakkan daripada menjadi layu.
Seterusnya siram pokok yang baru ditanam dan sebaik-baik disungkup dengan bahan organik yang ada untuk mengekalkan kelembapan.Tanaman ini perlu kerap dibaja supaya dapat mengeluarkan daun dan bunga yang lebih menarik.Proses mencantas harus dilakukan secara rutin apabila daun kelihatan layu dan berpenyakit, begitu juga bunga dan tangkainya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tip: Jenis pencahayaan di taman

TIGA jenis pencahayaan yang biasanya digunakan dalam mencapai impak menarik dalam sesebuah taman. Sungguhpun demikian jenis dan teknik penggunaan lampu taman bergantung kepada kesesuaian reka bentuk sesuatu taman. Ia lebih kepada tujuan mendapatkan ‘mood’ dan mengubah perspektif di taman pada malam hari. ‘Spotlighting’ Jenis lampu dan pencahayaan yang terang adalah untuk dijadikan sebagai sumber cahaya bagi memfokus sesuatu binaan atau feature structure seperti arca atau kolam yang mempunyai air pancut. Selain itu ia biasa digunakan bagi mendapatkan pencahayaan menyeluruh dalam taman. Namun, posisi jenis lampu perlu diteliti kerana kekuatan cahaya yang dipancarkan juga akan mewujudkan rasa ketidakselesaan bila berada di taman. ‘Uplighting’ Ada pelbagai jenis di pasaran dan sangat popular di kebanyakan taman. Jenis ini biasanya digunakan untuk mendapatkan kesan bayangan terutama jika dipancarkan kepada pokok dari bawah atau dipasang pada dahan pokok besar (pokok jenis te...

Lili air mudah dijaga

TERATAI tumbuhan penghias kolam paling mendapt sambutan. TERATAI yang turut dikenali sebagai pokok lili air adalah tumbuhan terbiar yang mempunyai nilai komersial apabila digunakan untuk menghiasi taman yang mempunyai kolam. Tumbuhan ini lazimnya mampu hidup subur pada paras suhu tidak melebihi 20 Celsius. Bahang matahari yang terlalu panas boleh menyebabkan tumbuhan itu layu dan terbantut. Bagaimanapun, kebanyakan pemilik taman tempatan yang mempunyai kolam buatan atau semula jadi kurang mendalami teknik penanaman mengikut keperluan dan kesesuaiannya. Malah sesetengah pemilik taman menganggap tidak berkemampuan untuk memiliki baka teratai apabila mendapati harga setiap pokok yang diimport agak mahal. Tentunya amat sukar untuk menanamnya bagi memenuhi ruang kolam yang luas. Penanaman teratai menjadi suatu kemestian untuk menghiasi setiap kolam yang dibina di halaman rumah penduduk di Kemboja, Vietnam dan Thailand. Ia seolah-olah melambangkan tr...