Langkau ke kandungan utama

Batu pelengkap taman : penyejuk air di kolam


PENGGUNAAN batu-batuan sebagai elemen hiasan penyeri laman kian popular di kalangan masyarakat.

PENGGUNAAN batu-batuan sebagai elemen hiasan penyeri laman kian popular di kalangan masyarakat.

Sama ada konsep Jepun, Bali, tropika, atau moden kontemporari, penggunaan batu menjadi penting sebagai pelengkap utama konsep berkenaan.

Selain berupaya menjadikan taman cantik, elemen batu-batuan sering diketengahkan kerana ia antara bahan yang tahan lama, kuat, senang diselenggarakan dan kelihatan semula jadi.

Lebih membanggakan kerana elemen batu-batuan turut menjadi penyudah dalam gubahan taman untuk kelihatan lebih natural.

Dalam menampilkan keindahan serba lengkap dan bersahaja, batu-batuan juga lebih disusun untuk membina kolam serta air terjun.

Malah, apabila memperkatakan elemen batu-batuan, ia tidak dapat lari daripada seni simenfero yang disusun untuk membina kolam serta air terjun.

Seni simenfero juga merujuk kepada seni ukiran simen yang tidak terhad kepada sesuatu bentuk objek.

Dalam menghasilkan seni simenfero, tiada sebarang gred atau pengkelasan simen yang ditetapkan kerana perkara paling penting ialah nisbah keseimbangan bancuhan antara simen, air dan pasir.

Seterusnya batu-batuan di kolam boleh menyejukkan air sekali gus menenangkan mata memandang.

Terdapat pelbagai saiz batu-batuan boleh digunakan bergantung kepada saiz taman yang ingin dicipta pemiliknya.

Taman lebih mencuri perhatian sekiranya jenis batu-batuan sungai dan buatan untuk seni simenfero ditampilkan.

Kehadiran elemen ornamen atau hiasan laman yang diukir daripada batu untuk menyerikan laman seperti set kerusi taman, pasu atau bekas tanaman, ukiran atau arca batu.

Bagi mendapatkan idea mengenai kaedah hiasan taman terbaik, anda boleh menggunakan khidmat profesional atau berkunjung ke pusat tanaman yang menyediakan contoh laman dengan elemen batu.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tip: Jenis pencahayaan di taman

TIGA jenis pencahayaan yang biasanya digunakan dalam mencapai impak menarik dalam sesebuah taman. Sungguhpun demikian jenis dan teknik penggunaan lampu taman bergantung kepada kesesuaian reka bentuk sesuatu taman. Ia lebih kepada tujuan mendapatkan ‘mood’ dan mengubah perspektif di taman pada malam hari. ‘Spotlighting’ Jenis lampu dan pencahayaan yang terang adalah untuk dijadikan sebagai sumber cahaya bagi memfokus sesuatu binaan atau feature structure seperti arca atau kolam yang mempunyai air pancut. Selain itu ia biasa digunakan bagi mendapatkan pencahayaan menyeluruh dalam taman. Namun, posisi jenis lampu perlu diteliti kerana kekuatan cahaya yang dipancarkan juga akan mewujudkan rasa ketidakselesaan bila berada di taman. ‘Uplighting’ Ada pelbagai jenis di pasaran dan sangat popular di kebanyakan taman. Jenis ini biasanya digunakan untuk mendapatkan kesan bayangan terutama jika dipancarkan kepada pokok dari bawah atau dipasang pada dahan pokok besar (pokok jenis te...

Lili air mudah dijaga

TERATAI tumbuhan penghias kolam paling mendapt sambutan. TERATAI yang turut dikenali sebagai pokok lili air adalah tumbuhan terbiar yang mempunyai nilai komersial apabila digunakan untuk menghiasi taman yang mempunyai kolam. Tumbuhan ini lazimnya mampu hidup subur pada paras suhu tidak melebihi 20 Celsius. Bahang matahari yang terlalu panas boleh menyebabkan tumbuhan itu layu dan terbantut. Bagaimanapun, kebanyakan pemilik taman tempatan yang mempunyai kolam buatan atau semula jadi kurang mendalami teknik penanaman mengikut keperluan dan kesesuaiannya. Malah sesetengah pemilik taman menganggap tidak berkemampuan untuk memiliki baka teratai apabila mendapati harga setiap pokok yang diimport agak mahal. Tentunya amat sukar untuk menanamnya bagi memenuhi ruang kolam yang luas. Penanaman teratai menjadi suatu kemestian untuk menghiasi setiap kolam yang dibina di halaman rumah penduduk di Kemboja, Vietnam dan Thailand. Ia seolah-olah melambangkan tr...