Langkau ke kandungan utama

STRATEGI PEMERHATIAN

Pelajar membuat pemerhatian terhadap perlakuan orang lain atau penerangan tentang sesuatu kemahiran
Definisi
Pembelajaran secara pemerhatian juga dikenali sebagai teori pembelajaran sosial, berlaku apabila perlakuan pelajar berubah selepas memerhati perlakuan seorang guru atau model. Perlakuan perubahan ini dipengaruhi oleh kesan positif atau negatif seseorang guru atau model. Pembelajaran secara pemerhatian adalah satu aplikasi kemahiran asas yang merangkumi pendekatan berpusatkan guru, guru sebagai mentor atau fasilitator dan berpusatkan pelajar.
Prinsip Asas
Terdapat beberapa prinsip asas pembelajaran secara pemerhatian:
• Pelajar akan meniru perlakuan seorang guru atau model sekiranya perlakuan itu menarik minat pelajar seperti bakat, sikap atau kepandaian
• Pelajar akan memberi reaksi atau bertindak kepada bagaimana seseorang guru atau model itu diperlakukan, contohnya apabila perlakuan seseorang guru atau model itu diperakui dan dihargai, pelajar akan meniru perlakuan tersebut dan sebaliknya
• Pelajar boleh “memperolehi” sesuatu perlakuan dengan pemerhatian tanpa melakukan perlakuan tersebut. Dalam sesuatu situasi yang bersesuaian, perlakuan itu akan ditonjolkan atau dipamerkan
• Pembelajaran secara pemerhatian melibatkan empat proses:
1. Penumpuan (Attention)
Pelajar memberi tumpuan kepada persekitaran. Proses ini dipengaruhi oleh faktor seperti ciri-ciri atau karektor seseorang guru atau model seperti setakat mana pelajar suka atau apakah jangkaan pelajar terhadap beliau.
2. Penyimpanan (Retention)
Pelajar tidak sahaja mengenali perlakuan yang diperhatikan tetapi mengingati apa yang diperhatikan. Proses ini bergantung kepada keupayaan pelajar untuk menstrukturkan maklumat dengan kaedah yang mudah untuk diingati atau dipraktiskan.
3. Penghasilan (Production)
Pelajar berkemampuan untuk menghasilkan perlakuan secara fizikal atau intelek. Penghasilan ini memerlukan latihan berulangan
4. Motivasi (Motivation)
Secara umumnya, pelajar akan melakukan sesuatu perlakuan sekiranya mendapat motivasi atau mempunyai sebab untuk melakukannya. Kehadiran pengukuhan atau dendaan samada kepada guru/ model atau secara langsung kepada pelajar, menjadi satu perkara penting dalam proses ini.
• ‘Attention’ dan ‘Retention’ melibatkan proses memperolehi dan mempelajari perlakuan seseorang guru atau model manakala ‘Production’ dan ‘Motivation’ mengawal persembahan perlakuan tersebut.
• Kaedah-kaedah yang digunakan adalah eksperimen, simulasi (main peranan, permainan, model/ lakonan)
Bagaimana pembelajaran secara pemerhatian memberi impak kepada pembelajaran:
• Kurikulum – Pelajar mestilah mendapat peluang untuk memerhati dan meniru perlakuan yang membawa kepada satu pengukuhan yang positif
• Arahan – Guru mestilah memberi galakan kepada pembelajaran kolaboratif, kerana pembelajaran berlaku dalam konteks sosial dan persekitaran
• Penilaian – Guru mestilah menyediakan insentif dan satu persekitaran yang menyokong kepada perlakuan tersebut.
Contoh Senario:
Guru kami menunjukkan cara bunyi dihasilkan dengan menggunakan barangan dapur. Beliau juga menunjukkan bagaimana badan kita boleh menghasilkan bunyi. Contohnya kita berdengkur, hentak kaki, tepuk tangan, petik jari dan tepuk paha. Kemudian kami diminta menyatukan semua bunyi bagi menghasilkan gubahan muzik yang diberi nama “muzik bunyi”.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tip: Jenis pencahayaan di taman

TIGA jenis pencahayaan yang biasanya digunakan dalam mencapai impak menarik dalam sesebuah taman. Sungguhpun demikian jenis dan teknik penggunaan lampu taman bergantung kepada kesesuaian reka bentuk sesuatu taman. Ia lebih kepada tujuan mendapatkan ‘mood’ dan mengubah perspektif di taman pada malam hari. ‘Spotlighting’ Jenis lampu dan pencahayaan yang terang adalah untuk dijadikan sebagai sumber cahaya bagi memfokus sesuatu binaan atau feature structure seperti arca atau kolam yang mempunyai air pancut. Selain itu ia biasa digunakan bagi mendapatkan pencahayaan menyeluruh dalam taman. Namun, posisi jenis lampu perlu diteliti kerana kekuatan cahaya yang dipancarkan juga akan mewujudkan rasa ketidakselesaan bila berada di taman. ‘Uplighting’ Ada pelbagai jenis di pasaran dan sangat popular di kebanyakan taman. Jenis ini biasanya digunakan untuk mendapatkan kesan bayangan terutama jika dipancarkan kepada pokok dari bawah atau dipasang pada dahan pokok besar (pokok jenis te...

Lili air mudah dijaga

TERATAI tumbuhan penghias kolam paling mendapt sambutan. TERATAI yang turut dikenali sebagai pokok lili air adalah tumbuhan terbiar yang mempunyai nilai komersial apabila digunakan untuk menghiasi taman yang mempunyai kolam. Tumbuhan ini lazimnya mampu hidup subur pada paras suhu tidak melebihi 20 Celsius. Bahang matahari yang terlalu panas boleh menyebabkan tumbuhan itu layu dan terbantut. Bagaimanapun, kebanyakan pemilik taman tempatan yang mempunyai kolam buatan atau semula jadi kurang mendalami teknik penanaman mengikut keperluan dan kesesuaiannya. Malah sesetengah pemilik taman menganggap tidak berkemampuan untuk memiliki baka teratai apabila mendapati harga setiap pokok yang diimport agak mahal. Tentunya amat sukar untuk menanamnya bagi memenuhi ruang kolam yang luas. Penanaman teratai menjadi suatu kemestian untuk menghiasi setiap kolam yang dibina di halaman rumah penduduk di Kemboja, Vietnam dan Thailand. Ia seolah-olah melambangkan tr...