Langkau ke kandungan utama

Kuasa dan Pengaruh


Kuasa dan Pengaruh :

Kuasa merujuk kepada keupayaan atau kekuatan yang ada pada seseorang individu atau kumpulan untuk menjadikan individu atau kumpulan lain berubah mengikut laluan tertentu . Pengaruh pula merujuk kepada apa jua gelagat individu yang dapat mengubah gelagat dan perasaan orang lain.

John French dan Bert Raven (1960) membahagikan kuasa kepada beberapa bahagian:

1.            Kuasa sah: kuasa yang mempunyai perkaitan rapat dengan kedudukan atau jawatan tanpa mengira siapakah orang yang menguasai tempat tersebut.

2.            Kuasa ganjaran: kuasa utama ialah untuk memberi ganjaran.

3.            Kuasa paksaan: asas utama kuasa ini ialah untuk menghukum dan mengenakan tindakan tertentu.

4.            Kuasa petunjuk; kuasa ini terserlah melalui identifikasi pekerja bawahan terhadap pemegang kuasa. Identifikasi dalam konteks ini bermaksud penerimaan pengaruh oleh individu. Seorang ketua yang disukai oleh orang di bawahnya memiliki kuasa begini lebih dari ketua yang tidak disukai yang berpunca dari sebab tertentu.

5.            Kuasa kepakaran: kuasa ini berasaskan pandangan pekerja bawahan mengikut tahap pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki oleh seseorang ketua.



(Dipetik dari Razali Mat Zain, 1990)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tip: Jenis pencahayaan di taman

TIGA jenis pencahayaan yang biasanya digunakan dalam mencapai impak menarik dalam sesebuah taman. Sungguhpun demikian jenis dan teknik penggunaan lampu taman bergantung kepada kesesuaian reka bentuk sesuatu taman. Ia lebih kepada tujuan mendapatkan ‘mood’ dan mengubah perspektif di taman pada malam hari. ‘Spotlighting’ Jenis lampu dan pencahayaan yang terang adalah untuk dijadikan sebagai sumber cahaya bagi memfokus sesuatu binaan atau feature structure seperti arca atau kolam yang mempunyai air pancut. Selain itu ia biasa digunakan bagi mendapatkan pencahayaan menyeluruh dalam taman. Namun, posisi jenis lampu perlu diteliti kerana kekuatan cahaya yang dipancarkan juga akan mewujudkan rasa ketidakselesaan bila berada di taman. ‘Uplighting’ Ada pelbagai jenis di pasaran dan sangat popular di kebanyakan taman. Jenis ini biasanya digunakan untuk mendapatkan kesan bayangan terutama jika dipancarkan kepada pokok dari bawah atau dipasang pada dahan pokok besar (pokok jenis te...

Lili air mudah dijaga

TERATAI tumbuhan penghias kolam paling mendapt sambutan. TERATAI yang turut dikenali sebagai pokok lili air adalah tumbuhan terbiar yang mempunyai nilai komersial apabila digunakan untuk menghiasi taman yang mempunyai kolam. Tumbuhan ini lazimnya mampu hidup subur pada paras suhu tidak melebihi 20 Celsius. Bahang matahari yang terlalu panas boleh menyebabkan tumbuhan itu layu dan terbantut. Bagaimanapun, kebanyakan pemilik taman tempatan yang mempunyai kolam buatan atau semula jadi kurang mendalami teknik penanaman mengikut keperluan dan kesesuaiannya. Malah sesetengah pemilik taman menganggap tidak berkemampuan untuk memiliki baka teratai apabila mendapati harga setiap pokok yang diimport agak mahal. Tentunya amat sukar untuk menanamnya bagi memenuhi ruang kolam yang luas. Penanaman teratai menjadi suatu kemestian untuk menghiasi setiap kolam yang dibina di halaman rumah penduduk di Kemboja, Vietnam dan Thailand. Ia seolah-olah melambangkan tr...