Langkau ke kandungan utama

Topik 1 :Pengenalan Teori Seni Bina Landskap dan Persekitaran

  • PENGENALAN

Seorang pakar seni bina landskap akan bekerja dengan pakar-pakar lain (seperti
jurutera, seni bina, perancang bandar) dalam mereka bentuk taman rekreasi,
kawasan perumahan dan perindustrian, padang golf, lebuh raya, bangunan dan
sebagainya (lihat Rajah 1.1).


Rajah 1.1: Taman rekreasi












  • OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Setelah mengikuti topik ini, anda akan dapat:
1. memahami tentang teori senibina landskap dan persekitaran;
2. memahami perhubungan antara manusia dan alam sekitar; dan
3. kesedaran tentang landskap sebagai satu bidang.

Menurut Laurie (1975); seni bina landskap bermaksud:"perancangan dan
reka bentuk tanah & air untuk kegunaan awam". Perancangan membawa
erti;"Suatu pendekatan di mana tanah dilihat sebagai sumber yang perlu
di urus bergantung kepada keperluan dan kehendak masyarakat". "Reka
bentuk" pula bermaksud; "pengurusan dan pengaturan sekeping tanah
yang telah di tentukan melalui proses perancangan berdasarkan sesuatu
tujuan, seperti perumahan, pendidikan dan rekreasi".
 Menurut Hubbard dan Kimball (1917): Seni bina landskap merupakan;
"seni halus" di mana fungsi utamanya adalah untuk mencipta dan
memelihara kecantikan alam sekitar yang diduduki oleh manusia termasuk
kawasan semula jadi negara".

Menurut Garrett Eckbo (1950), seni bina landskap merupakan: „sebahagian
landskap yang dibentuk oleh manusia dengan tujuan utamanya sebagai
ruang untuk manusia hidup (tidak termasuk pertanian dan perhutanan)
Seni bina landskap ialah suatu disiplin yang melibatkan pelbagai bidang seperti
geografi, matematik, kejuruteraan, seni, hortikultur, sains sosial, sejarah dan juga
falsafah (lihat Rajah 1.2)

Rajah 1.2: Seni bina landskap melibatkan pelbagai disiplin
Perancangan dan pembangunan landskap bagi tujuan pertanian dan keperluan
sosial telah bermula sejak tamadun awal Mesir, China dan Asia Tengah.
Pendekatan perancangan dan pembangunan landskap masa kini adalah
dipengaruhi oleh pengalaman, tradisi dan amalan masyarakat kita pada masa
lampau.

AKTIVITI 1.1
1. Bandingkan definisi seni bina landskap yang diperkenalkan oleh pakarpakar
dalam bidang.
2. Apakah kaitan di antara sejarah, geografi, matematik, seni, horikultur
dan falsafah dengan seni bina landskap?


1.1 MANUSIA DAN LANDSKAP
Pendidikan Cara-cara bagaimana manusia merancang dan membangunkan
landskap boleh dilihat sebagai suatu kontinum (continuum).
Kontinum



PEMUSNAHAN MINIMUM PEMUSNAHAN MAKSIMUM


Gutkind (1952) mengenal pasti 4 peringkat hubungan antara manusia dengan alam sekitarnya berdasarkan apa yang dikenali sebagai 'I-Thou' dan ,'I-It'.
  1. 'I-Thou' bermakna: hubungan adaptasi manusia dengan alam sekitarnya.
  2. 'I-It' bermakna: hubungan manusia menawan alam sekitarnya.
Empat peringkat hubungan manusia dengan alam sekitarnya:
(a) Ketakutan kepada kuasa alam semula jadi serta keinginan untuk selamat.
(Masyarakat primitif: memburu, bercucuk tanam serta pergantungan
kepada alam sekitar). "I-Thou"
(b) Mula wujud perasaan yakin sehingga membawa kepada adaptasi kepada
persekitarannya bagi memenuhi keperluan. Peringkat ini juga menyedari
limitasi di dalam memanipulasi alam sekitar. (Seni landskap Mesir, sistem
pertanian China).
'I-Thou'
(c) Peringkat 'aggression' dan 'conquest' yang wujud masa kini. Melibatkan
penggunaan teknologi moden. Banyak berlaku eksploitasi dan pembaziran
sumber. (Sistem pembinaan lebuh raya) 'I-It'
(d) Peringkat masa hadapan di mana akan wujudnya perasaan
tanggungjawab. Lebih sensitif kepada alam sekitar. (Bukti masa kini: kitar
semula, penggunaan minyak tanpa plumbum, „safe the rain forest‰ dan
sebagainya).


AKTIVITI 1.2
1. Apakah perbezaan di antara adaptasi dengan alam sekitar dan
menawan alam sekitar?
2. Terangkan 4 peringkat hubungan manusia dan alam sekitarnya.


1.2 SENIBINA LANDSKAP SEBAGAI SATU BIDANG
Masyarakat secara umumnya mengaitkan bidang seni bina landskap sebagai;
"Mereka yang terlibat dalam penanaman tumbuh-tumbuhan; iaitu "tukang
kebun". Joseph Addison merupakan orang pertama yang menulis berkenaan
membina landskap pada tahun 1712. Istilah "tukang kebun landskap" (landscape
gardner) dicipta oleh William Shenstone pada 1754. Istilah 'seni bina landskap'
(landscape architect) telah di cipta oleh Gilbert Laing Meason pada tahun 1828
dan digunakan sebagai gelaran profesional buat pertama kali oleh Frederick Law
Olmstead pada tahun 1863. Beliau adalah seorang yang mempunyai kemahiran
dalam bidang kejuruteraan dan pertanian.

Pada abad ke 19, perkataan „tukang kebun landskap‰ digunakan untuk mereka
yang membina (build) landskap dan perkataan „seni bina landskap‰ dikhaskan
untuk mereka yang mereka bentuk (design) landskap. Istilah „seni bina
landskap‰ diterima umum setelah penubuhan Persatuan Seni bina Landskap
Amerika (The American Society of Landscape Architects) pada tahun 1899 dan
penubuhan The International Federation of Landscape Architects (IFLA) pada
1948.
Kini bidang seni bina landskap telah berkembang dan diterima sebagai suatu
profesion seperti doktor, peguam dan sebagainya. Pelbagai pengkhususan telah wujud dalam bidang seni bina seperti berikut:
  1. Jurutera seni bina (landscape engineer) terlibat dengan pembinaan landskap
  2. Pengurus landskap (landscape manager) menggunakan pengetahuan mereka tentang tumbuhan dan alam semula jadi dan menasihati tentang penjagaan dan perkembangan projek-projek landskap.
  3. Saintist landskap (landscape scientist) terlibat dengan mengkaji berkenaan tanah-tanih, hidrologi, geomorfologi dan botani sesuatu landskap. Mereka menjalankan kajian dan tinjauan dan memberi nasihat tentang sesuatu kawasan yang ingin dibangunkan.
  4. Pereka bentuk taman (garden designers) terlibat dengan mereka bentuk taman seperti taman rekreasi.
AKTIVITI 1.3
1. Jelaskan secara ringkas perkembangan istilah seni bina landskap.
2. Rujuk kepada internet tentang profesion seni bina landskap.
Adams, J.A. & Billow, L.M. (1988). Descriptive Geometry and Geometric
Modelling: A Basis for Design. New York: Holt, Reinhart and Winston.
Hannebaum, L. (1990). Landscape Design: A Practical Approach. Virginia: Reston
Publishing Co. Inc.
Marlowe, O.C. (1977). Outdoor Design: A Handbook for the Architect and
Planner. London: Crosby Lockwood Staples.
Simmons, J.O. (1983). Landscape Architecture. New York: Mc Graw Hill Book
Co.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PENGURUSAN SUMBER AIR

SISTEM HIDROLOGI:   TAJUK:  PENGURUSAN SUMBER AIR .   Konsep Pengurusan Sumber Air .         Mengikut Oridorn (1977) dalam bukunya “ Water Manegment ”, “…..Pengurusan sumber air melibatkan perancangan,analisis,penilaian,penggunaan,impak dan  ramalan terhadap sumber-sumber air secara sistematik, cekap optimun tanpa membazir untuk menjamin bekalan air kepada pengguna sentiasa bersih dan berterusan …”. Justeru sumber-sumber air yang ada di sesuatu kawasan mestilah diuruskan dan diselenggarakan dengan bijak bagi memenuhi keperluan manusia masa kini dan akan datang tanpa mengorbankan alam sekitar. Oleh sebab itu konsep pembangunan sumber air yang lestari amat dititikberatkan.   Kegunaan Sumber Air : Kajian Kes, Malaysia .                          KEGUNAAN           CONTOH 1.  Kegunaan Domestik;  kegunaan/keperluan harian penduduk seperti memasak,membasuh/mencuci,mandian dll. Bekalan air  dari pada JBA, air sungai,tasik,perigi dl

MODUL PENGAJARAN GEOGRAFI 1

MODUL PENGAJARAN GEOGRAFI 1 ( ALAM SEKITAR FIZIKAL) OLEH : MAZLAN BIN JUNAIDI BAB 1 : SISTEM BUMI 1.1            KONSEP SISTEM – satu set angkubah yang berstruktur   dan saling berinteraksi antara satu sama lain untuk mencapai keseimbangan. 1.2           Terdiri daripada 3 sistem ; i)                terpencil – mempunyai sempadan yang   nyata dan tidak membenarkan kemasukan bahan dan tenaga. ii)              Tertutup – mempunyai sempadan yang membenarkan kemasukan tenaga sahaja tetapi menghalang kemasukan bahan. iii)           Terbuka – tidak mempunyai sempadan yang nyata dan membenarkan kemasukan tenaga dan bahan melalui sempadannya. 1.3           Bumi sebagai satu sistem – merupakan sistem tertutup yang membenarkan kemasukan tenaga daripada matahari tetapi tidak membenarkan kemasukan bahan. 1.3.1      Terdiri daripada komponen biosfera ( tumbuhan dan haiwan), atmosfera ( gas-gas di   udara), hidrosfera ( badan-badan air ), litosfera ( lapisan per

5R

Apa itu 5r Ramai yang tidak mengetahui apa itu 5r. Adakah rakyat di Malaysia tahu   betapa pentingnya 5r itu untuk menyelamatkan alam sekitar. 5R adalah singkatan kepada ‘rethink’ (fikir semula), ‘repair’ (baik pulih), ‘reuse’ (guna semula), ‘recycle’ (kitar semula) dan ‘reduce’ (kurangkan). Tahap kesedaran rakyat Malaysia perlu dipertingkatkan bagi membolehkan rakyat Malaysia membantu dalam mengurangkan pembuangan sisa pepejal yang semakin bertambah sejajar dengan pertumbuhan penduduk di negara ini. Oleh itu rakyat Malaysia disarankan agar dapat mengamalkan sikap 5R ini bagi membantu mengurangkan penggunaan sumber asli secara lebih berkesan. Penerapan konsep 5R dalam mempromosikan amalan gaya hidup lestari memberi cabaran yang amat besar sekiranya semua golongan dari pelbagai peringkat tidak digembling. Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan(KPKT) pada tahun 2007, lebih 15,000 tan sampah dihasilkan di Malaysia pada setiap hari dan ian