Langkau ke kandungan utama

PENGURUSAN SUMBER AIR


SISTEM HIDROLOGI: 
TAJUK:  PENGURUSAN SUMBER AIR.
 
Konsep Pengurusan Sumber Air
      Mengikut Oridorn (1977) dalam bukunya “Water Manegment”, “…..Pengurusan sumber air melibatkan perancangan,analisis,penilaian,penggunaan,impak dan  ramalan terhadap sumber-sumber air secara sistematik, cekap optimun tanpa membazir untuk menjamin bekalan air kepada pengguna sentiasa bersih dan berterusan…”. Justeru sumber-sumber air yang ada di sesuatu kawasan mestilah diuruskan dan diselenggarakan dengan bijak bagi memenuhi keperluan manusia masa kini dan akan datang tanpa mengorbankan alam sekitar. Oleh sebab itu konsep pembangunan sumber air yang lestari amat dititikberatkan. 
Kegunaan Sumber Air : Kajian Kes, Malaysia. 
                       KEGUNAAN
          CONTOH
1.  Kegunaan Domestik;  kegunaan/keperluan harian penduduk seperti memasak,membasuh/mencuci,mandian dll.
Bekalan air  dari pada JBA, air sungai,tasik,perigi dll sumber.
2.     Kegunaan pertanian.  Empangan untuk membekalkan air/mengawal input-output air kepada kawasan tanaman khususnya padi sawah.
Empangan MUDA, Empangan KEMUBU.
3.       Membekalkan Kuasa Elektrik Hidro (KEH); untuk keperluan industri dan penduduk. Sumber alternatif yang penting kerana sumber kuasa ini  murah, bersih dan berterusan.
Stesyen Janakuasa di Empangan Kenyir, Empangan Cenderoh,  (Bakun dan Pergau –dalam pembinaan).
4.     Kegunaan Industri.  Bahanpencucian untuk pelbagai jenis industri dan penyejukan engine/generator.
Industri pembuatan kertas dan industri petro-kimia.
5.     Kegunaan pengangkutan. Sungai,selat,terusan digunakan untuk mengangkut barangan dan penduduk khususnya di kawasan pedalaman.
Sungai Pahang,Sungai Rajang dan juga Selat Melaka,Selat Teberau. 

 
Langkah-Langkah Pengurusan Sumber Air Lestari : Menjamin Bekalan Air Yang Bersih dan Berterusan. 
1. Membuat penelitian dan pengkajian tentang sumber-sumber air yang ada meliputi; Taburan dan kapasitinya berbanding dengan permintaan pengguna, sifat-sifat sumber air yang ada samada tetap atau bermusim disamping kajian EIA (Impak Alam Sekitar) jika sesuatu sumber air  itu  ingin dimajukan khususnya secara komersial. Contohnya kajian EIA telah dijalankan dalam projek Hidro Elektrik Bakun di Serawak. Kajian  elemen hidrologi  daripada awal adalah amat penting untuk memastikan  kapasiti bekalan air  akan berterusan dalam jangka masa yang panjang. Jika tidak masalah terputus bekalan akan sentiasa dihadapi oleh pengguna. Sebagai contoh kajian terhadap taburan hujan di sesuatu kawasan, input dan kadar alir sungai,simpanan air bawah tanah,topografi dan lain-lain yang berkaitan.



 
2. Perlaksanaan Undang-undang  untuk mengawal penggunaan sumber air/mencegah pencemaran air.  Meliputi undang-undang untuk mencegah industri atau pengguna yang mencemarkan sumber-sumber air  khususnya di sungai. Undang-undang mengekalkan kawasan tadahan dan mewujudkan zon-zon penampan  bagi menjamin storan air bawah tanah sentiasa berterusan untuk sungai-sungai dan empangan. Industri-industri yang dibina berhampiran dengan sumber air seperti sungai hendaklah mengawal pembuangan sisa toksidnya. Sebagai contoh hampir 500 buah industri yang dibina disepanjang sungai  Gombak dan sungai Kelang didapati menjadikan sungai tersebut sebagai saluran perlepasan enfluennya. Justeru tindakan yang tegas mestilah diambil seperti mengenanakan denda yang berat, penjara, menarik balik lesen operasi dan mengenakan caj perawatan air kepada kilang-kilang terbabit. 
3. Langkah merawat sumber-sumber air yang telah tercemar khususnya sumber air sungai dan tasik disamping melaksanakan program kitar semula air yang telah digunakan. Langkah ini boleh dilaksanakan melalui usahasama antara pihak kerajaan dengan pihak swasta. Sumber air yang telah tercemar mestilah dirawat agar airnya bersih kembali misalnya Sungai Kelang pernah mengalami proses rawatan. Kos rawatan yang tinggi mestilah dikongsi bersama oleh kerajaan mahupun swasta. Menyediakan perangkap sampah  di dalam sungai merupakan salah satu langkah yang baik untuk mengurangkan kuantiti pencemaran bahan pepejal (Solid ). Selain itu air yang telah digunakan oleh industri dan domestik boleh dikitar semula untuk pelbagai tujuan lain agar ia tidak terus membazir. 
4. Memajukan sumber-sumber air alternatif.  Bekalan air yang ada tidak seharusnya mengharapkan sungai dan empangan semata-mata. Sumber-sumber air yang berpotensi seperti air bawah tanah, air takungan tasik,kolam samada semulajadi atau buatan manusia  termasuk juga air hujan boleh dimanfaatkan sebagai sumber backup (pengganti) jika berlaku sesuatu krisis bekalan air. Di Malaysia sumber air bawah tanah merupakan sumber alternatif yang paling berpotensi boleh dimajukan. Selain daripada  kos dan teknologinya yang murah air bawah tanah juga masih bersih dan selamat digunakan dengan rawatn yang minimun. Justeru itu ia patut dimajukan dengan sebaik mungkin. 
5. Memperbaiki sistem pengagehan dan pengurusan air di samping kempen penggunaan air yang bijak kepada pengguna.  Sistem bekalan air di Malaysia patut diswastakan agar perkhidmatannya lebih cekap. Justeru kerajaan pusat mesti mengambil-alih  kuasa pengurusan air daripada kerajaan negeri berikutan daripada kerajaan negeri menghadapi masalah kekurangan kewangan dan kepakaran. Sebagai contoh krisis air di kelantan “Kelantan Waters” hanya  dapat diselesaikan dengan campurtangan kerajaan pusat.  Dengan memperbaiki sistem perpaipan yang sedia ada maka pembaziran air dapat dikurangkan. Pendidikan kepenggunaan air seharusnya di berikan kepada pengguna dari masa ke semasa agar sumber-sumber air tidak dibiarkan membazir. Air merupakan satu khazanah yang patut berterusan. 

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Thanks for the good info!
Tanpa Nama berkata…
terima kasih banyak atas bantuan cik memberi kerjasama dalam menjayakan pbs band 6 tingkatan 3 sekolah saya .....saya oam terengganu
Unknown berkata…
terima kasih,
karangan yg sngat awesome!!sya amat berterima kasih atas inforasi yg diberikan,,olahan yg menarik..
Tanpa Nama berkata…
Terima kasih atas info ini !