Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2012

Pohon besar lembutkan pandangan

SEMAKIN ramai suri rumah gemar menghias pokok bunga atau tanaman hijau di dalam rumah mereka, namun janganlah hanya memilih tanaman yang bersaiz kecil seperti dedaun renek. Adakalanya anda harus cuba menukar selera dengan menghias beberapa tanaman besar di dalam rumah. Sebenarnya, tanaman bersaiz besar ini boleh dihias dalam pelbagai cara. Contohnya, tanaman dedaun yang diletakkan berhampiran tingkap atau pintu balkoni boleh membuatkan pandangan meleret ke taman di luar tingkap atau balkoni anda. Dalam kebanyakan rumah, sesuatu ruang disambungkan ke ruang yang satu lagi oleh pembukaan berbentuk kubah. Tanaman seperti ini amat sesuai diletakkan berhampiran pembukaan itu. Sebelum menghias rumah dengan tanaman bersaiz besar ini, anda terlebih dulu harus memahami cara memilih jenis tanaman yang sesuai. Caranya, pilih mengikut kesesuaian gaya ruang berkenaan. Contohnya, tumbuhan palma amat sesuai untuk menyerikan lagi perabot berwarna logam atau berkilat, manakala

Tip: Kelebihan sungkupan pada tanaman

SUNGKUPAN dapat menjadi bahan hiasan atau dekor pada pangkal pokok selain menutup permukaan tanah yang kosong. RAMAI menyatakan bagus dan perlu kita letakkan bahan sungkupan pada tanaman sama ada ditanam dalam pasu atau tanah. Benarkah? Mari kita sama-sama berkongsi sejauh mana kebenarannya. Biasanya bahan yang biasa kita lihat di pasaran seperti sabut kelapa yang dikisar dan diproses contohnya, sesuai kita jadikan bahan sungkupan. Ia dapat mengekalkan kelembapan tanah ke atas tanaman kerana bahan berkenaan mampu memperlahankan kesan sejatan tatkala kita menyiram pokok ke atas permukaan tanah. Antara kebaikan lain, ia bertindak menghalang percikan tanah atau butiran baja yang kita letakkan pada pangkal pokok terpercik keluar apabila kita menyiram. Berikutan itu sungkupan pada pangkal pokok menghalang kerosakan pada akar pokok muda. Bahan sungkupan yang dihasilkan secara organik yang boleh kita hasilkan sendiri mampu berfungsi seperti dimaksudka

Tip: Jenis pencahayaan di taman

TIGA jenis pencahayaan yang biasanya digunakan dalam mencapai impak menarik dalam sesebuah taman. Sungguhpun demikian jenis dan teknik penggunaan lampu taman bergantung kepada kesesuaian reka bentuk sesuatu taman. Ia lebih kepada tujuan mendapatkan ‘mood’ dan mengubah perspektif di taman pada malam hari. ‘Spotlighting’ Jenis lampu dan pencahayaan yang terang adalah untuk dijadikan sebagai sumber cahaya bagi memfokus sesuatu binaan atau feature structure seperti arca atau kolam yang mempunyai air pancut. Selain itu ia biasa digunakan bagi mendapatkan pencahayaan menyeluruh dalam taman. Namun, posisi jenis lampu perlu diteliti kerana kekuatan cahaya yang dipancarkan juga akan mewujudkan rasa ketidakselesaan bila berada di taman. ‘Uplighting’ Ada pelbagai jenis di pasaran dan sangat popular di kebanyakan taman. Jenis ini biasanya digunakan untuk mendapatkan kesan bayangan terutama jika dipancarkan kepada pokok dari bawah atau dipasang pada dahan pokok besar (pokok jenis te

Pembiakbakaan Tumbuhan

Pembiakbakaan adalah satu proses mengubah dan memperbaiki kandungan genetik atau genotip individu/populasi kepada lebih superior atau yang dikehendaki. Sebelum pengetahuan bidang genetik ditemui, bidang Pembiakbakaan lebih dikenali sebagai suatu seni. Pembiakbakaan ketika itu memilih pokok yang lebih baik hanya menggunakan kemahiran dan kebijaksanaan mereka sendiri tanpa menggunakan kaedah-kaedah sains. Pemilihan itu kurang berjaya atau gagal memberikan hasil walaupun masa yang panjang dan tenaga yang lebih telah digunakan. Berikutan daripada perkembangan dan kemajuan yang dicapai dalam bidang genetik dan bidang sains gunaan yang lain seperti fisiologi, biometrik dan sebagainya, pada akhir abad ke-19 bidang Pembiakbakaan mula dikenali sebagai satu sains. Apabila hukum Mendel ditemui semula dan diterima pada tahun 1900, Pembiakbaka tumbuhan mula menggunakan ilmu pewarisan atau genetik dalam program Pembiakbakaan tumbuhan mereka. Kemajuan yang dicapai dalam bidang Pembiakbakaan

Menghias bilik mandi

MASYARAKAT Malaysia umumnya kurang memberi perhatian kepada bilik mandi. Malah, tidak ramai sanggup menghabiskan masa dan membelanjakan wang ringgit untuk menghias bilik mandi. Ini mungkin kerana bilik mandi jarang dilihat orang lain dan kita sekadar menyediakan kelengkapan asas yang perlu. Apabila menghias bilik mandi, perkara utama perlu diambil kira ialah keselesaan, kesantaian dan keanggunan. Dari segi warna, masyarakat Malaysia lazimnya menggunakan warna putih untuk bilik mandi. Putih memang sesuai bukan saja kerana warna ini cerah dan anggun, tetapi juga kerana kotoran pada permukaan putih mudah dilihat dan dibersihkan. Hijau dan biru juga pilihan warna sesuai untuk bilik mandi. Hijau adalah warna alam semula jadi dan bilik mandi berwarna hijau gelap boleh menghidupkan suasana selesa dan tenteram. Manakala, sentuhan warna kebiruan pula menjadikan suasana tenang. Apatah lagi hubungan warna biru dengan air memang sepadan dan sesuai untuk hiasan bilik mandi. Bagi bilik ma

Membiak tanaman hiasan ~bunga kertas

CETUSAN idea baru dalam mengubah seni bina landskap yang kusam dan tidak bermaya, seterusnya tampil dengan panorama hijau mendamaikan adalah satu kepuasan yang sukar diungkapkan. Terdapat pelbagai teknik mudah yang boleh anda lakukan untuk pembiakan tanaman hiasan taman.Antara tanaman paling mudah untuk pembiakan ialah bougainvillea atau pokok bunga kertas kerana kepelbagaian spesies dan warna bunganya.Sifat tanaman berkenaan yang cepat subur dan sesuai dengan iklim hutan hujan tropika, mendorong ramai pemilik kediaman menjadikan bougainvillea sebagai penyeri laman. Teknik pembiakan melalui cantuman batang tidak sesukar yang difikirkan. Jika berjaya, ia bakal merimbunkan taman peribadi anda.Teknik pembiakan melalui cantuman batang bougainvillea.Dahan yang dipilih mestilah masih muda dan belum diklasifikasikan sebagai kayu. Pokok asal dipanggil ‘pokok menunggu,’ sementara pokok yang diambil sebahagian kecil batang untuk dicantumkan pula dipanggil ‘pokok mendatang.’ Berik

Lili air mudah dijaga

TERATAI tumbuhan penghias kolam paling mendapt sambutan. TERATAI yang turut dikenali sebagai pokok lili air adalah tumbuhan terbiar yang mempunyai nilai komersial apabila digunakan untuk menghiasi taman yang mempunyai kolam. Tumbuhan ini lazimnya mampu hidup subur pada paras suhu tidak melebihi 20 Celsius. Bahang matahari yang terlalu panas boleh menyebabkan tumbuhan itu layu dan terbantut. Bagaimanapun, kebanyakan pemilik taman tempatan yang mempunyai kolam buatan atau semula jadi kurang mendalami teknik penanaman mengikut keperluan dan kesesuaiannya. Malah sesetengah pemilik taman menganggap tidak berkemampuan untuk memiliki baka teratai apabila mendapati harga setiap pokok yang diimport agak mahal. Tentunya amat sukar untuk menanamnya bagi memenuhi ruang kolam yang luas. Penanaman teratai menjadi suatu kemestian untuk menghiasi setiap kolam yang dibina di halaman rumah penduduk di Kemboja, Vietnam dan Thailand. Ia seolah-olah melambangkan tr