Langkau ke kandungan utama

Tip: Kelebihan sungkupan pada tanaman



SUNGKUPAN dapat menjadi bahan hiasan atau dekor pada pangkal pokok selain menutup permukaan tanah yang kosong.
RAMAI menyatakan bagus dan perlu kita letakkan bahan sungkupan pada tanaman sama ada ditanam dalam pasu atau tanah. Benarkah? Mari kita sama-sama berkongsi sejauh mana kebenarannya.

Biasanya bahan yang biasa kita lihat di pasaran seperti sabut kelapa yang dikisar dan diproses contohnya, sesuai kita jadikan bahan sungkupan. Ia dapat mengekalkan kelembapan tanah ke atas tanaman kerana bahan berkenaan mampu memperlahankan kesan sejatan tatkala kita menyiram pokok ke atas permukaan tanah.

Antara kebaikan lain, ia bertindak menghalang percikan tanah atau butiran baja yang kita letakkan pada pangkal pokok terpercik keluar apabila kita menyiram. Berikutan itu sungkupan pada pangkal pokok menghalang kerosakan pada akar pokok muda.

Bahan sungkupan yang dihasilkan secara organik yang boleh kita hasilkan sendiri mampu berfungsi seperti dimaksudkan di atas adalah hampas tebu. Tambahan, ia menggalakkan aktiviti dan kehadiran mikro organisma dalam tanah seperti cacing, secara semula jadi mampu memperbaiki struktur udara dalam tanah dan memperbaiki sumber nutrien bagi tujuan pertumbuhan akar pokok yang sihat.

Selain itu, sungkupan juga dapat dijadikan bahan hiasan atau dekor pada pangkal pokok terutama tanaman dalam pasu yang menampakkan lebih menarik dan kemas dari hanya terus kelihatan permukaan tanah yang kosong.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

BAHAN-BAHAN YANG BOLEH DIKITAR SEMULA

Apakah yang tidak boleh dikitar semula?             Kertas               Kotak pizza atau apa-apa yang disaluti dengan minyak/bekas makanan               Pinggan kertas yang telah dicemari               Tisu               Kertas karbon               Lampin               Kertas disaluti lilin/plastik               Bekas makanan beku               Tuala             Al...

PENGURUSAN SUMBER AIR

SISTEM HIDROLOGI:   TAJUK:  PENGURUSAN SUMBER AIR .   Konsep Pengurusan Sumber Air .         Mengikut Oridorn (1977) dalam bukunya “ Water Manegment ”, “…..Pengurusan sumber air melibatkan perancangan,analisis,penilaian,penggunaan,impak dan  ramalan terhadap sumber-sumber air secara sistematik, cekap optimun tanpa membazir untuk menjamin bekalan air kepada pengguna sentiasa bersih dan berterusan …”. Justeru sumber-sumber air yang ada di sesuatu kawasan mestilah diuruskan dan diselenggarakan dengan bijak bagi memenuhi keperluan manusia masa kini dan akan datang tanpa mengorbankan alam sekitar. Oleh sebab itu konsep pembangunan sumber air yang lestari amat dititikberatkan.   Kegunaan Sumber Air : Kajian Kes, Malaysia .                          KEGUNAAN     ...

5R

Apa itu 5r Ramai yang tidak mengetahui apa itu 5r. Adakah rakyat di Malaysia tahu   betapa pentingnya 5r itu untuk menyelamatkan alam sekitar. 5R adalah singkatan kepada ‘rethink’ (fikir semula), ‘repair’ (baik pulih), ‘reuse’ (guna semula), ‘recycle’ (kitar semula) dan ‘reduce’ (kurangkan). Tahap kesedaran rakyat Malaysia perlu dipertingkatkan bagi membolehkan rakyat Malaysia membantu dalam mengurangkan pembuangan sisa pepejal yang semakin bertambah sejajar dengan pertumbuhan penduduk di negara ini. Oleh itu rakyat Malaysia disarankan agar dapat mengamalkan sikap 5R ini bagi membantu mengurangkan penggunaan sumber asli secara lebih berkesan. Penerapan konsep 5R dalam mempromosikan amalan gaya hidup lestari memberi cabaran yang amat besar sekiranya semua golongan dari pelbagai peringkat tidak digembling. Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan(KPKT) pada tahun 2007, lebih 15,000 tan sampah dihasilkan di Malaysia pada setiap hari dan...