Langkau ke kandungan utama

Kaedah tanam tumbuhan air




KEHADIRAN pelbagai jenis tumbuhan air di laman kediaman memanfaatkan keindahan tersendiri khususnya dalam melengkapi konsep taman semula jadi.

KEHADIRAN pelbagai jenis tumbuhan air di laman kediaman memanfaatkan keindahan tersendiri khususnya dalam melengkapi konsep taman semula jadi.

Secara tidak langsung ia bertindak sebagai penapis atau perangkap habuk selain menambahkan nilai seni taman.

Walaupun anda bebas memilih tumbuhan air untuk menyerikan laman, hakikatnya aspek kesesuaian perlu diambil kira.

Ketahui serba sedikit berkenaan penjagaan dan sifat semula jadi tumbuhan air supaya kehadirannya tidak memudaratkan anda dan keluarga.

Perlu diingat tumbuhan air juga mudah terdedah dengan pembiakan nyamuk dan ia boleh dikawal dengan membela ikan gapi bersama tumbuhan berkenaan.

Antara tumbuhan air yang popular echinodorus palaefolius atau orkid air, pontederia cordata dan thalia dealbata.

Berikut kaedah menanam echinodorus palaefolius mengikut kreativiti Melati Evergreen Enterprise di No PT 8734, Jalan Langkawi, Setapak, Kuala Lumpur:



Bahan-bahan
·  Sediakan tanah khusus untuk tumbuhan air, echinodorus palaefolius, pasu tidak berlubang, dan peralatan berkebun seperti gunting dan sarung tangan.-Gambar 1
·  Potong bahagian echinodorus palaefolius yang tidak diperlukan dan masukkan sebahagian tanah ke dalam pasu- Gambar 2
·  Masukkan echinodorus palaefolius ke dalam pasu dan sedikit tanah lagi diperlukan bagi memastikan tumbuhan itu berada dalam keadaan seimbang- Gambar 3
·  Masukkan air secukupnya hingga satu pertiga dari permukaan pasu.-Gambar 4.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

BAHAN-BAHAN YANG BOLEH DIKITAR SEMULA

Apakah yang tidak boleh dikitar semula?             Kertas               Kotak pizza atau apa-apa yang disaluti dengan minyak/bekas makanan               Pinggan kertas yang telah dicemari               Tisu               Kertas karbon               Lampin               Kertas disaluti lilin/plastik               Bekas makanan beku               Tuala             Al...

PENGURUSAN SUMBER AIR

SISTEM HIDROLOGI:   TAJUK:  PENGURUSAN SUMBER AIR .   Konsep Pengurusan Sumber Air .         Mengikut Oridorn (1977) dalam bukunya “ Water Manegment ”, “…..Pengurusan sumber air melibatkan perancangan,analisis,penilaian,penggunaan,impak dan  ramalan terhadap sumber-sumber air secara sistematik, cekap optimun tanpa membazir untuk menjamin bekalan air kepada pengguna sentiasa bersih dan berterusan …”. Justeru sumber-sumber air yang ada di sesuatu kawasan mestilah diuruskan dan diselenggarakan dengan bijak bagi memenuhi keperluan manusia masa kini dan akan datang tanpa mengorbankan alam sekitar. Oleh sebab itu konsep pembangunan sumber air yang lestari amat dititikberatkan.   Kegunaan Sumber Air : Kajian Kes, Malaysia .                          KEGUNAAN     ...

5R

Apa itu 5r Ramai yang tidak mengetahui apa itu 5r. Adakah rakyat di Malaysia tahu   betapa pentingnya 5r itu untuk menyelamatkan alam sekitar. 5R adalah singkatan kepada ‘rethink’ (fikir semula), ‘repair’ (baik pulih), ‘reuse’ (guna semula), ‘recycle’ (kitar semula) dan ‘reduce’ (kurangkan). Tahap kesedaran rakyat Malaysia perlu dipertingkatkan bagi membolehkan rakyat Malaysia membantu dalam mengurangkan pembuangan sisa pepejal yang semakin bertambah sejajar dengan pertumbuhan penduduk di negara ini. Oleh itu rakyat Malaysia disarankan agar dapat mengamalkan sikap 5R ini bagi membantu mengurangkan penggunaan sumber asli secara lebih berkesan. Penerapan konsep 5R dalam mempromosikan amalan gaya hidup lestari memberi cabaran yang amat besar sekiranya semua golongan dari pelbagai peringkat tidak digembling. Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan(KPKT) pada tahun 2007, lebih 15,000 tan sampah dihasilkan di Malaysia pada setiap hari dan...