Langkau ke kandungan utama

Integrasi ICT Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Dengan wujudnya kemudahan infrastruktur ICT di sekolah, adalah diharapkan para guru dapat
memanfaatkannya ke arah meningkatkan keberkesanan proses dan hasil pengajaran dan
pembelajaran.
Laman ini di sediakan untuk memberi panduan kepada guru bagaimana kaedah dan cara yang
sesuai mengintegrasi ICT dalam pengajaran dan pemebelajaran.
Penggunaan ICT dalam P&P bermaksud menggunakan ICT secara berfikrah, terancang dan
bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan P&P. Penglibatan ICT
dalam pembelajaran yang dibuat secara tidak terancang akan hanya mengundang kegagalan.
Penggunaan ICT harus berlaku ekoran wujudnya keperluan, bukan semata-mata kerana
wujudnya kemudahan.
Para guru tidak perlu menjadi pakar komputer sebelum boleh mengintegrasi ICT dalam
pengajaran pembelajaran secara yang berkesan. Cukup sekadar menguasai kemahiran asas ICT
yang boleh diperolehi melalui aktiviti kelab komputer sekolah yang melaksanakan program
Literasi Komputer Kementerian Pendidikan (rujuk http://kdp.ppk.kpm.my)
Dalam konteks penggunaan ICT dalam P&P, tiada satu cara pun yang boleh dikatakan sebagai
terbaik dan mesti digunakan oleh guru atau murid. Pendekatan yang terbaik ialah jika
penggunaannya sesuai dengan keperluan murid, serta dapat membuahkan hasil yang
diharapkan dalam jangkamasa yang munasabah.
Adalah diharapkan guru-guru dapat manfaat daripada panduan yang terdapat di laman ini.
Panduan ini boleh juga diperolehi dalam bentuk elektronik daripada sini.
Integrasi ICT Dalam Pembelajaran Turorial
Apa Maksud ICT Untuk Pembelajaran Tutorial?
ICT dikatakan untuk pembelajaran tutorial apabila digunakan untuk menyampaikan kandungan
pelajaran berdasarkan urutan yang telah ditetapkan. Pembelajaran tutorial ini merangkumi :
• Pembelajaran ekspositori.
• Demonstrasi sesuatu fenomena yang ditunjukkan dan dikawal urutan babaknya oleh
sistem.
• Latihan atau latihtubi yang disampai dan dikawal oleh sistem.
Bagaimana ICT Diguna Untuk Pembelajaran Tutorial?
Alat ICT yang selalu digunakan untuk pembelajaran tutorial ialah komputer dan perisian
pendidikan sama ada yang disimpan di dalam CD-ROM, cakera keras ataupun laman web.
Istilah Computer Assisted Instruction (CAI) digunakan untuk menggambarkan penggunaan
komputer dalam P&P. Kemudiannya istilah Intelligent Computer Assisted Instruction atau
Intelligent Tutoring System (Means et. al., 1993) digunakan. Perubahan ini seiring dengan
perkembangan yang berlaku dalam rekabentuk perisian pendidikan yang berciri kecerdasan. Ciri
ini melahirkan perisian pendidikan yang berupaya menyesuai maklumat yang disampai dengan
kemampuan dan keperluan murid. Dengan perkembangan ICT, perisian kursus yang terdapat
pada hari ini hampir semuanya berciri multimedia.
Secara umum, setiap perisian pendidikan mengandung satu atau lebih daripada komponen
berikut :
• Mempersembahkan maklumat.
• Membimbing .
• Menyediakan/memberi latihan
• Menilai pencapaian .
Perisian pendidikan yang digunakan dalam pembelajaran tutorial sebahagian besar direkabentuk
berdasar kepada model tradisional P&P, model transmisi, yang melihat guru sebagai penyampai
maklumat utama dan murid sebagai penerima. Perisian pendidikan seperti ini lebih mudah
diadaptasi oleh guru (Clack dan Sun, 1996).
Bagimanapun, guru harus berhati-hati dalam melaksana pendekatan ini. Kesilapan dalam
memberikan pertimbangan boleh:
• mengakibat pembaziran masa dan tenaga.
• menghalang penggunaan kemudahan ICT yang lebih produktif.
• menjurus ke arah penyalahgunaan kemudahan ICT.
• mengakibat lebih banyak masa diperlu oleh pelajar untuk mempelajari sesuatu
Sebelum guru mengguna pendekatan ini, perkara-perkara berikut perlu diberi pertimbangan:
• Ada perisian pendidikan yang sesuai. Untuk tujuan ini, guru perlu terlebih dahulu menilai
setiap perisian pendidikan yang hendak diguna oleh murid.
• Ada peralatan ICT yang sesuai untuk mengguna perisian
• Ada kemahiran mengendali peralatan ICT.
• Ada keperluan untuk mengguna ICT (penggunakan ICT dapat membantu pelajar
memahami dan menguasai pengetahuan yang dikehendaki)
Setelah pasti benar-benar wujud keperluan, guru hendaklah merancang penggunaan ICT, bukan
dibuat secara bidan terjun. Perancangan ini perlu mengambil kira perkara-perkara berikut:
• Lokasi peralatan ICT (dalam kelas atau di luar kelas)
• Penggunaan secara berkumpulan atau individu.
• Penggunaan di dalam atau di luar waktu waktu persekolahan.
Apa Situasi Yang Sesuai Untuk Guna Pendekatan Ini?
Penggunaan ICT untuk pembelajaran tutorial sesuai digunakan dalam situasi berikut:
• Kelas yang mengandung murid yang ramai dengan kemampuan belajaran yang berbeza.
Dalam situasi ini guru boleh memberi tumpuan kepada sebahagian murid sementara
sebahagian yang lain mengguna komputer.
• Guru terpaksa bertugas luar dan kelas diselia oleh guru ganti.Dalam situasi iniguru
tersebut boleh merancang pembelajaran mengguna komputer.
• Terdapat murid yang sukar mengikuti pengajaran guru.Dalam situasi ini guru boleh
menggunakan perisian khusus untuk pemuliihan.
• Terdapat murid cerdik yang memerlukan aktiviti pengayaan.Dalam situasi ini perisian
pendidikan yang mencabar minda boleh diberikan kepada mereka.
Apa Kelebihan Mengguna ICT?
• Dapat mengindividukan pembelajaran
• Muriid belajar mengikut kemampuan sendiri.
• Meningkatkan motivasi.
• Boleh belajar tanpa penyeliaan atau dengan penyeliaan yang minimum.
Integrasi ICT Dalam Pembelajaran Exploratori
Apa Maksud ICT Untuk Pembelajaran Penerokaan?
Penggunaan ICT untuk pembelajaran penerokaan berlaku apabila ICT digunakan sebagai
medium untuk:
• mencari dan mengakses maklumat daripada CD-ROM, Internet, portal maklumat dll.
• mengalami, mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi.
• melihat demontrasi sesuatu kejadian yang urutan babaknya boleh dikawal oleh murid.
Dalam pembelajaran penerokaan, murid boleh mengawal dan menentukan maklumat yang
diterima melalui ICT. Ini berbeza dengan pembelajaran tutorial dimana murid hanya menerima
bahan pelajaran yang dikawal dan ditentukan oleh sistem.
Bagaimana ICT Diguna Untuk Pembelajaran Penerokaan?
Pendekatan ini serasi dan menyokong pendekatan constructivism , iaitu teori pembelajaran yang
memberi
penekanan kepada pemikiran kritis, penyelesaian masalah, pengalaman pembelajaran yang
autentik, pengetahuan yang dibina melalui interaksi sosial.
Sebagai contoh;
Murid-murid di dalam kelas Geografi, boleh merujuk kepada World Facts Book di laman web
Central Intelligence Agency (CIA) atau merujuk kepada ensaiklopedia dalam talian seperti
Encarta .
Simulasi maya pembedahan katak Vertual Frog Disection Kit Version 2.0 yang dibangunkan oleh
Lawrence Berkley National Laboratory boleh digunakan di dalam kelas Biologi. Capaian juga
boleh dibuat di rumah, untuk tujuan ulangkaji.
Bagi mengatasi masalah kelambatan capaian, guru boleh meminta bantuan guru yang mahir
komputer untuk membuat pendua (mirror) kandungan laman ini ke dalam cakera keras tempatan
dengan menggunakan perisian pendua web seperti HTTrack .
Selain daripada mengakses maklumat terus daripada Internet, guru juga boleh menggunakan
maklumat yang disimpan di dalam CD-ROM seperti Ensaiklopedia, pangkalan data, dan lain-lain
maklumat yang boleh diperolehi di pasaran.
Guru perlu mengawal masa kerana pembelajaran penorakaan mungkin memakan masa yang
terlalu panjang.
Apa Situasi Yang Sesuai Untuk Mengguna Pendekatan Ini?
ICT sesuai digunakan untuk pembelajaran penerokaan dalam situasi:
• pembelajaran yang berbentuk inkuari penemuan.
• pembelajaran yang menjurus kepada penyelesaian masalah kehidupan sebenar.
• aktiviti yang berkaitan Kajian Masa Depan.
• aktiviti pembelajaran yang berbentuk simulasi.
Apa Kelebihan Mengguna ICT Untuk Pembelajaran Penerokaan?
• Memberi peluang kepada murid untuk menentukan haluan dan kemajuan pembelajaran
masing-masing.
• Mendorong murid terlibat secara lebih aktif dalam pembelajaran.
• Memberi peluang kepada murid untuk menangani masalah sebenar di dalam kelas.
• Memberi peluang kepada guru menerapkan teori pembelajaran moden seperti
constructivism, multiple intelligences dan lain-lain.
Integrasi ICT Sebagai Alat Aplikasi
Apa Maksud ICT Sebagai Alat Aplikasi?
ICT dikatakan diguna sebagai alat aplikasi apabila membantu murid melaksanakan tugasan
pembelajaran, bukan sebagai mekanisma penyaluran maklumat p&p.
Contohnya penggunaan perisisan aplikasi umum seperti pemproses perkataan oleh murid dalam
menghasilkan karangan atau penggunaan perisian hamparan elektronik untuk memplot graf.
Perisian aplikasi khusus seperti editor grafik, Computer Aided Design (CAD) dan lain-lain juga
termasuk dalam kategori alat aplikasi yang boleh digunakan untuk membantu murid
melaksanakan aktiviti pembelajaran.
Bagaimana Guna ICT Sebagai Alat Aplikasi?
Di kalangan guru, ada yang beranggapan penggunaan ICT dalam konteks di atas telah dipenuhi
bila muridnya menyediakan karangan dengan menggunakan pemproses perkataan. Penggunaan
seperti ini tidak menyokong mana-mana falsafah pendidikan, sebaliknya, komputer dan
pemproses perkataan hanya diguna seperti mesin taip sahaja. Bagaimanapun, apabila
sekumpulan pelajar berbincang, mengedit dan mengolah kandungan karangan dengan bantuan
pemproses perkataan dan mempersembahkan hasil karangan ini, barulah boleh dikatakan ICT
telah digunakan secara yang bermanfaat.
Situasi ini turut mengambarkan pengoperasian teori pembelajaran sosio-budaya (socio-cultural
learning) yang menyatakan budaya atau persekitaran sosial turut membantu pembelajaran -
murid saling mempelajari dan membantu sesama mereka membangunkan kemahiran kognitif,
metakognitif, bertutur (verbal) dan bekerjasama (Brown, 1994; Perkins, 1992; McInerney &
McInerney, 1998)
Dengan bantuan aplikasi-aplikasi ini, murid akan dapat memberikan tumpuan melakukan aktiviti
pembelajaran yang autentik. Katakan dalam satu eksperimen yang telah dilakukan, murid perlu
mengkaji perkaitan antara dua pembolehubah. Mungkin banyak graf perlu diplot supaya
perkaitan antara dua pembolehubah ini dapat dilihat. Walaupun kemahiran membina graf perlu
dikuasai oleh murid tetapi dalam hal ini sepatutnya tumpuan diberi kepada melihat perkaitan
antara dua pembolehubah itu. Tugas membina graf-graf ini mungkin memesongkan tumpuan
murid daripada perkara yang lebih penting. Dalam hal ini, perisian aplikasi yang sesuai boleh
digunakan untuk membantu murid membina graf-graf yang diperlukan itu, sementara perhatian
mereka ditumpukan untuk melihat perkaitan antara pembolehubah tersebut.
Satu lagi situasi ialah seorang murid (dalam apa juga subjek yang berkaitan) mungkin perlu
mengklasifikasi dan menyisih data yang banyak untuk melihat sesuatu trenda dalam data itu. ICT
ialah alat yang ideal untuk diguna untuk tugas yang tidak autentik (iaitu mengklasifikasi dan
menyisih data yang banyak) manakala murid itu boleh menumpukan sepenuh perhatian kepada
tugas yang autentik (iaitu melihat dan memikirkan berkenaan trenda yang ada dalam data itu).
Apa Kelebihan Mengguna ICT Sebagai Alat Aplikasi?
• Murid boleh memberikan tumpuan kepada melakukan aktiviti pembelajaran yang
autentik.
• Guru boleh mengemuka masalah yang lebih mencabar minda pelajar.
• Murid dapat meningkat kecekapan dan ketepatan hasil pembelajaran.
Integrasi ICT Sebagai Alat Pemudah Komunikasi
Apa Maksud ICT Sebagai Alat Pemudah Komunikasi?
ICT dikatakan sebagai alat pemudah komunikasi apabila diguna untuk memboleh murid dan guru
daripada lokasi yang berbeza menghantar, menerima dan berkongsi maklumat yang pelbagai
bentuk .Kemajuan ICT pada hari ini membolehkan komunikasi dilakukan dalam pelbagai mod
seperti berikut:
• teks
• grafik
• audio.
• video
• kombinasi pelbagai mod
Bagaimana Guna ICT Sebagai Alat Komunikasi Dalam P&P?
Terdapat empat teknik untuk komunikasi melalui ICT, iaitu:
• Teknik Seorang - Sendirian
• Teknik Seorang kepada Seorang
• Teknik Seorang kepada Ramai
• Teknik Ramai kepada Ramai
Satu daripada model pembelajaran terkini yang mengambil peluang daripada keupaya ICT
sebagai alat komunikasi ialah pembelajaran kolaboratif .
Selain daripada itu, kebolehan komunikasi global melalui ICT membolehkan murid bertukar
maklumat berhubung budaya, dan geografi setempat bagi membolehkan mereka menganalisa
dan membuat perbandingan dengan pengelaman mereka. Ini adalah merupakan satu
pengalaman pembelajaran yang berupaya membuka minda mereka serta menjadikan
pembelajaran lebih menarik dan bermakna.
Secara tradisi, hampir semua guru mahu anak murid mereka memberikan perhatian sepenuhnya
kepada apa yang mereka sampaikan. Perbuatan murid bertanya terlalu banyak atau bercakap
sesama mereka dianggap sebagai mengganggu pembelajaran.
Bagaimanapun, teori pendidikan terkini menghendaki murid menguasai kemahiran komunikasi.
Komunikasi dilihat sebagai satu kemahran yang berupaya meningkatkan keyakinan murid
terhadap diri mereka dan seterusnya membantu pembelajaran.
Apa Kelebihan Guna ICT Sebagai Alat Pemudah Komunikasi?
• Boleh melaksana pembelajaran kolaboratif.
• Tingkat penglibatan murid dalam proses pembelajaran melalui peer group yang bersifat
global.
• Boleh melibat pakar di dalam dan luar negeri dalam proses pembelajaran.
http://kdp.ppk.kpm.my/
LAMAN RASMI
PROGRAM KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN
KEMENTERIAN PENDIDIDKAN MALAYSIA

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PENGURUSAN SUMBER AIR

SISTEM HIDROLOGI:   TAJUK:  PENGURUSAN SUMBER AIR .   Konsep Pengurusan Sumber Air .         Mengikut Oridorn (1977) dalam bukunya “ Water Manegment ”, “…..Pengurusan sumber air melibatkan perancangan,analisis,penilaian,penggunaan,impak dan  ramalan terhadap sumber-sumber air secara sistematik, cekap optimun tanpa membazir untuk menjamin bekalan air kepada pengguna sentiasa bersih dan berterusan …”. Justeru sumber-sumber air yang ada di sesuatu kawasan mestilah diuruskan dan diselenggarakan dengan bijak bagi memenuhi keperluan manusia masa kini dan akan datang tanpa mengorbankan alam sekitar. Oleh sebab itu konsep pembangunan sumber air yang lestari amat dititikberatkan.   Kegunaan Sumber Air : Kajian Kes, Malaysia .                          KEGUNAAN           CONTOH 1.  Kegunaan Domestik;  kegunaan/keperluan harian penduduk seperti memasak,membasuh/mencuci,mandian dll. Bekalan air  dari pada JBA, air sungai,tasik,perigi dl

MODUL PENGAJARAN GEOGRAFI 1

MODUL PENGAJARAN GEOGRAFI 1 ( ALAM SEKITAR FIZIKAL) OLEH : MAZLAN BIN JUNAIDI BAB 1 : SISTEM BUMI 1.1            KONSEP SISTEM – satu set angkubah yang berstruktur   dan saling berinteraksi antara satu sama lain untuk mencapai keseimbangan. 1.2           Terdiri daripada 3 sistem ; i)                terpencil – mempunyai sempadan yang   nyata dan tidak membenarkan kemasukan bahan dan tenaga. ii)              Tertutup – mempunyai sempadan yang membenarkan kemasukan tenaga sahaja tetapi menghalang kemasukan bahan. iii)           Terbuka – tidak mempunyai sempadan yang nyata dan membenarkan kemasukan tenaga dan bahan melalui sempadannya. 1.3           Bumi sebagai satu sistem – merupakan sistem tertutup yang membenarkan kemasukan tenaga daripada matahari tetapi tidak membenarkan kemasukan bahan. 1.3.1      Terdiri daripada komponen biosfera ( tumbuhan dan haiwan), atmosfera ( gas-gas di   udara), hidrosfera ( badan-badan air ), litosfera ( lapisan per

5R

Apa itu 5r Ramai yang tidak mengetahui apa itu 5r. Adakah rakyat di Malaysia tahu   betapa pentingnya 5r itu untuk menyelamatkan alam sekitar. 5R adalah singkatan kepada ‘rethink’ (fikir semula), ‘repair’ (baik pulih), ‘reuse’ (guna semula), ‘recycle’ (kitar semula) dan ‘reduce’ (kurangkan). Tahap kesedaran rakyat Malaysia perlu dipertingkatkan bagi membolehkan rakyat Malaysia membantu dalam mengurangkan pembuangan sisa pepejal yang semakin bertambah sejajar dengan pertumbuhan penduduk di negara ini. Oleh itu rakyat Malaysia disarankan agar dapat mengamalkan sikap 5R ini bagi membantu mengurangkan penggunaan sumber asli secara lebih berkesan. Penerapan konsep 5R dalam mempromosikan amalan gaya hidup lestari memberi cabaran yang amat besar sekiranya semua golongan dari pelbagai peringkat tidak digembling. Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan(KPKT) pada tahun 2007, lebih 15,000 tan sampah dihasilkan di Malaysia pada setiap hari dan ian