Langkau ke kandungan utama

akta dan undang-undang pencemaran air




Di antara akta dan juga undang-undang pencemaran air yang telah dibentuk dan digubal adalah seperti berikut:

                       I.    Akta Air 1920
·       Seksyen 7A (1) – seseorang adalah dilarang daripada melepaskan atau menyebabkan dibuang perkara-perkara berikut ke dalam sungai:
a)   sebarang benda beracun, berbahaya, atau mencemarkan yang menjadikan sungai atau mana-mana bahagiannya merbahaya atau menyebabkan kesihatan manusia, keselamatan atau kebajikan manusia, atau kepada haiwan dan tumbuhan atau lain-lain kegunaan berfaedah kepada sungai.
b)   Sebarang benda yang kerana suhunya, kimianya atau kandungan biologikalnya atau kesannya yang mengeruhkan air yang menjadikannya air sungai itu membahayakan kesihatan atau nyawa manusia, haiwan atau merosakkan tumbuhan;
c)    Sebarang benda yang fizikal atau bentuknya atau kesannya menjadikan ari sukar dirawat;
d)   Membuang apa-apa jenis minyak, saki-bakinya dalam bahan buangan.
·       Seksyen 7A (2) – termasuklah air bawah tanah, air daratan dan air
    perairan bersambung ke laut.

                    II.    Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974
a) seseorang tidak boleh melakukan suatu kemudaratan atau meletakkan apa-apa kotoran di dalam atau di tebing sebarang sungai, terusan, longkang awam atau lain-lain saluran air;
                   
                    Tindakan : Berdasarkan Seksyen 69 Akta Kerajaan Tempatan
                                    1976. Seseorang yang melakukan perbuatan ini boleh
                                    dihukum dengan sehingga RM2000.00 atau dipenjara
                                    sehingga satu tahun atau kedua-duanya, dan didenda
                                    tidak melebihi RM500.00 setiap hari kesalahan itu
                                    diteruskan setelah didapati bersalah.
         
     b) Dilarang membuang atau membiar atau menyebabkan
               pembuangan apa-apa buangan pepejal atau cecair kilang, kuari atau 
               pembuatan atau apa-apa sampah sarap ke dalam sungai sama ada di 
               dalam kawasan atau diluar kawasan pihak berkuasa tempatan;

                    Tindakan : Berdasarkan Seksyen 70(a) Akta Kerajaan tempatan
1976. Kesalahan di bawah seksyen 70 boleh dihukum denda sehingga RM5000.00 atau dipenjara sehingga 2 tahun, atau kedua-duanya dan didenda tidak melebihi RM50.00 setiap hari kesalahan itu diteruskan setelah didapati bersalah.
                   
                c) Bahan-bahan kumbahan pepejal atau cecair tidak boleh dibuang ke
dalam sungai,

Tindakan : Berdasarkan Seksyen 70(b) Akta Kerajaan tempatan
1976. Kesalahan di bawah seksyen 70 boleh dihukum denda sehingga RM5000.00 atau dipenjara sehingga 2 tahun, atau kedua-duanya dan didenda tidak melebihi RM50.00 setiap hari kesalahan itu diteruskan setelah didapati bersalah.

d) Menggunakan sungai, terusan, longkang awam atau saluran air
atau kolam, kolah atau tangki sebagai tempat perusahaan
perniagaan pengcucian pakaian (dobi);

Tindakan : Berdasarkan Seksyen 70(c) Akta Kerajaan tempatan
1976. Kesalahan di bawah seksyen 70 boleh dihukum denda sehingga RM5000.00 atau dipenjara sehingga 2 tahun, atau kedua-duanya dan didenda tidak melebihi RM50.00 setiap hari kesalahan itu diteruskan setelah didapati bersalah.

e) Peruntukan seksyen-seksyen 86, 87, 88, 89 dan 90 Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 juga antara lain, mengenai kuasa Pihak Berkuasa Tempatan mengawal pencemaran dan kemudaratan terhadap air sama ada air kolam, saluran air, longkang dan seumpamamnya. Kuasa ini termasuklah membuang mudarat itu, melarang perlakuan kemudaratan, menutup tempat yang mudarat dan penalti bagi kesalahan-kesalahan berkaitan.


                  III.    Akta Kawasan Pengairan 1953
·       Seksyen 23 – Seseorang yang mandi atau membasuh barang-barang benda-benda yang mencemarkan air atau menyebabkan pencemaran mana-mana tangki pengairan, terusan atau laluan air adalah melakukan kesalahan.

Tindakan : Berdasarkan seksyen 22 Akta, orang yang melakukan kesalahan akan dikenakan hukuman penjara tidak melebihi tiga bulan atau didenda tidak melebihi RM150 atau kedua-duanya sekali.

                   IV.    Akta Kerajaan Tempatan 1976
·       Seksyen 69 - Seseorang yang melakukan perbuatan ini boleh
                                    dihukum dengan sehingga RM2000.00 atau dipenjara
                                    sehingga satu tahun atau kedua-duanya, dan didenda
                                    tidak melebihi RM500.00 setiap hari kesalahan itu
                                    diteruskan setelah didapati bersalah.

                              Kesalahan : Seseorang tidak boleh melakukan suatu
kemudaratan atau meletakkan apa-apa kotoran di dalam atau di tebing sebarang sungai, terusan, longkang awam atau lain-lain saluran air;


·       Seksyen 70(a) - Kesalahan di bawah seksyen 70 boleh
dihukum denda sehingga RM5000.00 atau dipenjara sehingga 2 tahun, atau kedua-duanya dan didenda tidak melebihi RM50.00 setiap hari kesalahan itu diteruskan setelah didapati bersalah.
                   
Kesalahan : Dilarang membuang atau membiar atau
menyebabkan pembuangan apa-apa buangan pepejal atau cecair kilang, kuari atau pembuatan atau apa-apa sampah sarap ke dalam sungai sama ada di 
dalam kawasan atau diluar kawasan pihak berkuasa tempatan;

·       Seksyen 70(b) - Kesalahan di bawah seksyen 70 boleh
dihukum denda sehingga RM5000.00 atau dipenjara sehingga 2 tahun, atau kedua-duanya dan didenda tidak melebihi RM50.00 setiap hari kesalahan itu diteruskan setelah didapati bersalah.

                              Kesalahan : Bahan-bahan kumbahan pepejal atau cecair
tidak boleh dibuang ke dalam sungai,

·       Seksyen 70(c) - Kesalahan di bawah seksyen 70 boleh
dihukum denda sehingga RM5000.00 atau dipenjara sehingga 2 tahun, atau kedua-duanya dan didenda tidak melebihi RM50.00 setiap hari kesalahan itu diteruskan setelah didapati bersalah.

          Kesalahan : Menggunakan sungai, terusan, longkang awam
atau saluran air atau kolam, kolah atau tangki sebagai tempat perusahaan perniagaan pengcucian pakaian (dobi);

                      V.    Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974
·       Seksyen 3 – Mana-mana orang yang melanggar subseksyen
(1) adalah melakukan suatu kesalahan yang boleh dikenakan dengan tidak melebihi RM10 000.00 atau dipenjara untuk tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya dan untuk kesalahan selanjutnya didenda tidak melebihi RM1000.00 sehari untuk setiap hari di mana kesahalan itu berterusan selepas suatu notis dikeluarkan oleh Ketua Pengarah yakni Ketua Pengarah Kualiti Alam Sekeliling (atau oleh pegawai yang diberi kuasa) yang menghendaki perbuatan yang dinyatakan di dalam diserahkan kepadanya.

·       Seksyen 21 – Berkenaan dengan pengenaan syarat yang
boleh diterima dalam melepas, mengeluar, memendap buangan mengikut kawasan, segmen atau ciri alam sekitar.

·       Seksyen 25 (1)
Tiada seseorang pun boleh, kecuali dilesenkan, mengeluarkan, melepaskan atau memendap apa-apa bahan buangan ke dalam ari pedalaman berlawanan dengan syarat-syarat yang boleh diterima yang dinyatakan di bawah seksyen 21.
          Tanpa mengehadkan keluasan subseksyen (1), seseorang dianggap mengeluarkan, melepaskan atau memendap bahan buangan pada air pendalaman jika dia meletakkan apa-apa bahan buangan di dalam atau di atas mana-mana air atau di dalam sesuatu tempat yang ia dapat mengalir ke dalam mana-mana air;
          Dia meletakkan sebarang bahan buangan di mana ia jatuh, turun mengalir, meruap, dibasuh, ditiup atau menjadikan mungkin jatuh, turun, mengalir, meruap atau akan dibasuh, akan bertiup atau akan menjadikan ke mana-mana air atau tak langsung, menyebabkan atau membiarkan sebarang bahan buangan diletakkan di dalam kedudukan sedemikian atau;
          Dia menyebabkan suhu air yang menerima bahan itu naik atau turun lebih daripada had yang ditetapkan.

·       Seksyen 25 (2) – Perlakuan seseorang mengenai perbuatan
mengeluarkan, melepaskan atau memendapkan “bahan buangan”. “Bahan Buangan” ditakrif di bawah Seksyen 2 Akta, termasuklah sebarang perkara yang dihuraikan sebagai bahan buangan dan sebarang perkara, sama ada cairan, bergas atau radioaktif, yang dilepaskan, dikeluarkan, atau dimendap dalam alam sekitar dalam banyak komposisi atau cara yang mengakibatkan suatu pemindaan kepada alam sekitar.

·       Seksyen 27 – Melepaskan minyak ke dalam perairan Malaysia  dilarang.

·       Seksyen 29 – Melepaskan buangan ke dalam perairan Malaysia dilarang.

·       Seksyen 34A(2) – Seseorang atau sesuatu badan yang
bercadang menjalankan kegiatan-kegiatan tertentu perlulah mengemukakan suatu kajian penilaian akan kesan kegiatan itu yang akan atau mungkin dialami oleh alam sekitar dan juga cadangan-cadangan langkah-langkah yang perlu diambil supaya dapat menghalangn mengurang atau mengawal kesan buruknya kegiatan ini kepada alam sekitar.

                   VI.    Akta Sungai (Pencegahan Pencemaran)
·       Seksyen 2(1)(a) – Mengenakan larangan dan sekatan bagi
pencemaran air daratan. Hanya orang-orang yang dilesenkan, tertakluk kepada syarat-syarat dan had-had lesennya, yang boleh melepaskan atau membuang hasil buangan ke dalam air daratan (air pedalaman)               - Peruntukan seksyen 2(1)(a) hampir sama dengan seksyen 25 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

VII.     Akta Pencemaran Alam 1974
·       Peruntukan dalam seksyen 31 Akta 1974 bersamaan dengan
peruntukan seksyen 2(1)(a).

VIII.   Akta Perhutanan Negara 1984
·       Seksyen 83(3)(b) – Seseorang itu dilarang dari mengalirkan,
atau menyebabkan atau membenarkan dialir, sebarang lumpur lombong, efluen industri, kumbah atau saliran dari penakung najis, tangki najis, tangki hampas kenderaan rekreasi atau perkhemahan atau sumber-sumber pencemaran lain di dalan hutan simpan kekal.

                   IX.    Akta Zon Ekonomi Eksklusif 1984
·       Seksyen 2 – Takrifan “Pencemar” sama seperti yakni apa-
                                        apa bahan yang membahayakan kesihatan manusia,
                                        atau sumber-sumber kehidupan laut atau merosak                                             atau mengganggu kemudahan dan kegunaan laut.




X.       Akta Perikanan 1985
·  Seksyen 26 (1) (a) – Mana-mana orang menggunakan atau
cuba menggunakan apa-apa letupan, racun atau pencemar, atau apa-apa perkakas yang menggunakan arus elektrik, atau apa-apa alat yang dilarang, bagi maksud membunuh, melali, mencacatkan  atau menangkap ikan, atau dengan apa jua cara lain menyebabkan ikan itu lebih senang ditangkap adalah bersalah melakukan suatu kesalahan.

XI.    Akta Perkapalan Saudagar (Pencemaran Minyak) 1994
·       Seksyen 3(1) – jika akibat daripada sesuatu insiden yang
berlaku, apa-apa minyak dilepaskan atau bocor daripada kapal, pemunya kapal hendaklah, kecuali sebagaimana diperuntukkan selainnya oleh akta ini, bertanggungan bagi apa-apa kerosakan pencemaran yang disebabkan oleh pelepasan atau kebocoran itu di mana-mana kawasan di Malaysia.

·       Seksyen 3(2) – jika minyak telah dilepaskan atau bocor
                       daripada dua kapal atau lebih, dan akibat
                       daripadanya kerosakan pencemaran berlaku,
                       pemunya kesemua kapal itu, melainkan jika
dilepaskan di bawah seksyen 4, hendaklah secara bersesama dan berasingan bertanggungan bagi segala kerosakan pencemaran itu yang tidak boleh semunasabahnya diasingkan.

XII.  Akta Perkhidmatan Pembetungan 1993
·       Seksyen 19
Seseorang tidak boleh melepaskan ke dalam atau membenarkan bertemu dengan mana-mana pembetung awam atau tempat olahan awam apa-apa efluen industri kecualilah mendapat kebenaran bertulis Ketua Pengarah Perkhidmatan Pembetungan.
          Selain daripada itu, apa-apa bahan berbahaya, mudah meruap atau mudah terbakar atau yang boleh merosakkan atau mencacatkan fungsi pembetungan awam atau tempat olahan awam juga tidak boleh dilepaskan ke dalam pembetungan awam atau tempat olahan awam.
          Sealin daripada boleh merosakkan pembetung awam atau tempat olahan awam itu, perkara-perkara yang dibuang itu pasti boleh merosakkan atau mencemarkan air.

Tindakan : Berdasarkan Seksyen (2) Akta, orang yang melanggar larangan tersebut boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50 000.00 dan boleh didenda selanjutnya tidak melebihi RM5000.00 setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

XIII.   Enakmen Perlombongan N.M.B. Bab 147
·       Seksyen 74(2) – Air efluen perlombongan itu perlulah
                                        dipastikan tidak mempunyai apa-apa bahan pepejal
                                        yang berlebihan daripada yang dibenarkan jika efluen
                                        itu dilepaskan ke dalam sesuatu sungai atau saluran
                              air semula jadi ataupun ianya melepasi di luar
                              kawalan perlombongan berkenaan.

XIV.    Kanun Keseksaan N.M.B 45
·       Seksyen 277 – Barang siapa dengan sengaja mengotor atau
membusukkan air mana-mana air atau kolam air awam hingga menjadikannya kurang layak bagi maksud yang ia biasanya digunakan, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai tiga bulan atau dengan denda yang boleh sampai RM250.00 atau dengan kedua-duanya sekali.

XV.       Ordinan Kesalahan-kesalahan Kecil
·       Seksyen 15(1)(b) – Barang siapa mandi atau membersihkan
dirinya atau orang lain, haiwan atau barang……dalam atau di sebelah mana-mana tangki awam, empangan, saluran air tepi jalan, laluan air atau anak sungai di mana penggunaan untuk mandi dilarang oleh Ketua Polis atau mana-mana pihak berkuatkuasa yang sah, boleh dikenakan denda yang tidak melebihi RM100.00 sahaja.

XVI.    Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekitar (Kumbahan dan Efluen Industri) 1979
·       Peraturan 1979 - Seseorang dilarang melepaskan atau
menyebabkan atau membenarkan pelepasan apa-apa bahan tar atau lain-lain cecair tak terlarut, solven boleh terbakar atau buangan sampah, habuk gergaji, sisa buangan manusia atau haiwan atau bahan pepejal ke dalam air pendalaman.

XVII.  Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekitar (Premis-premis Tertentu)(Minyak Sawit) 1977
·       Peraturan 6 – Penghuni berlesen sesuatu premis sawit tidak
boleh mengubah premis dan lain-lain operasi yang dijalankannya boleh mengubah atau mencemarkan  sifat-sifat alam sekitar, termasuklah mengubah efluen dan lain-lain kecuali mendapat kebenaran bertulis Ketua Pengarah Alam Sekitar.
·       Peraturan 12 dan 14 – Pelepasan efluen sawit ke saluran air,
ianya perlulah mematuhi kaedah-kaedah dan cara-cara serta tempat pelepasan efluen yang ditetapkan dan dibenarkan.

XVIII.       Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekitar (Premis-premis Tertentu)(Getah Asli Malaysia) 1978
·       Peraturan 6 – Penghuni berlesen sesuatu premis getah tidak
boleh mengubah premis dan lain-lain operasi yang dijalankannya boleh mengubah atau mencemarkan  sifat-sifat alam sekitar, termasuklah mengubah efluen dan lain-lain kecuali mendapat kebenaran bertulis Ketua Pengarah Alam Sekitar.
·       Peraturan 12 dan 14 – Pelepasan efluen getah ke saluran air,
ianya perlulah mematuhi kaedah-kaedah dan cara-cara serta tempat pelepasan efluen yang ditetapkan dan dibenarkan.

XIX.        Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekitar (Kegiatan-kegiatan Ditentukan) (Penilaian Kesan Alam Sekitar) 1987
·       seseorang ataupun sesuatu badan yang bercadang menjalankan kegiatan-kegiatan tertentu perlu mengemukakan suatu kajian penilaian akan kesan kegiatan itu yang akan atau mungkin dialami oleh alam sekitar dan juga cadangan-cadangan langkah-langkah yang perlu diambil supaya dapat menghalang mengurang atau mengawal kesan buruknya kegiatan ini kepada alam sekitar.







XX.           Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual), 1989
·       Peraturan 11 – Kontraktor hendaklah, pada memilih laluan-laluan pengangkutan, seboleh-bolehnya mengelakkan kawasan-kawasan yang padat penduduknya, kawasan tadahan air, dan kawasan lain yang sensitif dari segi alam sekeliling.

XXI.        Peraturan-peraturan Makanan 1985
·            Peraturan 394(1) – Air hendaklah bersih dan bebas dari pencemaran, rasa yang tidak menyenangkan dan bau, dan hendaklah mematuhi piawaian yang dinyatakan di dalam Jadual Kedua Puluh Lima.







Ulasan

Unknown berkata…
Terima kasih kepada info tersebut. Banyak membantu saya
Unknown berkata…
Terima kasih kepada info tersebut. Banyak membantu saya
Unknown berkata…
Makasih yah! Membantu banget mas!
farhana berkata…
salam, saya ingin bertanya. akta akta di atas masih dipakai lagi ke? atau ada akta yang telah dimansuhkan atau digubal??
farhana berkata…
salam, saya ingin bertanya. akta akta di atas masih dipakai lagi ke? atau ada akta yang telah dimansuhkan atau digubal??
farhana berkata…
salam, saya ingin bertanya. akta akta di atas masih dipakai lagi ke? atau ada akta yang telah dimansuhkan atau digubal??

Catatan popular daripada blog ini

PENGURUSAN SUMBER AIR

SISTEM HIDROLOGI:   TAJUK:  PENGURUSAN SUMBER AIR .   Konsep Pengurusan Sumber Air .         Mengikut Oridorn (1977) dalam bukunya “ Water Manegment ”, “…..Pengurusan sumber air melibatkan perancangan,analisis,penilaian,penggunaan,impak dan  ramalan terhadap sumber-sumber air secara sistematik, cekap optimun tanpa membazir untuk menjamin bekalan air kepada pengguna sentiasa bersih dan berterusan …”. Justeru sumber-sumber air yang ada di sesuatu kawasan mestilah diuruskan dan diselenggarakan dengan bijak bagi memenuhi keperluan manusia masa kini dan akan datang tanpa mengorbankan alam sekitar. Oleh sebab itu konsep pembangunan sumber air yang lestari amat dititikberatkan.   Kegunaan Sumber Air : Kajian Kes, Malaysia .                          KEGUNAAN           CONTOH 1.  Kegunaan Domestik;  kegunaan/keperluan harian penduduk seperti memasak,membasuh/mencuci,mandian dll. Bekalan air  dari pada JBA, air sungai,tasik,perigi dl

MODUL PENGAJARAN GEOGRAFI 1

MODUL PENGAJARAN GEOGRAFI 1 ( ALAM SEKITAR FIZIKAL) OLEH : MAZLAN BIN JUNAIDI BAB 1 : SISTEM BUMI 1.1            KONSEP SISTEM – satu set angkubah yang berstruktur   dan saling berinteraksi antara satu sama lain untuk mencapai keseimbangan. 1.2           Terdiri daripada 3 sistem ; i)                terpencil – mempunyai sempadan yang   nyata dan tidak membenarkan kemasukan bahan dan tenaga. ii)              Tertutup – mempunyai sempadan yang membenarkan kemasukan tenaga sahaja tetapi menghalang kemasukan bahan. iii)           Terbuka – tidak mempunyai sempadan yang nyata dan membenarkan kemasukan tenaga dan bahan melalui sempadannya. 1.3           Bumi sebagai satu sistem – merupakan sistem tertutup yang membenarkan kemasukan tenaga daripada matahari tetapi tidak membenarkan kemasukan bahan. 1.3.1      Terdiri daripada komponen biosfera ( tumbuhan dan haiwan), atmosfera ( gas-gas di   udara), hidrosfera ( badan-badan air ), litosfera ( lapisan per

5R

Apa itu 5r Ramai yang tidak mengetahui apa itu 5r. Adakah rakyat di Malaysia tahu   betapa pentingnya 5r itu untuk menyelamatkan alam sekitar. 5R adalah singkatan kepada ‘rethink’ (fikir semula), ‘repair’ (baik pulih), ‘reuse’ (guna semula), ‘recycle’ (kitar semula) dan ‘reduce’ (kurangkan). Tahap kesedaran rakyat Malaysia perlu dipertingkatkan bagi membolehkan rakyat Malaysia membantu dalam mengurangkan pembuangan sisa pepejal yang semakin bertambah sejajar dengan pertumbuhan penduduk di negara ini. Oleh itu rakyat Malaysia disarankan agar dapat mengamalkan sikap 5R ini bagi membantu mengurangkan penggunaan sumber asli secara lebih berkesan. Penerapan konsep 5R dalam mempromosikan amalan gaya hidup lestari memberi cabaran yang amat besar sekiranya semua golongan dari pelbagai peringkat tidak digembling. Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan(KPKT) pada tahun 2007, lebih 15,000 tan sampah dihasilkan di Malaysia pada setiap hari dan ian