LIDAH Jin tahan lasak. MUNGKIN ramai antara pembaca tertanya-tanya Sensevieria itu pokok apa? Tetapi jika disebut pokok Lidah Jin atau pokok 'Mother-in-law Tongue', semua orang akan berkata, “Hah! Pokok itu memang aku kenal”. Ia terdapat di mana-mana sama ada di pembahagi jalan, bulatan', bawah jalan bertingkat, taman permainan atau di halaman rumah. Apa istimewanya pokok Sensevieria ini? Sebagai jenis pokok berdaun tebal dan keras, pokok Lidah Jin ini adalah pokok hiasan yang tahan lasak, dapat hidup lebih lama tanpa penyiraman seperti tumbuhan hiasan lain. Ini kerana daunnya yang tebal itu menyimpan air dan makanan yang diperlukan pokok. Disebabkan sifat daunnya yang keras menyebabkannya dapat bertahan di bawah pancaran terik mentari dan amat sesuai ditanam di tempat terbuka. Malah ia boleh kelihatan sentiasa subur dan segar dalam jangkamasa yang lebih lama di tempat yang terlindung atau kurang mendapat cahaya matahari. Tetapi, mungkin kerana p...