Langkau ke kandungan utama

Lidah Jin pokok hiasan tahan lasak



LIDAH Jin tahan lasak.
MUNGKIN ramai antara pembaca tertanya-tanya Sensevieria itu pokok apa? Tetapi jika disebut pokok Lidah Jin atau pokok 'Mother-in-law Tongue', semua orang akan berkata, “Hah! Pokok itu memang aku kenal”. Ia terdapat di mana-mana sama ada di pembahagi jalan, bulatan', bawah jalan bertingkat, taman permainan atau di halaman rumah.

Apa istimewanya pokok Sensevieria ini? Sebagai jenis pokok berdaun tebal dan keras, pokok Lidah Jin ini adalah pokok hiasan yang tahan lasak, dapat hidup lebih lama tanpa penyiraman seperti tumbuhan hiasan lain.

Ini kerana daunnya yang tebal itu menyimpan air dan makanan yang diperlukan pokok. Disebabkan sifat daunnya yang keras menyebabkannya dapat bertahan di bawah pancaran terik mentari dan amat sesuai ditanam di tempat terbuka.

Malah ia boleh kelihatan sentiasa subur dan segar dalam jangkamasa yang lebih lama di tempat yang terlindung atau kurang mendapat cahaya matahari.

Tetapi, mungkin kerana pokok ini senang hidup, murah pula harganya, kadang-kadang kita kurang menghargainya. Sering kali kita dapati pokok Lidah Jin ini tumbuh terbiar di tepi parit, jika ada di halaman rumah pun, tumbuhnya tidak terurus, sering kali dianaktirikan oleh pemiliknya.

Pokok ini sebenarnya cukup istimewa, bukan saja kerana ketahanannya, malah corak dan jalur warna pada daunnya cukup menarik terutamanya bila kita membuat gubahan atau menghias sesuatu sudut.
Ia tumbuh secara menegak dan tersusun menyenangkan kita menggunakannya ketika menghias atau menyusun atur taman di halaman rumah kita. Jika mahu mengawal tumbesarannya, tanam pokok ini di dalam pasu, pertumbuhannya akan lebih perlahan.

Satu lagi kelebihan Sensevieria, ia boleh hidup subur walaupun ditanam tanpa menggunakan tanah. Kerana keunikan inilah, ia amat sesuai digunakan untuk menghias di dalam rumah.

Apa yang perlu kita lakukan, mula-mula bersih pokok ini berserta dengan akar-akarnya dengan cara meletakkannya di bawah pancuran air paip. Kurangkan penggunaan jari untuk membuang kotoran pada celah-celah akar bagi meminimumkan kecederaan akar berkenaan.

Selepas bersih, gunakanlah bekas kegemaran anda untuk menanam pokok ini. Anda boleh tanam Sensevieria hanya menggunakan air semata-mata seperti tanaman hidroponik.
Untuk menstabilkan pertumbuhannya, boleh gunakan batu kecil, guli, pasir atau menggunakan jeli yang senang didapati di tapak semaian atau di pasar raya.

Pokok ini akan kelihatan lebih menarik jika menggunakan bekas daripada kaca, kerana dapat melihat pertumbuhannya dari hujung daun hingga ke akarnya, Sensevieria yang bersih dan segar ini boleh dijadikan hiasan dan menghijaukan ruang tamu, bilik tidur, bilik bacaan, meja makan, malah ke bilik mandi sekalipun. Selamat mencuba.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PENGURUSAN SUMBER AIR

SISTEM HIDROLOGI:   TAJUK:  PENGURUSAN SUMBER AIR .   Konsep Pengurusan Sumber Air .         Mengikut Oridorn (1977) dalam bukunya “ Water Manegment ”, “…..Pengurusan sumber air melibatkan perancangan,analisis,penilaian,penggunaan,impak dan  ramalan terhadap sumber-sumber air secara sistematik, cekap optimun tanpa membazir untuk menjamin bekalan air kepada pengguna sentiasa bersih dan berterusan …”. Justeru sumber-sumber air yang ada di sesuatu kawasan mestilah diuruskan dan diselenggarakan dengan bijak bagi memenuhi keperluan manusia masa kini dan akan datang tanpa mengorbankan alam sekitar. Oleh sebab itu konsep pembangunan sumber air yang lestari amat dititikberatkan.   Kegunaan Sumber Air : Kajian Kes, Malaysia .                          KEGUNAAN     ...

MODUL PENGAJARAN GEOGRAFI 1

MODUL PENGAJARAN GEOGRAFI 1 ( ALAM SEKITAR FIZIKAL) OLEH : MAZLAN BIN JUNAIDI BAB 1 : SISTEM BUMI 1.1            KONSEP SISTEM – satu set angkubah yang berstruktur   dan saling berinteraksi antara satu sama lain untuk mencapai keseimbangan. 1.2           Terdiri daripada 3 sistem ; i)                terpencil – mempunyai sempadan yang   nyata dan tidak membenarkan kemasukan bahan dan tenaga. ii)              Tertutup – mempunyai sempadan yang membenarkan kemasukan tenaga sahaja tetapi menghalang kemasukan bahan. iii)           Terbuka – tidak mempunyai sempadan yang nyata dan membenarkan kemasukan tenaga dan bahan melalui sempadannya. 1.3       ...

STRATEGI KONTEKSTUAL

Matlamat Untuk membantu guru menjelaskan definisi pembelajaran kontekstual, menghuraikan teori pembelajaran kontekstual, membincangkan kaedah-kaedah pembelajaran kontekstual dan mengaplikasikan pembelajaran kontekstual ke dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kelas agar murid yang berkualiti dapat dihasilkan. Pengenalan Pembelajaran konteksual merupakan satu model dinamik dan terbuka. Pembelajaran kontekstual memastikan pelajar disediakan peluang untuk menjadikan pembelajaran bermakna melalui pengalaman dan informasi, dan menggunakan pengalaman serta informasi demi membina pengetahuan sendiri. Pemahaman pelajar menjadi semakin jelas apabila mereka berupaya mengaitkan pengetahuan yang diperoleh dalam bilik darjah dapat diaplikasikan dengan situasi di luar konteks bilik darjah. Pembelajaran kontekstual mempertimbangkan interaksi antara pelbagai tahap dan unsur pengajaran. Ini memerlukan proses pembelajaran yang luwes dan tidak mengikut susunan bukan konteksual yang berbentuk artifisial...