Langkau ke kandungan utama

STRATEGI KONTEKSTUAL

Matlamat
Untuk membantu guru menjelaskan definisi pembelajaran kontekstual, menghuraikan teori pembelajaran kontekstual, membincangkan kaedah-kaedah pembelajaran kontekstual dan mengaplikasikan pembelajaran kontekstual ke dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kelas agar murid yang berkualiti dapat dihasilkan.
Pengenalan
Pembelajaran konteksual merupakan satu model dinamik dan terbuka. Pembelajaran kontekstual memastikan pelajar disediakan peluang untuk menjadikan pembelajaran bermakna melalui pengalaman dan informasi, dan menggunakan pengalaman serta informasi demi membina pengetahuan sendiri. Pemahaman pelajar menjadi semakin jelas apabila mereka berupaya mengaitkan pengetahuan yang diperoleh dalam bilik darjah dapat diaplikasikan dengan situasi di luar konteks bilik darjah.
Pembelajaran kontekstual mempertimbangkan interaksi antara pelbagai tahap dan unsur pengajaran. Ini memerlukan proses pembelajaran yang luwes dan tidak mengikut susunan bukan konteksual yang berbentuk artifisial.
Definisi
Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi kandungan dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan. Kaedah ini menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti hands – on dan minds – on.
Teori
Mengikut teori pembelajaran kontekstual, pembelajaran hanya berlaku apabila pelajar dapat memproses maklumat atau pengetahuan baru dengan cara yang bermakna dalam rangka minda mereka.
Teori pembelajaran kontekstual adalah berdasarkan unsur-unsur berikut:
1. Konteks pembelajaran yang pelbagai
• Budaya
• Sosial
• Psikologi
• Fizikal
2. Kepelbagaian persekitaran pembelajaran
• Bilik darjah
• Makmal
• Tempat kerja
• Kehidupan harian
3. Kepelbagaian disiplin ilmu
• Matematik
• Sains
• Komunikasi
• Teknikal dan Vokasional
• Kemanusiaan
Unsur-unsur tersebut menegaskan bahawa pembelajaran akan menjadi lebih berkesan jika maklumat disampaikan dalam konteks yang pelbagai dan bermakna kepada murid.
Teori ini juga menegaskan bahawa penekanan perlu diberi kepada kepelbagaian persekitaran pembelajaran untuk menghasilkan pembelajaran yang berkesan.
Pendekatan konteksual juga merentas pelbagai disiplin ilmu seperti Matematik, Sains, Komunikasi, Kemanusiaan, Teknikal dan Vokasional.
Kaedah-Kaedah Pembelajaran Kontekstual
Dalam proses pembelajaran secara kontekstual, pelajar akan melalui satu atau lebih daripada kaedah-kaedah pembelajaran berikut , ia dapat diringkaskan menjadi “REACT”
Relating (Menghubungkait):
Pembelajaran dalam konteks menghubungkaitkan pengetahuan baru dengan pengalaman hidup merupakan suatu bentuk pembelajaran konteksual yang biasanya berlaku di kalangan kanak-kanak. Apabila kanak-kanak membesar, adalah menjadi lebih sukar untuk menyediakan konteks pembelajaran yang bermakna. Kurikulum yang cuba menempatkan pembelajaran dalam konteks pengalaman hidup mesti menumpukan perhatian pelajar kepada taakulan, peristiwa dan keadaan harian. Kemudiannya, taakulan, peristiwa dan keadaan harian itu dipautkan dengan maklumat baru untuk penyelesaian sesuatu masalah.
Contoh murid melakukan aktiviti mengutip sampah di sekitar sekolah untuk menanam sikap cintakan kebersihan. Menerusi pengalaman ini murid dapat mengaitkan aktiviti yang dilakukan oleh ibu bapa mereka semasa membersihkan kawasan tempat tinggal mereka setiap hari.
Experiencing (Mengalami):
Pengalaman - pembelajaran dalam konteks eksplorasi, penemuan dan reka cipta - merupakan nadi pembelajaran konteksual. Walaupun pelajar-pelajar boleh dimotivasikan dengan strategi p&p seperti video, naratif, atau aktiviti berasaskan teks, tetapi mereka masih merupakan bentuk pembelajaran yang pasif secara bandingannya. Pembelajaran adalah lebih berkesan sekiranya pelajar-pelajar dapat memanipulasikan alatan dan bahan serta melakukan bentuk penyelidikan yang aktif.
Contoh murid dibawa ke makmal untuk menyaksikan demonstrasi serta membuat latihan amali menyambungkan wayar kepada plug 3 pin. Pengalaman ini boleh digunakan di rumah apabila berlakunya situasi wayar plug 3 pin seterika tertanggal.
Applying (Mengaplikasi):
Mengaplikasi konsep dan informasi dalam konteks untuk digunakan dalam situasi yang lain. Dalam kursus pembelajaran konteksual, aplikasi seringnya berdasarkan aktiviti pekerjaan. Ini boleh dilakukan dengan teks, video, makmal dan amali. Kebanyakan sekolah akan mengadakan lawatan kilang, mentoring dan latihan kerja.
Contoh murid mempelajari teori dan konsep tuas. Pengetahuan ini dapat diaplikasikan apabila bertemu sebuah kereta yang tayarnya pancit dan tidak mempunyai jek. Murid itu boleh menggunakan konsep tuas untuk menggantikan jek kereta bagi membolehkan penukaran tayar.
Cooperating (Bekerjasama):
Pembelajaran dalam konteks berkongsi, bertindak balas, dan komunikasi dengan pelajar lain - merupakan strategi p&p yang utama dalam pembelajaran konteksual. Pengalaman bekerjasama bukan sahaja membantu kebanyakan pelajar mempelajari bahan pengajian, malah ia juga dengan konsisten dengan fokus dunia sebenar tentang pengajaran konteksual. Majikan mementingkan pekerja yang boleh berkomunikasi, berkongsi maklumat dan bekerja dengan selesanya dalam pasukan di tempat kerja.
Justeru itu, adalah penting bagi pelajar untuk melatih kemahiran bekerjasama di sekolah.
Contoh murid bekerja dengan ahli kumpulan untuk melakukan amali makmal. Penyelesaian amali makmal memerlukan delegasi, pemerhatian, cadangan dan perbincangan. Lazimnya, kualiti data yang dikumpul oleh sesuatu pasukan bergantung secara langsung kepada prestasi setiap ahlinya.
Transferring (Memindahkan):
Pembelajaran sesuatu isi dalam konteks pengetahuan yang sedia ada, atau memindahkannya adalah berlandaskan apa yang telah diketahui pelajar. Pendekatan ini menyerupai RELATING iaitu ia berasaskan perkara-perkara yang lazim dan diketahui. Secara tradisinya, kebanyakan pelajar menghadapi situasi pembelajaran yang baru tanpa sebarang kaitan dengan pengetahuan sedia adanya. Guru boleh membantu meningkatkan keyakinan pelajar dengan menyediakan panduan yang dapat menghubungkan pengalaman pembelajaran baru dengan apa yang telah diketahui
pelajar. Contoh murid mempelajari cara untuk mendapatkan sudut tegak dengan menggunakan Teorem Pythagoras. Murid boleh memindahkan pengetahuan segitiga bersisi 3m, 4m dan 5m untuk menghasilkan sudut tegak dalam aktiviti mengecat garisan gelanggang permaianan.
Kumpulan Murid Yang Sesuai Untuk Pembelajaran Konteksual
Terdiri dari kumpulan yang sederhana, cenderung kepada aplikasi konsep, terdorong melakukan aktiviti hands-on dan tidak yakin mempelajari Matematik dan Sains secara abstrak.
Perlaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Konteksual
Perlaksanaan ini memerlukan:
Motivasi
Bertujuan untuk menarik minat dan mencetuskan idea asas terhadap sesuatu tajuk yang akan dibincangkan. Contoh mata pelajaran Sejarah, tajuk darurat – guru boleh memperdengarkan rakaman bunyi tembak menembak beserta jeritan sebagai motivasi.
Pemahaman
Ia merangkumi kemahiran murid yang berkaitan dengan tajuk yang dipelajari. Kaedah penyampaian maklumat harus dipelbagaikan agar dapat menarik minat murid terhadap sesuatu konsep itu. Murid diberikan kebebasan mengutarakan perkara-perkara yang berkaitan. Ini boleh dilakukan dengan bacaan, perbincangan kumpulan dan membuat kajian.
Kemahiran
Pengetahuan baru yang diperolehi murid dapat diaplikasikan bagi mencetuskan pemikiran murid dan dengan itu dapat menyelesaikan masalah harian. Contoh selepas muris mempelajari cara penggunaan ensiklopedia, guru menanyakan soalan yang akan mendorong murid menggunakan ensiklopedia sebagai rujukan.
Penilaian
Penilaian boleh dilakukan dengan cara lisan, pemerhatian, perubahan sikap dan bertulis. Aktiviti boleh dilakukan dengan cara kuiz, perbincangan kumpulan dan penyediaan portfolio.
Kesimpulan
Pembelajaran hanya akan berlaku apabila murid dapat memproses maklumat atau pengetahuan baru dengan cara yang bermakna kepada mereka. Minda seseorang akan cuba mencari makna dalam konteks dengan membuat hubung kait yang bermakna dan relevan dalam persekitarannya. Teori Pembelajaran Kontekstual menumpukan kepada kepelbagaian aspek persekitaran pembelajaran sama ada di bilik darjah, makmal, tempat kerja atau kehidupan harian. Teori ini menggalakkan pendidik memilih atau mewujudkan persekitaran pembelajaran yang merangkumi pelbagai pengalaman sama ada dalam konteks sosial, budaya, fizikal atau psikologi untuk mendapatkan hasil pembelajaran yang dihasratkan.
Pendekatan konteksual merupakan suatu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang mencabar, berkesan dan menyeronokkan, seterusnya dapat menyumbang ke arah pemeringkatan penguasaan kemahiran dan prestasi murid.
Dalam proses pembelajaran secara kontekstual, objektif pembelajaran dapat dicapai melalui pelbagai bentuk. Antara bentuk yang diutarakan adalah menghubung kait, mengalami, mengaplikasi, bekerjasama dan memindahkan. Setiap bentuk yang dibincangkan harus mengaitkan pembelajaran dengan pengalaman dan persekitaran. Murid yang melalui kaedah pembelajaran secara kontekstual berupaya mengaitkan apa yang dipelajari dan mengaplikasikannya kepada situasi lain.
Terdapat beberapa perbezaan yang ketara antara pembelajaran secara konteksual dengan pembelajaran secara tradisional. Pembelajaran secara konteksual memberi penumpuan kepada murid. Objektif pembelajaran dapat dicapai dengan lebih cepat dan berkesan berbanding dengan kaedah tradisional.
Pembelajaran kontekstual yang efektif memerlukan gabung jalin atau interaksi di antara kurikulum, kaedah pengajaran, situasi dan masa. Penglibatan masyarakat dan industri dalam merancang straregi untuk mejayakan wawasan bersama dengan pihak sekolah sangat penting. Oleh itu sekolah, industri dan masyarakat perlu bersedia menerima perubahan dalam menjayakan pengajaran dan pembelajaran secara kontekstual.
Senarai Semak Pengajaran Secara Konteksual
Senarai semak ini digunakan untuk menentukan sejauh mana rekabentuk pengajaran berbentuk konteksual dan ia boleh digunakan membantu anda dalam p&p konteksual.
Integrasi
1. Adakah pelajar mempunyai peluang untuk meneliti salingan perhubungan antara pelbagai disiplin atau subjek? Bagaimanakah pelajar-pelajar meneliti saling perhubungan antara disiplin?
2. Adakah rekabentuk pelajaran menggalakkan kolaborasi guru dari pelbagai disiplin? Bagaimanakah pelajaran anda menggalakkan guru-guru untuk berkolaborasi?
3. Adakah pelajaran menggalakkan perkongsian dengan ahli-ahli dari komuniti yang lebih luas? Bagaimanakah pelajaran anda menggalakkan perkongsian?
Berfokuskan Konteks
4. Adakah pelajar-pelajar membuat pemerhatian dan manipulasi tentang artifak autentik yang berasaskan situasi sebenar? Bagaimanakah pelajar membuat pemerhatian dan manipulasi artifak autentik?
5. Adakah titian atau tetangga untuk mengikatkan isi kandungan dengan konteks? Apakah titian atau tetangga untuk mengikatkan isi kandungan dengan konteks?
6. Adakah isi kandungan mengekalkan minat pelajar bagi masa yang panjang? Bagaimanakah isi kandungan mengekalkan minat pelajar?
7. Adakah persekitaran konteks menjelaskan pengalaman positif untuk pelajar? Bagaimanakah konteks persekitaran menjelaskan pengalaman untuk pelajar?
8. Adakah konteks berasaskan dunia sebenar (misalnya amalan autentik tentang dunia kerja)? Bagaimanakah konteks berasaskan dunia sebenar?
Berpusatkan Pelajar
9. Adakah pelajar dicabar dan dilibatkan secara aktif? Bagaimanakah pelajar dicabar dan dilibatkan dengan aktifnya?
10. Adakah bukti nyata tentang motivasi dan kreativiti pelajar? Bagaimanakah anda mengetahui bahawa pelajar dimotivasi dan menunjukkan kreativiti?
11. Adakah pengalaman pelajar digunakan dalam p&p? Bagimanakah anda mengetahui bahawa pengalaman pelajar diguna pakai?
Amalan Reflektif
12. Adakah pelajar menilai, memeriksa dan merenung tentang latar belakang dan bahan konteksual daripada pelbagai sumber untuk membantu dalam interpretasi dan prestasi? Bagaimanakah pelajar menilai, memeriksa, dan merenung tentang latar belakang dan bahan konteksual daripada pelbagai sumber untuk membantu dalam interpretasi dan prestasi?
13. Adakah isi kandungan relevan kepada pelajar, bersifat kontempori dan praktikal? Bagaimana anda mengetahui bahawa isi kandungan relevan kepada pelajar, kontemporari dan praktikal?
14. Adakah pelajar berpeluang untuk mengorganisasikan semula isi kandungan mengikut cara-cara yang bermakna kepada dirinya? Bagaimanakah anda mengetahui bahawa pelajar mempunyai kesempatan untuk mengorganisasi semula isi kandungan dalam cara-cara yang bermakna untuk dirinya?
15. Adakah pelajar berpeluang untuk merenung tentang pembelajarannya? Apakah peluang-peluang pelajar merenung tentang pembelajarannya?
16. Adakah pelajar dengan sengajanya memeriksa dan merenung tentang prestasinya dan menghargai kekuatan dan kelemahannya? Apakah peluang-peluang yang anda sediakan agar pelajar dengan sengajanya memeriksa dan merenung tentang prestasinya dan menghargai kekuatan dan kelemahannya?
17. Adakah pelajar membina interpretasi tentang pemerhatian dan aktiviti serta membentuk hujah tentang kesahan interpretasi tersebut? Apakah peluang-peluang yang anda sediakan agar pelajar dengan sengajanya memeriksa dan merenung tentang prestasinya dan menghargai kekuatan dan kelemahannya?
18. Adakah disediakan peluang untuk penyemakan dan kolaborasi rakan sebaya? Apakah peluang yang anda sediakan untuk penyemakan dan kolaborasi rakan sebaya?
Konformasi
19. Apakah matlamat dan ekspektasi yang dikaitkan dengan realiti bersama? Bagaimanakah pelajaran disesuaikan dengan piawaian kebangsaan?
Berkualiti Tinggi
20. Adakan disediakan proses untuk peningkatan berterusan bagi tugas dan aktiviti pembelajaran? Apakah peluang yang disediakan untuk peningkatan berterusan bagi tugas dan aktiviti pembelajaran?
21. Adakah disediakan proses peningkatan bahan resos p&p? Apakah proses yang digunakan untuk meningkatkan bahan resos p&p?
22. Adakah disediakan proses penilaian untuk menentukan masteri pelajar? Apakah proses yang disediakan untuk penilaian untuk menentukan masteri pelajar?
Lampiran
What Is Contextual Learning?
What is the best way to convey the many concepts that are taught in a particular course so that all students can use and retain that information? How can the individual lessons be understood as interconnected pieces that build upon each other? How can a teacher communicate effectively with students who wonder about the reason for, the meaning of, and the relevance of what they study? How can we open the minds of a diverse student population so they can learn concepts and techniques that will open doors of opportunity for them throughout their lives? These are the challenges teachers face every day, the challenges that a curriculum and an instructional approach based on contextual learning can help them face successfully.
The majority of students in our schools are unable to make connections between what they are learning and how that knowledge will be used. This is because the way they process information and their motivation for learning are not touched by the traditional methods of classroom teaching. The students have a difficult time understanding academic concepts (such as math concepts) as they are commonly taught (that is, using an abstract, lecture method), but they desperately need to understand the concepts as they relate to the workplace and to the larger society in which they will live and work. Traditionally, students have been expected to make these connections on their own, outside the classroom.
However, growing numbers of teachers today—especially those frustrated by repeated lack of student success in demonstrating basic proficiency on standard tests—are discovering that most students’ interest and achievement in math, science, and language improve dramatically when they are helped to make connections between new information (knowledge) and experiences they have had, or with other knowledge they have already mastered. Students’ involvement in their schoolwork increases significantly when they are taught why they are learning the concepts and how those concepts can be used outside the classroom. And most students learn much more efficiently when they are allowed to work cooperatively with other students in groups or teams.
Contextual learning is a proven concept that incorporates much of the most recent research in cognitive science. It is also a reaction to the essentially behaviorist theories that have dominated American education for many decades. The contextual approach recognizes that learning is a complex and multifaceted process that goes far beyond drill-oriented, stimulus-and-response methodologies.
According to contextual learning theory, learning occurs only when students (learners) process new information or knowledge in such a way that it makes sense to them in their own frames of reference (their own inner worlds of memory, experience, and response). This approach to learning and teaching assumes that the mind naturally seeks meaning in context—that is, in relation to the person’s current environment—and that it does so by searching for relationships that make sense and appear useful.
Building upon this understanding, contextual learning theory focuses on the multiple aspects of any learning environment, whether a classroom, a laboratory, a computer lab, a worksite, or a wheat field. It encourages educators to choose and/or design learning environments that incorporate as many different forms of experience as possible—
social, cultural, physical, and psychological—in working toward the desired learning outcomes.
In such an environment, students discover meaningful relationships between abstract ideas and practical applications in the context of the real world; concepts are internalized through the process of discovering, reinforcing, and relating. For example, a physics class studying thermal conductivity might measure how the quality and amount of building insulation material affect the amount of energy required to keep the building heated or cooled. Or a biology or chemistry class might learn basic scientific concepts by studying the spread of AIDS or the ways in which farmers suffer from and contribute to environmental degradation.
What We Know About the Learning Process
The convergence of intelligence theories and learning theories suggests similar methods for more effective teaching and learning. For instance, if we accept Gardner’s theory that the mind’s capacity for learning is much broader than traditionally assumed, we can probably go along with Kolb’s assertion that individuals have a natural ability to learn through a variety of methods. We can further conclude from the studies of Caine and Caine that connectedness is a key to effective learning. The following summary statements about effective learning are a distillation of the theories of intelligence and learning these researchers champion:
• Most people learn best in a concrete manner involving personal participation, physical or hands-on activities, and opportunities for personal discovery.
• Learning is greatly enhanced when concepts are presented in the context of relationships that are familiar to the student.
• Most people relate better to concrete, tangible examples and experiences than to abstract conceptual models.
• Most students learn best through some sort of personal interaction with other students—through study groups, team learning, and so on.
• Rote memorization of isolated fragments of knowledge is a relatively inefficient and ineffective learning strategy for most students.
• Transfer of learning from one situation to another is not consistently predictable, and the ability to do so is a skill that must be learned.
In the last forty years, only a few alterations in the content of elementary and secondary education have been necessary. Aside from a knowledge of computers, globalization, recent history, and environmental change, students need the same sound, solid education they needed four decades ago. Instead, the major changes needed in today’s educational system center around processes. We need to:
• provide students with compelling reasons to remain in school,
• use the discoveries of cognitive science to help them achieve enhanced learning, and
• create learning environments that open their minds and enable them to become more thoughtful, participative members of society and the workforce.
Clearly, if the thrust of educational reform is on the classroom (and laboratories), the emphasis should be upon empowering teachers to facilitate these processes. The "neglected majority" can be successful learners, and they can be vital elements of America’s new workforce. But, for this to happen on a national level, teachers must be helped to understand how students learn, teachers and students must be provided with suitable resources that contain career-oriented motivational elements, and teachers must be provided with sufficient institutional support (including in-service training) to allow them to use new material and equipment effectively. In short, teachers and students must be immersed in contextual teaching and learning, and supported in their use of the REACT strategy. Tech Prep is one of the most successful frameworks for contextual teaching and learning, and can help educators bridge the gap between what is—often static classrooms with bored, "tuned out" students—and what should be—classrooms alive with dynamic students actively engaged in learning.
Are You Teaching Contextually?
Take this self-test and see. These standards appear to some degree in almost all texts. But contextual instruction is rich in all ten standards:
Bil
Pengajaran
1
2
3
4
1
Are new concepts presented in real-life (outside the classroom) situations and experiences that are familiar to the student?
2
Are concepts in examples and student exercises presented in the context of their use?
3
Are new concepts presented in the context of what the student already knows?
4
Do examples and student exercises include many real, believable problem-solving situations that students can recognize as being important to their current or possible future lives?
5
Do examples and student exercises cultivate an attitude that says, "I need to learn this"?
6
Do students gather and analyze their own data as they are guided in discovery of the important concepts?
7
Are opportunities presented for students to gather and analyze their own data for enrichment and extension?
8
Do lessons and activities encourage the student to apply concepts and information in useful contexts, projecting the student into imagined futures (e.g., possible careers) and unfamiliar locations (e.g., workplaces)?
9
Are students expected to participate regularly in interactive groups where sharing, communicating, and responding to the important concepts and decision-making occur?
10
Do lessons, exercises, and labs improve students’ reading and other communication skills in addition to mathematical reasoning and achievement?
Disunting daripada: Dr. Mark L. Merickel V3.0 © Copyright 1998 All rights reserved School of Education Oregon State University Corvallis, OR 97331-3502
Renungan
The Average Child
I don’t cause teachers trouble
My grades have been OK
I listen in my classes
And I’m in school everyday
My teachers think I’m average
My parents think so too
I wish I didn’t know that
Cause there’s lots l’d like to do
I’d like to build a rocket, I have
A book that tells you how
Or start a stamp collection well
There’s no use in trying now
Cause since I found I’m average
I’m just smart enough you see
To know there is nothing special
That I should expect of me
I’m part of the majority
That hump part of the bell
Who spends their life unnoticed
In an average kind of hell

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PENGURUSAN SUMBER AIR

SISTEM HIDROLOGI:   TAJUK:  PENGURUSAN SUMBER AIR .   Konsep Pengurusan Sumber Air .         Mengikut Oridorn (1977) dalam bukunya “ Water Manegment ”, “…..Pengurusan sumber air melibatkan perancangan,analisis,penilaian,penggunaan,impak dan  ramalan terhadap sumber-sumber air secara sistematik, cekap optimun tanpa membazir untuk menjamin bekalan air kepada pengguna sentiasa bersih dan berterusan …”. Justeru sumber-sumber air yang ada di sesuatu kawasan mestilah diuruskan dan diselenggarakan dengan bijak bagi memenuhi keperluan manusia masa kini dan akan datang tanpa mengorbankan alam sekitar. Oleh sebab itu konsep pembangunan sumber air yang lestari amat dititikberatkan.   Kegunaan Sumber Air : Kajian Kes, Malaysia .                          KEGUNAAN     ...

MODUL PENGAJARAN GEOGRAFI 1

MODUL PENGAJARAN GEOGRAFI 1 ( ALAM SEKITAR FIZIKAL) OLEH : MAZLAN BIN JUNAIDI BAB 1 : SISTEM BUMI 1.1            KONSEP SISTEM – satu set angkubah yang berstruktur   dan saling berinteraksi antara satu sama lain untuk mencapai keseimbangan. 1.2           Terdiri daripada 3 sistem ; i)                terpencil – mempunyai sempadan yang   nyata dan tidak membenarkan kemasukan bahan dan tenaga. ii)              Tertutup – mempunyai sempadan yang membenarkan kemasukan tenaga sahaja tetapi menghalang kemasukan bahan. iii)           Terbuka – tidak mempunyai sempadan yang nyata dan membenarkan kemasukan tenaga dan bahan melalui sempadannya. 1.3       ...