Langkau ke kandungan utama

Tip: Kelebihan sungkupan pada tanaman



SUNGKUPAN dapat menjadi bahan hiasan atau dekor pada pangkal pokok selain menutup permukaan tanah yang kosong.
RAMAI menyatakan bagus dan perlu kita letakkan bahan sungkupan pada tanaman sama ada ditanam dalam pasu atau tanah. Benarkah? Mari kita sama-sama berkongsi sejauh mana kebenarannya.

Biasanya bahan yang biasa kita lihat di pasaran seperti sabut kelapa yang dikisar dan diproses contohnya, sesuai kita jadikan bahan sungkupan. Ia dapat mengekalkan kelembapan tanah ke atas tanaman kerana bahan berkenaan mampu memperlahankan kesan sejatan tatkala kita menyiram pokok ke atas permukaan tanah.

Antara kebaikan lain, ia bertindak menghalang percikan tanah atau butiran baja yang kita letakkan pada pangkal pokok terpercik keluar apabila kita menyiram. Berikutan itu sungkupan pada pangkal pokok menghalang kerosakan pada akar pokok muda.

Bahan sungkupan yang dihasilkan secara organik yang boleh kita hasilkan sendiri mampu berfungsi seperti dimaksudkan di atas adalah hampas tebu. Tambahan, ia menggalakkan aktiviti dan kehadiran mikro organisma dalam tanah seperti cacing, secara semula jadi mampu memperbaiki struktur udara dalam tanah dan memperbaiki sumber nutrien bagi tujuan pertumbuhan akar pokok yang sihat.

Selain itu, sungkupan juga dapat dijadikan bahan hiasan atau dekor pada pangkal pokok terutama tanaman dalam pasu yang menampakkan lebih menarik dan kemas dari hanya terus kelihatan permukaan tanah yang kosong.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tip: Jenis pencahayaan di taman

TIGA jenis pencahayaan yang biasanya digunakan dalam mencapai impak menarik dalam sesebuah taman. Sungguhpun demikian jenis dan teknik penggunaan lampu taman bergantung kepada kesesuaian reka bentuk sesuatu taman. Ia lebih kepada tujuan mendapatkan ‘mood’ dan mengubah perspektif di taman pada malam hari. ‘Spotlighting’ Jenis lampu dan pencahayaan yang terang adalah untuk dijadikan sebagai sumber cahaya bagi memfokus sesuatu binaan atau feature structure seperti arca atau kolam yang mempunyai air pancut. Selain itu ia biasa digunakan bagi mendapatkan pencahayaan menyeluruh dalam taman. Namun, posisi jenis lampu perlu diteliti kerana kekuatan cahaya yang dipancarkan juga akan mewujudkan rasa ketidakselesaan bila berada di taman. ‘Uplighting’ Ada pelbagai jenis di pasaran dan sangat popular di kebanyakan taman. Jenis ini biasanya digunakan untuk mendapatkan kesan bayangan terutama jika dipancarkan kepada pokok dari bawah atau dipasang pada dahan pokok besar (pokok jenis te...

Lili air mudah dijaga

TERATAI tumbuhan penghias kolam paling mendapt sambutan. TERATAI yang turut dikenali sebagai pokok lili air adalah tumbuhan terbiar yang mempunyai nilai komersial apabila digunakan untuk menghiasi taman yang mempunyai kolam. Tumbuhan ini lazimnya mampu hidup subur pada paras suhu tidak melebihi 20 Celsius. Bahang matahari yang terlalu panas boleh menyebabkan tumbuhan itu layu dan terbantut. Bagaimanapun, kebanyakan pemilik taman tempatan yang mempunyai kolam buatan atau semula jadi kurang mendalami teknik penanaman mengikut keperluan dan kesesuaiannya. Malah sesetengah pemilik taman menganggap tidak berkemampuan untuk memiliki baka teratai apabila mendapati harga setiap pokok yang diimport agak mahal. Tentunya amat sukar untuk menanamnya bagi memenuhi ruang kolam yang luas. Penanaman teratai menjadi suatu kemestian untuk menghiasi setiap kolam yang dibina di halaman rumah penduduk di Kemboja, Vietnam dan Thailand. Ia seolah-olah melambangkan tr...