Langkau ke kandungan utama

Fahami, ketahui kesesuaian pokok



LAMAN yang dihiasi jubin masih boleh dihijaukan dengan tumbuhan yang ditanam dalam pasu besar.
DULU bila kita cakap saja mengenai taman, perkara pertama yang terbayang ialah perkarangan laman rumah mesti ada pokok bunga. Jika yang `advance' sikit, mesti ada bangku kayu atau bangku simen, air pancut, rumput, kolam ikan dan batu pemijak. Ini memang jelas dan menjadi gaya popular pada satu ketika dulu.

Namun, perkembangan industri seni taman dan landskap yang kian berkembang dalam pelbagai peringkat menjadikan sesebuah taman mempunyai gaya dan tema tersendiri.

Kalau anda masih ingat, laman rumah dulu yang luas biasanya ditanam pokok besar di penjuru rumah paling tidak mesti ada sepohon pokok buah. Tumbuhan berbunga dalam pasu menjadi pilihan utama diletakkan berhampiran pintu masuk rumah.

Kini, dengan perubahan pesat dalam sektor perumahan dan jenis kediaman yang mempunyai gaya seni bina tersendiri menjadi salah satu faktor sesebuah taman yang diidamkan beralih rupa. Ia lebih difahami dan bergantung kepada cita rasa pemilik kediaman. Selain itu, kita juga boleh melantik jururunding atau pereka bentuk landskap untuk membantu dalam merealisasikan sebuah taman yang diinginkan.

Sungguhpun demikian dalam usaha kita memiliki sebuah taman sama ada mengikut cita rasa sendiri atau seperti disarankan pereka taman, ada di kalangan kita sangat ghairah dan tertumpu dengan rupa, gaya atau ciri-ciri sesebuah taman dengan konsepnya saja.

Misalnya, mereka yang gemar gaya taman ala Inggeris akan menjadikan contoh taman di luar negara sebagai pilihan tanpa disedari tumbuhan yang memberi impak dalam taman itu tidak ada di negara kita. Bagaimana pula kesesuaiannya dengan cuaca di tempat kita atau macam mana nak menjaganya?
Memang tidak dinafikan jenis pokok dan tumbuh-tumbuhan dengan sifat dan ciri tertentu memberi kesan tersendiri dalam taman. Namun di sebalik keghairahan kita mencapai matlamat mempunyai taman yang diidamkan ramai yang lupa pokok dan tumbuhan adalah aset penting perlu diutamakan.

Realitinya, berdasarkan pengalaman saya sehingga ke hari ini, masih ramai menganggap pokok hanyalah seperti perabot taman. Bagi saya pokok dan tumbuhan bukan saja mengenai kecantikan dan keunikannya dalam sesebuah taman tetapi ia lebih berkisar kepada kisah yang menghidupkan suasana taman kita. Sungguhpun kita mampu membelanjakan sejumlah wang untuk taman yang cantik tapi tidak guna jika kita tidak memahami ‘jiwa’ pokok. Ia sebenarnya benda hidup yang menjadi ejen keseimbangan alam.

Pokok juga perlu bernafas, membesar, bercambah atau beranak. Pada pendapat saya, secara semula jadi setiap orang suka kepada tumbuhan dengan alasan tertentu terutama untuk mencantikkan kawasan rumah. Sedar tak sedar, suka atau tidak manusia dan tumbuhan berada dalam kelompok kitar hidup yang sama bermaksud kita saling memerlukan.

Malangnya, apabila pokok kita kurang sihat, layu dan mati kebanyakan kita merasakan ia adalah satu beban. Oleh kerana itu, ramai beranggapan dengan menanam pokok dan sudut taman di rumah memberi masalah berbanding yang memikirkan ia membawa kebaikan kepada manusia.
Ramai sebenarnya inginkan taman dengan pokok rendang, berbunga dan mengeluarkan bau harum tetapi kurang pengetahuan mengenai kesesuaian dan penjagaannya.

Tidak hairan jika pada hari ini anda perhatikan di sekitar kawasan perumahan anda, berapa ramai yang mengambil jalan mudah dengan menurap ruang laman kecil di depan rumah dengan alasan tak payah ada pokok, bimbang banyak masalah termasuk daun luruh, nak kena siram dan macam-macam lagi.

Sayang juga melihat ruang laman yang ada disimen dan dihiasi dengan corak lantai batu atau jubin mahal tapi akhirnya dijadikan ruang untuk letak kereta saja. Kemudian, ada rumah yang menggunakan penyaman udara di setiap bilik tidur. Lebih teruk sebelah pagi pun masih di pasang lagi. Boleh anda bayangkan mengapa? Mudah. Rumah yang tidak ada pokok memang lebih rasa panas.

Jika aliran ini berterusan, sehingga anak-anak kita pasti akan terus membesar dalam persekitaran sebegitu dan bayangkan ia menjadi kebiasaan dan rutin kehidupan se
harian. Mesti kena ada `aircond'.

Tak pun nanti, mungkin mereka lebih arif mengenai jenis kereta yang `parking' penuh di laman rumah berbanding mengenal jenis pokok yang ada. Janganlah sampai mereka dah tak lagi berpeluang rasa embun pagi atau suasana udara nyaman angin sepoi-sepoi bahasa sebelah petang.

Bagi merealisasikan taman idaman bukanlah sekadar berapa banyak dan cantik pokok yang kita ada atau berapa banyak perabot taman dan aksesori. Bagi saya jika sibuk, kita boleh bermula dengan perkara paling mudah dan kecil dulu. Misalnya tanam sejenis pokok yang sesuai. Jika ragu-ragu, anda boleh dapatkan maklumat daripada mereka yang arif.

Jadikan ia sebagai satu permulaan supaya memberi sedikit kesan teduhan yang membolehkan kita rasa selesa sikit. Percayalah! Pelaburan untuk menghijaukan kawasan rumah adalah langkah paling bijak. Selain berpeluang menikmati keindahan alam semula jadi, udara dari taman mampu memberi kesegaran.

Pokok dan tumbuhan yang kita tanam adalah untuk menambahkan kecantikan dan kesegaran ketika bersantai di taman. Kita tidak harus lari dari hakikat kita sedang berurusan dengan benda hidup. Kita perlu tahu jenis tumbuhan dan cara menjaganya secara efektif.

Oleh yang demikian, apa juga jenis gaya taman kita, pengetahuan mengenai kesesuaian dan penjagaan tumbuhan perlu diutamakan. Jenis dan rupa tumbuhan tertentu bukan penentu taman idaman kita terlaksana dengan jaya tetapi kefahaman dan kesediaan kita menjayakan dan mencorak keberkesanan taman kemudian hari adalah paling utama.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PENGURUSAN SUMBER AIR

SISTEM HIDROLOGI:   TAJUK:  PENGURUSAN SUMBER AIR .   Konsep Pengurusan Sumber Air .         Mengikut Oridorn (1977) dalam bukunya “ Water Manegment ”, “…..Pengurusan sumber air melibatkan perancangan,analisis,penilaian,penggunaan,impak dan  ramalan terhadap sumber-sumber air secara sistematik, cekap optimun tanpa membazir untuk menjamin bekalan air kepada pengguna sentiasa bersih dan berterusan …”. Justeru sumber-sumber air yang ada di sesuatu kawasan mestilah diuruskan dan diselenggarakan dengan bijak bagi memenuhi keperluan manusia masa kini dan akan datang tanpa mengorbankan alam sekitar. Oleh sebab itu konsep pembangunan sumber air yang lestari amat dititikberatkan.   Kegunaan Sumber Air : Kajian Kes, Malaysia .                          KEGUNAAN           CONTOH 1.  Kegunaan Domestik;  kegunaan/keperluan harian penduduk seperti memasak,membasuh/mencuci,mandian dll. Bekalan air  dari pada JBA, air sungai,tasik,perigi dl

MODUL PENGAJARAN GEOGRAFI 1

MODUL PENGAJARAN GEOGRAFI 1 ( ALAM SEKITAR FIZIKAL) OLEH : MAZLAN BIN JUNAIDI BAB 1 : SISTEM BUMI 1.1            KONSEP SISTEM – satu set angkubah yang berstruktur   dan saling berinteraksi antara satu sama lain untuk mencapai keseimbangan. 1.2           Terdiri daripada 3 sistem ; i)                terpencil – mempunyai sempadan yang   nyata dan tidak membenarkan kemasukan bahan dan tenaga. ii)              Tertutup – mempunyai sempadan yang membenarkan kemasukan tenaga sahaja tetapi menghalang kemasukan bahan. iii)           Terbuka – tidak mempunyai sempadan yang nyata dan membenarkan kemasukan tenaga dan bahan melalui sempadannya. 1.3           Bumi sebagai satu sistem – merupakan sistem tertutup yang membenarkan kemasukan tenaga daripada matahari tetapi tidak membenarkan kemasukan bahan. 1.3.1      Terdiri daripada komponen biosfera ( tumbuhan dan haiwan), atmosfera ( gas-gas di   udara), hidrosfera ( badan-badan air ), litosfera ( lapisan per

5R

Apa itu 5r Ramai yang tidak mengetahui apa itu 5r. Adakah rakyat di Malaysia tahu   betapa pentingnya 5r itu untuk menyelamatkan alam sekitar. 5R adalah singkatan kepada ‘rethink’ (fikir semula), ‘repair’ (baik pulih), ‘reuse’ (guna semula), ‘recycle’ (kitar semula) dan ‘reduce’ (kurangkan). Tahap kesedaran rakyat Malaysia perlu dipertingkatkan bagi membolehkan rakyat Malaysia membantu dalam mengurangkan pembuangan sisa pepejal yang semakin bertambah sejajar dengan pertumbuhan penduduk di negara ini. Oleh itu rakyat Malaysia disarankan agar dapat mengamalkan sikap 5R ini bagi membantu mengurangkan penggunaan sumber asli secara lebih berkesan. Penerapan konsep 5R dalam mempromosikan amalan gaya hidup lestari memberi cabaran yang amat besar sekiranya semua golongan dari pelbagai peringkat tidak digembling. Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan(KPKT) pada tahun 2007, lebih 15,000 tan sampah dihasilkan di Malaysia pada setiap hari dan ian