Langkau ke kandungan utama

CONTOH: ANALISIS LANDSKAP


 Mula dengan:
1. Memerhati tumbuhan dan pokok-pokok yang sedia ada dan kaitan dengan
    landskap yang anda sedang mereka bentuk.
·        Adakah anda akan menebang pokok tertentu atau memindahkan
            tumbuhan tertentu?
·        Adakah kawasan teduh mencukupi atau terlalu banyak hingga
            menjejas pertumbuhan tumbuhan lain?
·        Adakah tempat tertentu yang memerlukan lebih banyak teduh?

2. Memerhati tapak yang hendak di reka bentuk daripada luar rumah dan
    juga daripada dalam rumah.
·        Bolehkah anda menggunakan tumbuhan dan pokok yang sedia ada
            atau anda pelu menanam tumbuhan baru untuk menjadi penghadang
            sesuatu pemandangan?
·         Ada anda memerlukan lebih privacy ?

3. Mengambil kira arah dan kekuatan angin.
·        Adakah anda memerlukan tumbuhan untuk dijadikan penghadan angin?

4. Perlukah anda mengubah cerun bentuk muka bumi untuk
    mempertingkatkan saliran
·        Adakah anda perlu membina teres?

5. Tentukan lokasi paip air, saluran najis dan kabel elektrik. Hubungi pihak
    berkuasa yang berkenaan.

6. Tentukan kehendak tuan punya rumah dan berbincang dengan ahli keluarga.
·        Keperluan tempat permainan untuk kanak-kanak.
·        Tempat untuk melayan kawan
·        Tempat membuat kerja
·        Tempat simpan kenderaan

7. Kenderaan boleh masuk ke belakang rumah  sama ada
    pintu masuk perlu didirikan dibelakang rumah?

8. Penyelengeraan perlu diberi perhatian
·         Adakah kos penyelengeraan landskap mahal?
·        Adakah pokok-pokok perlu sentiasa dicantas?
·        Adakah rumput perlu sentiasa dipotong?
·        Perlukah air terjun atau kolam mandi sentiasa dijaga?

9. Tempat penyimpanan untuk perbot yang diletakkan diluar .

CONTOH: MEREKA BENTUK LANDSKAP
Pengukuran
1. Langkah pertama ialah untuk mendapatkan peta tapak yang anda bercadang mengubah   
    landskapnya. Peta berkenaan boleh diperolehi daripada Jabatan Tanah atau Jabatan Daerah.
2. Perhatikan sama ada peta tersebut berskala atau tidak.
3. Peta berkenaan dapat menunjukkan rupa bumi serta lokasi paip air, saluran
    najis dan kabel elektrik.
4. Pastikan peta tersebut menunjukkan arah mata angina; iaitu, arah utara.
5. Jika anda tidak ada peta, anda boleh menggunakan kertas graf.
6. Ramai pereka landskap menggunakan skala 1 inci bersamaan 10 kaki atau 1
    inci bersamaan 8 kaki.

7.  Mula dengan melukis tapak rumah dan bermula segala pengukuran
    daripada tapak rumah berkenaan

8. Gunakan graf „bubble. Ia merupakan lakaran kasar dan anda tidak perlu
    memberi perhatian kepada skala atau bentuk yang tepat bagi setiap aktiviti.

9. Buat ukuran tentang patio, jalan masuk ke rumah (driveway) dan struktur
    sedia ada .

10. Buat ukuran tentang pokok-pokok, tumbuhan dan pokok renek yang sedia ada.

Mereka Bentuk
1. Anda digalakkan berjalan mengelilingi tapak tersebut dan perhatikan
    landskap jiran dan kawasan sekeliling.
·        Apakah jenis tumbuhan yang ditanam?
·        Bagaimana rupa bumi diubahsuai?

2. Tentukan pokok, tumbuhan renek atau apa jua pun yang anda ingin
    mengekalkan. Ukurnya dengan tepat dan lukis dalam peta atau pelan.

3. Fikirkan tema yang dapat memandu reka bentuk anda. Juga tentukan stail
    yang anda ingin mengikuti. Contohnya; stail rumah anda akan
    mempengaruhi landskap yang di reka bentuk.

4. Lakar lokasi tumbuhan secara umum. Pada peringkat awal, anda tidak
    perlu menentukan jenis atau spesies tumbuhan.
·        Jarak di antara tumbuhan
·        Saiz tumbuhan
·        Bentuk tumbuhan

5. Manakah anda akan membina lorong atau jalan berturap? Secara umum,
    lorong yang tidak lurus lebih menarik berbanding dengan lorong yang lurus.
6. Ciri-ciri air yang boleh dibina seperti air terjun, kolam ikan dan sebagainya

Pelan Induk
1. Gunakan prinsip-prinsip landskap untuk melukis pelan induk yang akan
    menjadi „blueprint reka bentuk.
2. Murnikan pelan awal supaya bahagian-bahagian tapak disusun semula.
3. Labelkan dengan terperinci bahagian-bahagian pelan.
4. Namakan tumbuhan yang akan ditanam.





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PENGURUSAN SUMBER AIR

SISTEM HIDROLOGI:   TAJUK:  PENGURUSAN SUMBER AIR .   Konsep Pengurusan Sumber Air .         Mengikut Oridorn (1977) dalam bukunya “ Water Manegment ”, “…..Pengurusan sumber air melibatkan perancangan,analisis,penilaian,penggunaan,impak dan  ramalan terhadap sumber-sumber air secara sistematik, cekap optimun tanpa membazir untuk menjamin bekalan air kepada pengguna sentiasa bersih dan berterusan …”. Justeru sumber-sumber air yang ada di sesuatu kawasan mestilah diuruskan dan diselenggarakan dengan bijak bagi memenuhi keperluan manusia masa kini dan akan datang tanpa mengorbankan alam sekitar. Oleh sebab itu konsep pembangunan sumber air yang lestari amat dititikberatkan.   Kegunaan Sumber Air : Kajian Kes, Malaysia .                          KEGUNAAN           CONTOH 1.  Kegunaan Domestik;  kegunaan/keperluan harian penduduk seperti memasak,membasuh/mencuci,mandian dll. Bekalan air  dari pada JBA, air sungai,tasik,perigi dl

MODUL PENGAJARAN GEOGRAFI 1

MODUL PENGAJARAN GEOGRAFI 1 ( ALAM SEKITAR FIZIKAL) OLEH : MAZLAN BIN JUNAIDI BAB 1 : SISTEM BUMI 1.1            KONSEP SISTEM – satu set angkubah yang berstruktur   dan saling berinteraksi antara satu sama lain untuk mencapai keseimbangan. 1.2           Terdiri daripada 3 sistem ; i)                terpencil – mempunyai sempadan yang   nyata dan tidak membenarkan kemasukan bahan dan tenaga. ii)              Tertutup – mempunyai sempadan yang membenarkan kemasukan tenaga sahaja tetapi menghalang kemasukan bahan. iii)           Terbuka – tidak mempunyai sempadan yang nyata dan membenarkan kemasukan tenaga dan bahan melalui sempadannya. 1.3           Bumi sebagai satu sistem – merupakan sistem tertutup yang membenarkan kemasukan tenaga daripada matahari tetapi tidak membenarkan kemasukan bahan. 1.3.1      Terdiri daripada komponen biosfera ( tumbuhan dan haiwan), atmosfera ( gas-gas di   udara), hidrosfera ( badan-badan air ), litosfera ( lapisan per

5R

Apa itu 5r Ramai yang tidak mengetahui apa itu 5r. Adakah rakyat di Malaysia tahu   betapa pentingnya 5r itu untuk menyelamatkan alam sekitar. 5R adalah singkatan kepada ‘rethink’ (fikir semula), ‘repair’ (baik pulih), ‘reuse’ (guna semula), ‘recycle’ (kitar semula) dan ‘reduce’ (kurangkan). Tahap kesedaran rakyat Malaysia perlu dipertingkatkan bagi membolehkan rakyat Malaysia membantu dalam mengurangkan pembuangan sisa pepejal yang semakin bertambah sejajar dengan pertumbuhan penduduk di negara ini. Oleh itu rakyat Malaysia disarankan agar dapat mengamalkan sikap 5R ini bagi membantu mengurangkan penggunaan sumber asli secara lebih berkesan. Penerapan konsep 5R dalam mempromosikan amalan gaya hidup lestari memberi cabaran yang amat besar sekiranya semua golongan dari pelbagai peringkat tidak digembling. Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan(KPKT) pada tahun 2007, lebih 15,000 tan sampah dihasilkan di Malaysia pada setiap hari dan ian