Langkau ke kandungan utama

Sisa Sifar (Zero Waste) : Pendekatan Terbaik Mengurus Sumber.

Berita Harian:: PERSPEKTIF IKIM

Sisa Sifar (Zero Waste) : Pendekatan Terbaik Mengurus Sumber.

Muhammad Hisyam Bin Mohamad,
Fellow Pusat Ekonomi dan Kajian Sosial IKIM

04/07/2006

Alam sekitar tidak pernah menghasilkan sebarang sisa yang tidak berguna. Jika ada sebarang sisa yang dihasilkan oleh alam sekeliling, sistem ekologi akan menukarnya kepada bentuk yang boleh dimanfaatkan oleh persekitaran. Berlainan dengan manusia, mereka mencipta sampah dan sisa buangan dan menyebabkan alam sekitar musnah dan terjejas. Akhirnya manusia berhadapan dengan masalah yang berpunca daripada perbuatan buruk mereka sendiri.
Di Malaysia, secara purata dikatakan setiap individu menghasilkan 0.8 kilogram sampah setiap hari. Ini bermakna penduduk Malaysia menghasilkan 7.6 juta tan sampah setahun. Daripada jumlah ini, 45% sisa buangan adalah berupa bahan makanan; 24% plastik manakala yang selebihnya adalah bahan yang selain keduanya. Untuk pengurusan sisa pula, pihak berkuasa tempatan membelanjakan hampir RM854 juta setahun atau 60% daripada peruntukan kewangan tahunan mereka.
Bagaimana kita boleh mengubah angka-angka yang tertera di atas kepada angka sifar? Walaupun angka sifar bukanlah suatu angka yang menarik terutamanya bila ia muncul di dalam buku akaun bank kita atau markah peperiksaan; dari segi aspek penjagaan alam sekitar ia  adalah satu angka yang amat bagus.
Di Barat, konsep sisa sifar (zero waste) telah mendapat perhatian masyarakat di sana seawal tahun 1980an lagi. Ia adalah satu konsep untuk mengurangkan sampah atau sisa yang bakal dibuang ke tempat pelupusan.
Dalam bentuk penjelasan yang lebih tepat konsep sisa sifar merupakan satu matlamat yang pragmatik dan berwawasan  untuk mengajak manusia mencontohi kitaran semulajadi di mana semua bahan buangan adalah sumber untuk kegunaan lain. Pelaksanaan konsep ini bermakna kita akan mengurangkan pembuangan sisa ke alam semulajadi. 
Secara mudah konsep ini menganjurkan kita supaya memaksimakan kitar semula; meminimakan sisa lebihan (residual waste); mengurangkan penggunaan dan memastikan setiap barangan yang dihasilkan boleh diguna semula, dibaiki, dikitar dan dikomposkan.
Konsep sisa sifar lebih luas dan lebih lengkap berbanding dengan konsep kitar semula. Kitar semula bermula apabila sampah atau sisa tercipta sedangkan konsep sisa sifar bermula seawal proses penciptaan barangan lagi serta ia melibatkan pihak pengguna, pengeluar dan juga pembuat dasar.
Pihak pengeluar sebagai contoh perlu menghasilkan barangan dan perkhidmatan yang tidak berbahaya dan paling sedikit menghasilkan sisa selepas ia digunakan. Ia juga perlu memastikan aspek pembungkusan dan produk itu sendiri atau bahagian-bahagiannya boleh dikitar dan diguna semula bagi menghasilkan produk yang seterusnya.
Justeru itu pihak pengeluar perlu menimbang perkara-perkara berikut sebelum sesuatu produk itu dikeluarkan:
i. Di mana sumber bahan boleh diperolehi dan pastikan bahan tadi tidak berbahaya kepada alam sekitar. Jika ia menggunakan sumber daripada bahan yang dikitar semula, itu lebih baik kerana sumber baru tidak diperlukan untuk proses pengeluaran;
ii. Bagaimana produk dilupuskan selepas diguna. Sebagai contoh, apa yang terjadi kepada tiub televisyen lama, komputer dan sebagainya selepas ia rosak?
iii. Bagaimana syarikat dapat mengurangkan sisa yang dihasilkan. Perlukan pasaraya menyediakan beg plastik untuk setiap pelanggannya setiap kali mereka berbelanja?
iv. Bagaimana syarikat boleh menjadikan bahan pembungkusan boleh dikitar semula.

Dengan mengamalkan sisa sifar, pengeluar bukan sahaja menolong memelihara alam sekitar malah memperolehi manfaat dalam bentuk penjimatan kos operasi.

Antara syarikat-syarikat yang  mengorak langkah mengamalkan konsep ini ialah Epson dan Xerox. Epson sebagai contoh mengitar semula 90% bahan buangannya. Manakala syarikat Xerox pada tahun 1998 telah berjaya mencapai kadar 88% tahap kitar semula menerusi cawangan-cawangannya di seluruh dunia. Ini telah memberi penjimatan sebanyak US$45 juta.

Kerajaan atau pembuat dasar pula perlu menunjukkan teladan kepimpinan dan membangunkan satu bentuk perundangan untuk menyokong konsep ini. Antara pendekatan yang paling mudah yang diamalkan di beberapa tempat di Barat ialah mengenakan cukai alam sekitar ke atas syarikat yang menggunakan bentuk pembungkusan yang tidak mesra alam.
Manakala pihak berkuasa tempatan pula boleh mencapai objektif sisa sifar dengan meletakkan matlamat untuk menjadikan sesebuah bandar atau negara itu bebas sampah atau bebas sisa. Sebagai contoh, bandaraya Canberra mempunyai visi "No Waste By 2010"; dan  Toronto dengan  "Zero Waste by 2010". Manakala New Zealand pula menjadikan konsep sisa sifar ini sebagai agenda nasional yang perlu dicapai pada 2020 nanti.
Pengguna atau isi rumah pula perlu memainkan peranan mereka dengan memastikan pembaziran ke atas penggunaan barangan dan perkhidmatan tidak berlaku. Barangan yang dibeli seharusnya tahan lama, senang dibaiki jika ia rosak dan boleh dikitar semula.
Secara jelas konsep sisa sifar ini sama dengan apa yang dianjurkan Islam. Dalam Islam, kita dianjurkan supaya tidak membazir. Apabila kita menggunakan sesuatu, ia perlu digunakan sebaik yang mungkin supaya unsur-unsur pembaziran dapat dielakkan.
Setiap sumber yang ada perlu digunakan secara berhemat walaupun ia wujud dalam kuantiti yang banyak. Jika tidak masakan, nabi melarang kita berlebihan dalam penggunaan air walaupun semasa berwuduk di sungai yang mengalir.
Akibat tiada pemahaman yang betul tentang hadis ini maka apa yang kita amalkan pada hari ini bertentangan dengan apa yang disarankan oleh nabi. s.w.t. Hakikat yang perlu disedari ialah kita disuruh mengurus setiap anugerah Allah secara amanah dan bijaksana. Apa yang berlaku sekarang ialah kita lebih menjurus kepada pengurusan sisa, bukannya pengurusan sumber.
Pengurusan sisa merupakan tindakan pada tahap yang lewat sedangkan konsep sisa sifar lebih kepada pengurusan sumber pada peringkat awal lagi. Jadi, jika sumber diuruskan dengan baik dan berkesan serta menggunakan teknologi yang bersesuaian, sudah pasti produk dan perkhidmatan yang dihasilkan adalah bermutu dan mesra alam. Natijahnya, masalah kekurangan tapak pelupusan atau kemungkinan bandar atau penempatan kita dilimpahi sampah sarap tidak akan berlaku kerana hasil perindustrian dan perkilangan tidak menyumbang ke arah penciptaan sisa-sisa berbahaya dan tidak bermanfaat.
Kemaskini 04/07/2006 16:38:43

© 1992- 2006  INSTITUT KEFAHAMAN ISLAM MALAYSIA (IKIM) 234432-H
:: PERSPEKTIF IKIM

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PENGURUSAN SUMBER AIR

SISTEM HIDROLOGI:   TAJUK:  PENGURUSAN SUMBER AIR .   Konsep Pengurusan Sumber Air .         Mengikut Oridorn (1977) dalam bukunya “ Water Manegment ”, “…..Pengurusan sumber air melibatkan perancangan,analisis,penilaian,penggunaan,impak dan  ramalan terhadap sumber-sumber air secara sistematik, cekap optimun tanpa membazir untuk menjamin bekalan air kepada pengguna sentiasa bersih dan berterusan …”. Justeru sumber-sumber air yang ada di sesuatu kawasan mestilah diuruskan dan diselenggarakan dengan bijak bagi memenuhi keperluan manusia masa kini dan akan datang tanpa mengorbankan alam sekitar. Oleh sebab itu konsep pembangunan sumber air yang lestari amat dititikberatkan.   Kegunaan Sumber Air : Kajian Kes, Malaysia .                          KEGUNAAN           CONTOH 1.  Kegunaan Domestik;  kegunaan/keperluan harian penduduk seperti memasak,membasuh/mencuci,mandian dll. Bekalan air  dari pada JBA, air sungai,tasik,perigi dl

MODUL PENGAJARAN GEOGRAFI 1

MODUL PENGAJARAN GEOGRAFI 1 ( ALAM SEKITAR FIZIKAL) OLEH : MAZLAN BIN JUNAIDI BAB 1 : SISTEM BUMI 1.1            KONSEP SISTEM – satu set angkubah yang berstruktur   dan saling berinteraksi antara satu sama lain untuk mencapai keseimbangan. 1.2           Terdiri daripada 3 sistem ; i)                terpencil – mempunyai sempadan yang   nyata dan tidak membenarkan kemasukan bahan dan tenaga. ii)              Tertutup – mempunyai sempadan yang membenarkan kemasukan tenaga sahaja tetapi menghalang kemasukan bahan. iii)           Terbuka – tidak mempunyai sempadan yang nyata dan membenarkan kemasukan tenaga dan bahan melalui sempadannya. 1.3           Bumi sebagai satu sistem – merupakan sistem tertutup yang membenarkan kemasukan tenaga daripada matahari tetapi tidak membenarkan kemasukan bahan. 1.3.1      Terdiri daripada komponen biosfera ( tumbuhan dan haiwan), atmosfera ( gas-gas di   udara), hidrosfera ( badan-badan air ), litosfera ( lapisan per

5R

Apa itu 5r Ramai yang tidak mengetahui apa itu 5r. Adakah rakyat di Malaysia tahu   betapa pentingnya 5r itu untuk menyelamatkan alam sekitar. 5R adalah singkatan kepada ‘rethink’ (fikir semula), ‘repair’ (baik pulih), ‘reuse’ (guna semula), ‘recycle’ (kitar semula) dan ‘reduce’ (kurangkan). Tahap kesedaran rakyat Malaysia perlu dipertingkatkan bagi membolehkan rakyat Malaysia membantu dalam mengurangkan pembuangan sisa pepejal yang semakin bertambah sejajar dengan pertumbuhan penduduk di negara ini. Oleh itu rakyat Malaysia disarankan agar dapat mengamalkan sikap 5R ini bagi membantu mengurangkan penggunaan sumber asli secara lebih berkesan. Penerapan konsep 5R dalam mempromosikan amalan gaya hidup lestari memberi cabaran yang amat besar sekiranya semua golongan dari pelbagai peringkat tidak digembling. Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan(KPKT) pada tahun 2007, lebih 15,000 tan sampah dihasilkan di Malaysia pada setiap hari dan ian