Langkau ke kandungan utama

SELAMAT DATANG!


Selamat datang saya ucapkan kepada para pengunjung yang bertandang blog saya dan jutaan terima kasih atas kunjungan tersebut. Blog ini merupakan blog yang masih baru dan masih dalam proses memperbaiki dari semua aspek sama ada kiriman, nota, pandangan mahupun reka bentuk blog bagi memberi keselesaan kepada para pengunjung blog ini.

Seiring dengan peredaran zaman dan kecanggihan teknologi, saya tidak mahu terlepas peluang menggunakan teknologi ini untuk berkongsi ilmu kepada semua. Pendidikan bukan terhad kepada buku sahaja dan kini terbukti internet merupakan satu medium yang pantas dalam usaha mencari maklumat oleh pengguna yang memerlukan maklumat tersebut.

Saya ingin menyatakan bahawa tidak semua nota dan kiriman yang saya ketak dalam blog ini hasil tulisan saya. Terdapat nota-nota yang saya kumpul dan sebahagian saya nyatakan sumbernya.

Dengan kewujudan blog ini, saya berharap ianya dapat memberi manfaat kepada penggunanya. Sekian, terima kasih.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tip: Jenis pencahayaan di taman

TIGA jenis pencahayaan yang biasanya digunakan dalam mencapai impak menarik dalam sesebuah taman. Sungguhpun demikian jenis dan teknik penggunaan lampu taman bergantung kepada kesesuaian reka bentuk sesuatu taman. Ia lebih kepada tujuan mendapatkan ‘mood’ dan mengubah perspektif di taman pada malam hari. ‘Spotlighting’ Jenis lampu dan pencahayaan yang terang adalah untuk dijadikan sebagai sumber cahaya bagi memfokus sesuatu binaan atau feature structure seperti arca atau kolam yang mempunyai air pancut. Selain itu ia biasa digunakan bagi mendapatkan pencahayaan menyeluruh dalam taman. Namun, posisi jenis lampu perlu diteliti kerana kekuatan cahaya yang dipancarkan juga akan mewujudkan rasa ketidakselesaan bila berada di taman. ‘Uplighting’ Ada pelbagai jenis di pasaran dan sangat popular di kebanyakan taman. Jenis ini biasanya digunakan untuk mendapatkan kesan bayangan terutama jika dipancarkan kepada pokok dari bawah atau dipasang pada dahan pokok besar (pokok jenis te...

Lili air mudah dijaga

TERATAI tumbuhan penghias kolam paling mendapt sambutan. TERATAI yang turut dikenali sebagai pokok lili air adalah tumbuhan terbiar yang mempunyai nilai komersial apabila digunakan untuk menghiasi taman yang mempunyai kolam. Tumbuhan ini lazimnya mampu hidup subur pada paras suhu tidak melebihi 20 Celsius. Bahang matahari yang terlalu panas boleh menyebabkan tumbuhan itu layu dan terbantut. Bagaimanapun, kebanyakan pemilik taman tempatan yang mempunyai kolam buatan atau semula jadi kurang mendalami teknik penanaman mengikut keperluan dan kesesuaiannya. Malah sesetengah pemilik taman menganggap tidak berkemampuan untuk memiliki baka teratai apabila mendapati harga setiap pokok yang diimport agak mahal. Tentunya amat sukar untuk menanamnya bagi memenuhi ruang kolam yang luas. Penanaman teratai menjadi suatu kemestian untuk menghiasi setiap kolam yang dibina di halaman rumah penduduk di Kemboja, Vietnam dan Thailand. Ia seolah-olah melambangkan tr...