Langkau ke kandungan utama

Perkembangan Perniagaan


1.    Perkembangan Perniagaan dan Masa Mepan


Jika dibandingkan dengan masa dahulu,bidang perniagaan telah banyak menampakkan perkembangan.Bermula dengan sistem barter,manusia telah mencipta sistem wang.Kini di samping sistem wang dan pelbagai alat pembayaran dan kaedah jualan yang lain,konsep “e-dagang”iaitu perniagaan melalui internet,kian mendapat sambutan ramai.



  1. Membandingkan perkembangan perniagaan masa dahulu dengan sekarang

a.Pembayaran Perniagaan Masa dahulu

                        i.    Sistem barter

Sistem barter ialah perniagaan yang menukarkan barang sendiri kepada barang lain dengan tujuan untuk memenuhi keeperluan asas.Sistem ini hanya digunakan apabila adanya kemahuan serentak,dipersetujui oleh kedua-dua pihak dan barang yang hendak ditukar mestilah sama banyak dengan barang sendiri.Sistem ini hanya wujud seketika kerana banyak masalah akan didapati jika menggunakan sistem ini.

                       ii.    Sistem wang

Sistem ini banyak mengubah cara hidup manusia kerana ia ringan,senang dibawa kemana-mana,diterima umum,tahan lama,nilai yang stabil dan tetap,mudah disimpan,mudah dibahagikan dan serupa bentuk.



b.     Pembayaran Perniagaan Masa Kini

Perkembangan masa kini telah mewujudkan pelbagai alat pembayaran untuk memudahkan pengguna seperti,


                        i.    Wang tunai


Wang tunai biasanya untuk membeli barang yang kecil nilainya.



                       ii.    Kad kredit

Sekeping kad yang dikeluarkan oleh bank untuk memudahkan urusan jual beli alat keperluan tanpa menggunakan wang tunai.Pengguna akan menuntut kad dari bank dan bank akan menuntut bayaran daripada pengguna.


                      iii.    Cek

Arahan daripada pemegang akaun untuk menuntut bayaran tunai dengan membawa cek tersebut ke bank untuk mendapat sejumlah wang seperti di dalam cek tersebut.

                      iv.    Kad prabayar

Nilai kad ini telah dibayar dahulu sebelum perkhidmatan ini digunakan seperti kad telefon dan kad tol.Kad ini dijual dengan harga yang ditetapkan.Setiap kali digunakan,jumlah nilai dalam kad akan dipotong.

                       v.    Kad pintar

Pengguna menggunakan kad yang mengandungi cip komputer untuk membuat bayaran.Simpanan dalam bank akan ditolak setiap kali menggunakan kad ini.

                      vi.    Pembayaran elektronik[e-pay]

Pengguna hanya perlu melayari internet untuk membayar segala bil.Pembayaran melalui ini lebih mudah dibandingkan daripada pergi ke kaunter pembayaran yang jauh daripada rumah kita.


  1. KAEDAH JUALAN MASA KINI

Perkembangan masa kini dengan pelbagai bidang termasuk kewangan telah mengubah mata wang dunia. Zaman sistem barter dan sistem mata wang logam telah lama berlalu. Kaedah jualan masa kini adalah seperti berikut,


                 i.    Jualan tunai

Jualan tunai melibatkan urus niaga secara langsung antara penjual dengan pembeli dengan menggunakan samada wang tunai,cek,draf bank atau kad kredit pada masa belian dan menerima barang beliannya pada masa itu juga.

                ii.    Barter berasaskan wang

Di peringkat antarabangsa,sistem barter berasaskan wang masih diamalkan.Contohnya,kerajaan Australia membeli minyak kelapa sawit yang bernilai RM1,000,000 daripada kita.Kerajaan kita tidak mahukan wang tunai sebaliknya alat jentera yang bernilai RM1,000,000.Ini adalah sistem barter antarabangsa dengan perjanjian perdagangan.

               iii.    Jualan kredit

Jualan kredit bermaksud membeli sesuatu barang dan mendapatkan barang itu pada masa itu juga tanpa membayar seluruh harga barang itu.Contohnya,seorang pembeli akan  membayar RM100 untuk satu set perabot yang berharga RM2000.Wang baki RM1900 secara ansuran dalam bulanan.Barang yang dijual dalam kaedah ini biasanya barang yang mahal.

               iv.    Sewa beli

Ini adalah satu jenis jualan kredit tapi biasanya untuk barang-barang yang lebih mahal.Barang tersebut tidak menjadi milik pembeli sehingga harga penuh barang itu habis dibayar.Biasanya faedah dikenakan atas baki wang yang perlu dibayar.Contoh sewa beli adalah dalam urusan urus niaga dalam pembelian kereta,rumah dan tanah.

                v.    Jualan prabayar

Jualan secara prabayar dilakukan dengan menggunakan kad prabayar.Pembeli membuat bayaran sebelum menikmati barang.Jualan jenis ini biasanya diambil oleh syarikat telekomunikasi untuk menjual perkhidmatan talian.

               vi.    Pesanan mel

Katalog biasanya dihantar bersama borang pesanan kepada bakal pembeli.Pembeli akan menghantar pesanannya berserta butir-butir pembayaran.

              vii.    Mesin peruncitan automatik

Mesin peruncitan automatik merupakan mesin yang menjual barang biasanya menjual makanan dan minuman,yang diletakkan di tempat-tempat awam.Pengguna akan memasukkan sejumlah wang ke dalam slot yang disediakan dan mendapat barang pembeliannya dari mesin tersebut.

             viii.    Melalui internet(e-dagang)

Kaedah ini melalui laman web bagi membolehkan pembeli membuat pesanan melalui internet.Kita hanya perlu memberitahu nombor akaun atau nombor kad kredit.Contohnya,kita hendak membeli tiket penerbangan Air Asia.Kita hanya perlu melayari laman web syarikat berkenaan dan membuat pesanan melalui internet.


















4.     PERNIAGAAN MASA AKAN DATANG DI MALAYSIA


A.       Ciri-ciri perniagaan pada masa akan datang,

                        i.    lebih menyenangkan pelanggan.

Pelanggan tidak perlu keluar rumah untuk membeli barang keperluan .Pesanan boleh dibuat melalui internet.Barang yang dipesan akan sampai didepan rumah.


                    ii.    Perniagaan yang lebih cepat dan tepat

Kod bar yang terdapat pada label setiap barang jualan membolehkan urus niaga dibuat dengan lebih cepat dan tepat.Penggunaan kod ini memudahkan merekod harga barang dan memudahkan penyelenggaraan stok.


                   iii.    Cara pembayaran yang lebih mudah

Cara pembayaran yang lebih mudah ialah dengan menggunakan kad ATM,kad kredit,kad pintar dan juga melalui internet(e-pay).Para pengguna tidak perlu membawa banyak wang tunai untuk membeli-belah.


                   ix.    Milikan perniagaan

pemilikkan perniagaan ialah bagaimana sesebuah perniagaan itu dimiliki.Antara milikan perniagaan yang akan dipelajari ialah milikan tunggal,perkongsian dan koperasi.


                    x.    Milikan tunggal

“Kedai makan Abdullah” adalah contoh satu perniagaan milikan tunggal.Ia senang ditubuhkan dan terdapat di mana-mana tempat.


ciri
Keterangan
Milikan
Dimiliki oleh seorang pemilik
Modal
Peniaga memperoleh modal sama ada dari simpanannya atau meminjam dari saudara-mara dan institut kewangan.
Pengurusan
Perniagaan diuruskan oleh pemilik dengan bantuan keluarganya.
Pembentukkan Perniagaan
Perlu didaftarkan dengan pendaftar perniagaan suruhanjaya syarikat Malaysia dan mesti mendapatkan lesen perniagaan dari majlis berkuasa tempatan.
Nama kedai ringkas dan boleh menggunakan sebahagian nama pemilik.contohnya,Kedai Jahit Canggih,Floris Lin,Abu Ccatering dan Raya Enterprise.
Liabiliti
Liabiliti tidak terhad.jika berlaku kerugian,peniaga harus membayar segala hutangnya termasuk menjual harta peribadinya.
Agihan untung
Peniaga menerima segala keuntungan dan menanggung kerugiannya.
Cukai
Keuntungan yang diterima akan dikenakan cukai,iaitu cukai pendapatan individu.



Perkongsian
Perkongsian adalah perniagaan yang dijalankan oleh 2 atau 20 orang yang digelar rakan kongsi.Terdapat dua jenis rakan kongsi iaitu,
Rakan kongsi berhad
Perkataan “berhad” bermaksud liabliiti terhad sekadar modal yang dilaburkan sahaja.Oleh itu harta persendirian rakan kongsi berhad tidak akan terlibat jika perkongsian mengalami kerugian.
Rakan kongsi biasa
rakan kongsi biasanya menanggung liabiliti yang tidak terhad sahaja.
Ciri
Keterangan
Milikan
Dimiliki oleh semua pekongsi
Modal
Disumbangkan oleh semua pekongsi mengikut kadar yang dinyatakan dalam surat ikatan perjanjian
Pengurusan
Biasanya diuruskan oleh salah seorang pekongsi aktif.
Pembentukkan Perniagaan
Didaftarkan dengan pendaftar perniagaan suruhanjaya syarikat Malaysia.
Dapat dikenali melalui papan tanda perniagaan,contohnya Tukang Jahit Goh bersaudara dan Restoran Ali Dan Rakan-rakan.
Liabiliti
Mempunya liabiliti yang tidak terhad untuk rakan kongsi biasa.pekongsi akan menanggung segala kerugian.Walau bagaimanapun,untuk rakan kongsi berhad,liabiliti adalah terhad.
Agihan untung
Keuntungan dibahagikan mengikut syarat yang dipersetujui.
Cukai
Cukai yang dikenakan ke atas keuntungan ialah cukai pendapatan pekongsi secara individu.



Koperasi
Koperasi adalah sejenis perniagaan yang ditubuhkan untuk menjaga kepentingan ahli-ahlinya.Biasanya,koperasi tidak begitu mementingkan keuntungan dan kesannya ialah keuntungan yang diperoleh oleh sesebuah koperasi biasanya minima.

ciri
keterangan
Milikan
Dimiliki oleh semua ahli yang membeli saham koperasi.
Jumlah ahli sekurang-kurangnya dua dan tiada had maksimum.
Modal
Diperoleh daripada hasil penjualan saham kepada ahli-ahlinya.
Setiap ahli dikenakan yuran pendaftaran dan yuran bulanan.
Pengurusan
Diuruskan oleh satu lembaga pengarah yang dilantik oleh ahli-ahli dalam mesyuarat agung tahunan.
Pambentukkan Perniagaan
Ditubuhkan dibawah akta koperasi dan didaftarkan dengan jabatan pambangunan koperasi.
Liabiliti
Setiap ahli menanggung liabiliti terhad,iaitu mereka hanya kehilangan modal saham yang dilaburkan jika koperasi bankrap.
Ciri ini dicerminkan melalui perkataan ‘BERHAD’ pada hujung nama koperasi.
Agihan untung
Keuntungan dibahagikan kepada ahli-ahli dalam bentuk dividen.
Cukai
Dikecualikan daripada membayar cukai dengan syarat tertentu.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PENGURUSAN SUMBER AIR

SISTEM HIDROLOGI:   TAJUK:  PENGURUSAN SUMBER AIR .   Konsep Pengurusan Sumber Air .         Mengikut Oridorn (1977) dalam bukunya “ Water Manegment ”, “…..Pengurusan sumber air melibatkan perancangan,analisis,penilaian,penggunaan,impak dan  ramalan terhadap sumber-sumber air secara sistematik, cekap optimun tanpa membazir untuk menjamin bekalan air kepada pengguna sentiasa bersih dan berterusan …”. Justeru sumber-sumber air yang ada di sesuatu kawasan mestilah diuruskan dan diselenggarakan dengan bijak bagi memenuhi keperluan manusia masa kini dan akan datang tanpa mengorbankan alam sekitar. Oleh sebab itu konsep pembangunan sumber air yang lestari amat dititikberatkan.   Kegunaan Sumber Air : Kajian Kes, Malaysia .                          KEGUNAAN           CONTOH 1.  Kegunaan Domestik;  kegunaan/keperluan harian penduduk seperti memasak,membasuh/mencuci,mandian dll. Bekalan air  dari pada JBA, air sungai,tasik,perigi dl

MODUL PENGAJARAN GEOGRAFI 1

MODUL PENGAJARAN GEOGRAFI 1 ( ALAM SEKITAR FIZIKAL) OLEH : MAZLAN BIN JUNAIDI BAB 1 : SISTEM BUMI 1.1            KONSEP SISTEM – satu set angkubah yang berstruktur   dan saling berinteraksi antara satu sama lain untuk mencapai keseimbangan. 1.2           Terdiri daripada 3 sistem ; i)                terpencil – mempunyai sempadan yang   nyata dan tidak membenarkan kemasukan bahan dan tenaga. ii)              Tertutup – mempunyai sempadan yang membenarkan kemasukan tenaga sahaja tetapi menghalang kemasukan bahan. iii)           Terbuka – tidak mempunyai sempadan yang nyata dan membenarkan kemasukan tenaga dan bahan melalui sempadannya. 1.3           Bumi sebagai satu sistem – merupakan sistem tertutup yang membenarkan kemasukan tenaga daripada matahari tetapi tidak membenarkan kemasukan bahan. 1.3.1      Terdiri daripada komponen biosfera ( tumbuhan dan haiwan), atmosfera ( gas-gas di   udara), hidrosfera ( badan-badan air ), litosfera ( lapisan per

5R

Apa itu 5r Ramai yang tidak mengetahui apa itu 5r. Adakah rakyat di Malaysia tahu   betapa pentingnya 5r itu untuk menyelamatkan alam sekitar. 5R adalah singkatan kepada ‘rethink’ (fikir semula), ‘repair’ (baik pulih), ‘reuse’ (guna semula), ‘recycle’ (kitar semula) dan ‘reduce’ (kurangkan). Tahap kesedaran rakyat Malaysia perlu dipertingkatkan bagi membolehkan rakyat Malaysia membantu dalam mengurangkan pembuangan sisa pepejal yang semakin bertambah sejajar dengan pertumbuhan penduduk di negara ini. Oleh itu rakyat Malaysia disarankan agar dapat mengamalkan sikap 5R ini bagi membantu mengurangkan penggunaan sumber asli secara lebih berkesan. Penerapan konsep 5R dalam mempromosikan amalan gaya hidup lestari memberi cabaran yang amat besar sekiranya semua golongan dari pelbagai peringkat tidak digembling. Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan(KPKT) pada tahun 2007, lebih 15,000 tan sampah dihasilkan di Malaysia pada setiap hari dan ian