Langkau ke kandungan utama

NOTA ULANGKAJI ALAM SEKITAR FIZIKAL


NOTA ULANGKAJI ALAM SEKITAR FIZIKAL
       
SUBJEK : PENGAJIAN SOSIAL

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TABURAN
TUMBUH-TUMBUHAN   SEMULA JADI.

       Faktor-faktor yang dapat mempengaruhi  adalah terdiri daripada iklim dan cuaca iaitu cahaya matahari, suhu hujan dan angin, batuan dan tanah tanih , bentuk muka bumi dan aktiviti manusia. Faktor-faktor ini dapat mempengaruhi  tumbuh-tumbuhan semula jadi  dari segi  sifat taburan, jenis, kepadatan, ketinggian pokok, dan sebagainya.
Iklim dan cuaca.
       Pada umumnya taburan tumbuh-tumbuhan berbeza di kawsan iklim yang berlainan. Jenis tumbuhan di kawasan tropika seperti di Malaysia adalah berbeza dengan jenis tumbuhan  yang terdapat di kawasan gurun panas dan juga di kawasan kutub.  Di antara unsur-unsur iklim dan cuaca yang paling jelas  berkesan dalam mempengaruhi taburan tumbuh-tumbuhan semula jadi ialah cahaya matahari , suhu , hujan dan angin.
       Pengaruh cahaya matahari dapat dijelaskan  berasaskan intensiti bahangan  iaitu banyak sedikitnya tumpuan (cahaya matahari) dan lamanya masa cahaya matahari memancar di sesuatu kawasan. Cahaya matahari  sangat diperlukan oleh  pokok –pokok ubtuk membuat makanan atau klorofil melalui proses fotosintesis . Banyak sedikitnya cahaya matahari juga dapat menentukan pertumbuhan samada pokok besar dan tinggi  atau kecil dan rendah seperti semak samun. Kawasan Tropika seperti Khatulistiwa, keadaan hutannya adalah tebal, padat, banyak spesis, tinggi atau besar dan dapat melindungi permukaan bumi , menyebabkan tumbuh pokok yang memanjat dan melilit untuk mendapatkan cahaya matahari dengan menumpang pokok-pkok yang lebih tinggi. Kadar kelembapan permukaannya juga tinggi kerana cahaya matahari tidak dapat menembusi ke permukaan bumi. Oleh itu  keadaan hutannya berlapis-lapis dalam tiga peringkat.
       Pengaruh kedua iklim dan cuaca ialah suhu. Tumbuhan tidak boleh hidup dalam keadaan suhu yang terlampau panas dan terlampau sejuk. Ini bermakna kawasan gurun  panas dan kawasan  kutub menghadkan pertumbuhan pokok  dan menjadikan pokok-pokok yang tumbuh adalah jarang serta tidak padat. Keadaan suhu yang berbeza akan menghasilkan suhu yang berbeza.
       Terdapat 4 kumpulan tumbuh-tumbuhan di kawasan suhu yang berlainan;-
(a)     Kumpulan megaterma – tumbuh di kawasan min suhu bulanan tidak kurang dari 18 darjah  C.
        Contohnya hutan hujan tropika (Hutan Khatulistiwa )dan hutan Monsun Tropika.
(b)     Kumpulan mesosterma – tumbuhan yang memerlukan min suhu bulanan antara  6.1 – 18 darjah C
dan tidak melebihi 22 darjah C. Contohnya hutan Mediterranean.
(c)     Kumpulan Mikroterma – tumbuhan yang memerlukan suhu antara 10 – 22 darjah C ,
seperti hutan daun luruh sederhana.
(d)     Kumpulan bekistoterma – memerlukan suhu kurang daripada 10 darjah C, seperti  tumbuhan  tundra.
        Hujan pula merupakan unsur paling penting dalam mempengaruhi taburan dan jenis tumbuh-tumbuhan kerana  pengaruh hujan dapat menyeimbangkan bekalan air untuk pertumbuhan pokok, proses fotosintesis dan osmosis. Pengaruh hujan dalam menentukkan corak taburan tumbuh-tumbuhan bergantung juga kepada jumlah hujan yang diterima di kawasan itu dan jangka masa hujan tersebut , samada musiman dan sepanjang tahun.
       Dalam mempengaruhi jenis dan taburan tumbuh-tumbuhan, aspek  jumlah hujan dapat dibahagikan kepada beberapa peringkat berikut;-
(a)     Kawasan yang menerima hujan lebat melebihi 2,000 mm setahun lazimnya mempunyai hutan yang  tebal, padat, banyak spesis, berpokok tinggi,  seperti malar hijau dan tumbuhan hutan paya.
(b)     Kawasan hujan 1,000 – 2,000 mm setahun, hutannya lebih jarang dan kurang padat, termasuklah Hutan Monsun Tropika.
(c)     Kawasan hujan kurang sedikit dari 1,000 mm setahun boleh ditumbuhi oleh rumput dan pokok-pokok
Kecil dan jarang.
(d)     Kawasan yang menerima hujan kurang daripada 250 mm setahun dan tidak menentu pula di umbuhi
Oleh tumbuhan gurun iaitu pokok yang tahan kemarau  sperti pokok berduri (kaktus) dan palma.
(e)     Kawasan yang berfros dan bersalji kebanyakkannya ditumbuhi oleh tumbuhan tundra.
Kehidupan  tumbuh-tumbuhan semula jadi bukan sahaja bergantung kepada jumlah hujan, tetapi juga
Kepada pengaruh musim-musim tertentu. Kawasan yang beriklim savana dan mediterranean, hujan turun mengikut peredaran musim menyebabkan penyesuaian tumbuh-tumbuhan semula jadi kepada iklim tersebut.
         Jumlah hujan juga dapat mempengaruhi kelembapan tanah-tanih (kerpasan efektif) untuk tumbuh-tumbuhan. Kawasan- kawasan tanah yang lembab dan kering ditumbuhi oleh jenis tumbuh-tumbuhan yang berbeza. Ini  bergantung kepada penyesuaian    tumbuh-tumbuhan  tersebut dengan kelembapan tanah  di sesuatu kawasan. Sesetengah tumbuh-tumbuhan hidup dalam air : ia dipanggil hidrofit. Tumbuh-tumbuhan yang boleh hidup di kawasan air pada musim-musim tertentu di panggil helofit dan tumbuh-tumbuhan yang hidup dalam keadaan kering dipanggil xerofit.

-2-
        Pengaruh angin juga memainkan peranan penting dalam menentukan taburan jenis tumbuh-tumbuhan. Ini dapat dilihat berdasarkan  kesan angin ke atas kawasan tumbuh-tumbuhan. Misalnya angin kencang dapat meyebabkan  bentuk pokok  seperti merosakkan pokok iaitu terhadap daun , ranting, dahan dan batangnya. Di tepi laut angin boleh membawa banyak garam dan ini boleh menghalang pertumbuhan pokok. Oleh itu pokok-pokok yang berdaun  halus seperti jarum dan berbatang lurus, tidak banyak ranting dan dahan, boleh tumbuh membesar di kawasan yang  tiupan anginnya selalu kencang.
Batuan dan tanah-tanih
         Pada umumnya  sifat tanah –tanih yang  berbeza menghasilkan tumbuhan yang berlainan. Keadaan ini disebabkan tanah-tanih menentukkan kadar simpanan air, zat galian dan keupayaan akar-akan dapat mencengkamnya. Kawasan yang tanahnya menyimpanbanyak zat makanan (nutrien) dan subur dapat menampung tumbuh-tumbuhan yang padat. Kawasan tanah laterit misalnya , dengan tanahnya yang subur, hujan yang lebat dan suhu yang tinggi  sesuai untuk pertumbuhan hutan malar hijau / hutan hujan tropika , jenis tanah cernozem /tanah steppe yang beriklim kebenuaan ditumbuhi oleh pokok-pokok berkelompok dan pokok jarang serta rumput. Kawasan tanah berkapur pula akan mengalami proses larut resap yang kuat di mana keadaannya bersifat kontang, tanah yang tidak subur ditumbuhi oleh belukar, rumput dan lalang iaitu tumbuhan yang rendah sahaja.
          Di setengah kawasan , keadaan tanah adalah tebal  manakala di tempat lain adalah nipis dosebabkan oleh pengaruh hakisan. Ada pula tanah yang mengandungi banyak zat galian (nutrien) dan ada pula mengandungi sedikit zat. Ini akan membezakan sifat pertumbuhan pokok  dimana kawasan yang tebal tanahnya dengan nilai kesuburannya yang tinggi akan mempengaruhi pertumbuhan pokok yang tebal dan padat, dan tinggi , sebaliknya jika tanah nipis dan kurang subur. Tektur dan struktur tanah juga dapat menentukan kadar serapan  air atau keporosan tanah-tanih . Misalnya  tanah liat yang dapat menyimpan air banyak menolong perkembangan tumbuh-tumbuhan jenis hidrofit. Di Semenanjung Malaysia misalnya, bahagian muara sungai dan dataran pantai yang terdiri daripada tanah lanar, tanah liat dan lumpur ditumbuhi oleh hutan paya air masin. Pokoknya terdiri daripada bakau , nipah , rumput rampai dan nibung. Kawasan tanah berpasir yang masindan poros, hutan pantai seperti ru, jambu laut, ketapang laut, gelam dan rumput kasar amat sesuai tumbuh.
Bentuk muka bumi
         Pengaruh bentuk muka bumi seperti tanah tinggi ,bukit bukau, kecerunan dan sebagainya menentukan pergerakan air, air larian dan pendedahan kepada cahaya matahari dan angin serta proses-proses hakisan, pergerakan jisim dan luluhawa. Ini secara tidak langsung mempengaruhi jenis  dan dan kepadatan tumbuh-tumbuhan di kawasan tertentu.
         Ketinggian muka bumi sesusatu kawasan menentukan perbezaan  iklim  serta pengaruh unsur seperti pancaran cahaya matahari,suhu dan hujan.  Perbezaan ciri-ciri iklim ini akan mempengaruhi perbezaan tumbuh-tumbuhan. Misalnya kawasan tanah tinggi dan cerun curam ditumbuhi oleh pokok-pokok renek, kecil dan berduri,daun bergulung dan daun tebal iaitu sebagai tumbuhan gunung.
         Pengaruh ketinggian terhadap tumbuh-tumbuhan dapat di kawasan pergunungan beriklim  tropika lembap di mana berbagai jenis tumbuh-tumbuhan dengan sifat yang berbeza di dapati pada ketinggian yang berlainan. Banjaran andes yang terletak dalam zon iklim khatulistiwa mempunyai 5 zon ketinggian yang memperlihatkan jenis taburan tumbuh- tumbuhan yang berbeza.
a)       Zon tierra caliente –(0-1000 m) : suhunya 24 -27 darjah C dan tumbuhan hutan hujan tropika.
b)       Zon tierra templada(1000-2000 m) ; suhunya  18 – 23 darjah C, tumbuhan terdiri dari hutan daun luruh
Jenis mediterranean dan jenis savana.
c)       Zon tierra fira (2000 – 3000 m) ; suhunya 13 – 18 darjah C, terdiri daripada tumbuhan asal seperti
Semak samun.
d)       Zon tierra hekada ( 3700 – 5000 m) ; suhunya  terdiri daripada rumput.
e)       Zon tanah tinggi/puncak gunung(melebihi 5000 m) ; suhunya hingga ke takat beku dan sebagai
       Kawasan padang salji.
Aktiviti Manusia dan hdupan.
        Aktiviti manusia boleh meninggalkan kesan terhadap perubahan pola tumbuh-tumbuhan semula jadi. Tindakan manusia ke atas tumbuh-tumbuhan seperti  pembukaan tanah untuk pertanian,penternakan, pembinaan jalan raya, petempatan dan pembalakan mempunyai kesan ke atas kemusnahan tumbuh-tumbuhan  Kawasan yang ditinggalkan tanpa aktiviti akan ditumbuhi dengan hutan belukar dan oleh itu mengubah taburan tumbuh-tumbuhan.
        Kawasan padang rumput mungkin diubah menjadi kawasan padang ragut dan tanaman ternak. Dengan demikian  setengah-setengah jenis rumput akan terus nmembiak  dan sebahagiannya pula terus dimakan oleh binatang tersebut. Di samping itu , belalang pula merupakan  perosak tumbuh-tumbuhan di beberapa kawasan di dunia dimana tumbuhan tersebut menjadi pupus.
        Persaingan di antara tumbuh-tumbuhan itu sendiri dimana tumbuhan yang besar yang tumbuh dan terus berkembang dan membiak akan menyingkirkan tumbuhan kecil yang tumbuh sebelum itu.. Dengan ini  menentukan jenis spesis dan tumbuh-tumbuhan di kawasan tersebut.

(Ringkasan)
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI  TABURAN TUMBUH-TUMBUHAN SEMULA JADI

IKLIM DAN CUACA – tumbuhan berbeza mengikut zon iklim yang berbeza ,seperti perbezaan tumbuhan antara kawasan Tropika
 dengan kawasan gurun panas  dan kawasan kutub.
Cahaya matahari – intensiti /tumpuan banyak sedikit  -   perlu oleh pokok untuk fotosistesis.,
-   membentuk daun hijau. -   Banyak sedikit matahari  menentukan besar, kecil dan    padat pokok-pokok      yang tumbuh.
-   Cahaya matahari boleh mempengaruhi jenis pokok memanjat dan melilit tumbuh  dan banyak  atau sedikitnya semak samun
Suhu  -   tumbuhan tidak boleh hidup dalam keadaan suhu terlalu sejuk dan terlalu panas.
-   Pokok dapat tumbuh bila suhu lebih daripada 6 darjah C dan kurang dari 55 darjah C.
-  Kawasan kutub yang sejuk  dan kawasan gurun yang panas pokok tumbuh menjadi jarang dan kecil-   terdapat 4 kumpulan tumbuhan mengikut suhu.

    Kumpulan megaterma min suhu tidak  kurang  daripada 18 darjah C – hutan malar  hijau.
-   Kumpulan mesoterma min suhu bulanan 6.1 darjah C  - 18 darjah C  dan tidak melebihi 22 .2 darjah C- hutan mediterranean.
-   Kumpulan mikroterma min suhu 10 – 22.2 darjah C , hutan daun luruh sederhana.
-   Kumpulan hekistoterma – min suhu kurang daripada 10 darjah C –tumbuhan kutub.
Hujan  -   Dapat menyeimbangkan  bekalan air kepada tumbuh-tumbuhan (kerpasan efektif)
-   jumlah hujan lebat dan jumlah yang sedikit  dan jangka masanya– menentukan corak tumbuh-tumbuhan.
-   Aspek jumlah hujan  dan taburan tumbuh-tumbuhan seperti berikut:
-   melebihi 2000 mm setahun – hutan tebal,padat, pokok besar,tinggi banyak spesis seperti hutan malar hijau dan paya.
 -   hujan antara 1000- 2000 mm setahun- hutan jarang dan tidak begitu padat seperti hutan  monsun tropika.
 -   kurang sedikit dari 1000 mm  setahun, hutan  savana, padang rumput dan pokok kecil dan jarang.
-  hujan kurang dari 250 mm setahun , tumbuhan jarang, jenis berduri dan tahan   kemarau.( tumbuhan gurun)
-  kawasan berfros , tumbuhan tundra. -  musim hujan yang beebeza – seperti tumbhuan savana dan mediterranean , tumbuh mengikut penyesuaian iklim.
-  Hujan mempengaruhi kelembapan tanah dan takungan air. Kawasan kering pokok jarang, kawasan  lembap pokok padat.
-   kawasan air bertakung – hidrofit, kawasan bertakung mengikut musim – helofit dan kawasan kering xerofit (seperti di gurun).

Angin   -  mempengaruhi kesan kepada tumbuh-tumbuhan.
 -  Angin kencang merosakkan pokok, dahan,ranting dan daun.
 - di tepi laut angin masin menghalang pertumbuhan pokok.
-  tumbuhan sesuai pokok berbatang lurus, berdaun  halus seperti jarum.
Batuan dan tanih    -  sifat tanih berbeza tumbuhan akan berbeza.
-  tanih berbeza kadar simpanan air, zat galian dan keupayaan akar
    mencengkam  tanah berbeza.
-  tanah tebal dan nipis membezakan jenis dan kepadatan tumbuhan.
-  tanah yang kesuburan berbeza – tumbuhan juga berbeza.
-  tanah yang berbeza keporosan tumbuhan juga berbeza kerana tekstur dan strukturnya berlainan.
Bentuk muka bumi – sepeti tanah tinggi, bukit bukau ,kecerunan dan sebagainya.
 - menentukan pergerakan air, air larian , pendedahan kepada hakisan dan luluhawa.
 - akan mempengaruhi jenis dan kepadatan tumbuhan.
 - ketinggian – ujud perbezaan jenis tumbuhan mengikut peringkat tinggi, kerana ketinggian mempengaruhi suhu, hujan , cahaya matahari dan angin.
 - Tanah tinggi dan cerun curam – pokok jarang . pokok bantuk /  renek , berduri, daun bergulung dan daun tebal iaitu tumbuhan gunung. - Banjaran Andes – terletak di zon tropika beriklim khatulistiwa, terbahagi kepada 5 zon.
a) Tierra caliente (0- 1000 m) suhu  24-27 darjah C – hutan tropika.
b) Tierra templada (1000- 2000 m) suhu 18- 23 darjah C – hutan daun luruh Jenis mediterranean dan jenis savana.
c) Tierra fria  (2000 – 3000 m) suhu 13 – 18 darjah C – terdiri dari semak samun.
d) Tierra hekada (3000 – 5000 m) –suhu  kurang dari 13 darjah C – rumput.
e) Tanah tinggi – 5000 m ke atas – suhu melampau – padang salji – tiada tumbuhan.

Aktiviti manusia      -  aktiviti melalui penerokaan tanah untuk pertanian, penternakan, pembinaan ,petempatan pembalakan ,
dan sebagainya – kesan ke atas kemusnahan hutan.
 -  kawasan yang ditinggalkan – ditumbuhi belukar / semak samun.
 -  penanaman rumput untuk dijadikan padang ragut.
Hidupan -  bencana serangan dari belalang memusnahkan tumbuhan
-  persaingan tumbuhan sesama sendiri – pokok yang boleh membesar akan musnahkan  pokok yang lebih kecil .



 Geografi 1 :Kitar Nutrien dan Kitar Karbon
a)       Apakah dimaksudkan dengan kitar nutrien?
   Nutrien ialah segala unsur yang diperlukan untuk proses fotosintesis iaitu terdiri daripada air, zat galian, gas-gas oksigen , karbon dioksida, nitrogen dan  hidrogen. Nutrien-nutrien ini akan beredar melalui ekosistem sepertimana tenaga matahari.
    Nutrien-nutrien ini  diperlukan dengan banyak. Lain-lain nurien termasuklah fosforus, kalsium dan ferum. Nutrien ini merupakan bahan asas untuk membolehkan tumbuhan membuat makanan seperti lemak, karbohidrat dan protin. Nutrien ini pula akan kembali semula kepada tanah apabila organisma ini mati dan terurai. Kitar nutrien ini berlaku melaui  atmosfera , hidrosfera litosfera dan akhirnya biosfera. Nutrien yang kembali ke tanah akan digunakan semula dan berterusan selagi tidak adanya gangguan.

b)       Jelaskan bagimanakah kitar karbon berlaku?
           Aliran karbon dalam pelbagaibentuk adalah penting kerana semua benda hidup mengandungi karbon walaupun dalam bentuk yang berbeza. Kebanyakan karbon boleh diperolehi dalam bentuk simpanan mendapan karbonat di bawah permukaan bumi. Ianya terhasil daripada pokok dan haiwan yang telah reput  dan termendap lama di bawah permukaan bumi. Contohnya tumbuhan yang membentuk gambut dan haiwan yang mati membentuk hidrokarbon dalam batuan seperti petroleum dan arang batu serta karbonat seperti kalsium karbonat. Karbon juga banyak terbentuk sebagai gas karbon dioksida terlarut dalam air dan terdapat di udara.
         Komponen gas karbon dioksida hanya 2 % daripada komposisi karbon yang dibekalkan melalui proses pernafasan oleh organisma seperti haiwan, pembebasan oleh pembakaran bahan fosil yang dijadikan bahan api terutama dari industri dan kenderaan. Turut terbebas gas karbon dioksida ialah melalui pembakaran sampah sarap , pereputan bahan organik. Secara semulajadi juga letusan gunung berapi akan membebaskan gas-gas karbon dioksidan. Gas-gas ini akan beredar dalam udara di lapisan atmosfera.
         Apabila ada gas karbon dioksida yang dikeluarkan dan ada karbon dioksida yang masuk atau diserapkan atau disimpan, maka fenomena ini didikenali sebagai kitar karbon.
         Tumbuh-tumbuhan adalah agen utama menseimbangkan kandungan karbon dioksida dan oksigen di udara melalui proses fotosintesis. Tetapi apabila kandungan udara terlalu banyak karbon dioksida , larutan akan menolong tumbuhan menseimbangkan kandungan karbon dioksida iaitu gas-gas kaorbon doksida diserapkan ke dalam air lautan. Orgamisma laut seperti siput, kerang dan sebagainya akan menyimpan karbon dalam bentuk kalium karbonat. Apabila udara telah berkurangan karbon dioksida maka karbon dikosida dari lautan akan dikeluarkan atau diserap semula ke atmosfera.

c)       Jelaskan baimanakah kitar oksigen berlaku?
       Kitar oksigen adalah edaran gas oksigen dibumi melalui proses-proses  fotosintesis, pernafasan , pembakaran dan pereputan. Ini bermakna Kitar oksigen ialah proses pengambilan,penggunaan dan pengembalian oksigen ke atmosfera secara berterusan.
      Dalam kitar oksgen , gas oksigen digunakan oleh  haiwan dan manusia semasa pernafasan untuk mengoksidakan makanan dan menghasilkan tenaga karbon dioksida. Begitu juga proses pereputan yang dilakukan oleh organisma dalam menguraikan bahan organik seperti sisa-sisa tumbuhan dan bangkai –bangkai haiwan mati seperti yang  diuraikan oleh bakteria. Semasa prose ini berlaku oksigen digunakan. Pembakaran juga menggunakan oksigen terutama dalam kehidupan manusia seperti memabakar sampah sarap dari sisa tumbuhan dan bahan organik yang lain.
      Oksigen pula akan dikembalikan ke udara oleh tumbuh-tumbuhan dalam proses fotosintesin. Semasa proses fotosintesis timbuhan menggunakan cahaya matahari, dan menggabungkannya dengan karbon dioksida dari atmosfera dan air  dan zat-zat galian dari tanah untuk mensintesiskan makana. Oleh itu hasil sampingannya oksigen dibebaskan. Proses ini berlaku berterusan.

d)       Bagaimanakah kitar nutrien boleh diganggu oleh manusia?
    Menambahkan nutrien  - contohnya karbon dikosida akan bertambah melalui:
i)  Pembalakan berlebihan tanpa tanam semula
ii) Pembakaran bahan fosil dalam industri
iii)Pembakaran sampah sarap secara terbuka
iv)Petani pindah membakar hutan
     Mengambil nutrien – karbon dioksida keluar dari sistem ini melalui:
i)Pemburuan haiwan hutan dan dibawa ke tempat lain
ii)Perlombongan arang batu atau minyak, sumber ini diseksport ke tempat / negara lain.
iii) Kayu balak dieksport ke tempat lain.
Tingkatan 6A : Geografi 1 :Peranan dan Ciri-Ciri Hutan Paya Bakau

Peranan dan Ciri-ciri Hutan Paya Bakau.

    Hasil daripada kajian hutan paya bakau merupakan amat bernilai dari segi ekologi kerana berfungsi melindnungi pesisir pantai daripada terhakis oleh kuasa fizikal seperti ombak dan angin yang kencang.Hutan paya bakau juga menstabilkan kawasan pantai dan bertindak sebagai penanpam semula jadi terhadap ribut taufan. Selain itu, bakau turut menjadi tempat perlindungan beberapa speseis flora dan fauna yang mempunyai ciri  penyesuaian yang unit.
    Terdapat banyak speseis udang marin dan ikan mencari makanan, bertelur dan membesar di kawasan terbabit. Kawasan bakau dan dataran  berlumpur adalah tapak penting kepada burung mentap dan berhijrah mencari makanan serta bersarang.
     Satu lagi ciri penting hutan bakau ialah persekitaranya yang agak kompleks dengan ekosistem tanah becak produktif. Tahap kemasinan yang tinggi, kandungan oksigen rendah di dalam air dan tanah, keadaan tanah yang tidak stabil dan tidak berupaya menyokong pokok besar adalah beberapa aspek persekitarannya.
    Tumbuhan dan haiwan yang mediami kawasan bakau mampu menyesuaikan diri terhadap persekitaran apabila ia membentuk ciri penyesuaian istimewa. Tumbuhan bakau mengatasi kandungan oksigen rendah dengan akar udara khas, dikenali sebagai ‘pneumatofor ’iaitu akar yang tumbuh secara menegak daripada permukaan tanah untuk mendapatkan oksigen
     Tanah berkelodak dan perubahan air pasang dan surut tidak sesuai bagi anak pokok bakau. Untuk mengatasi masalah itu, tumbuhan bakau mempunyai kaedah percambahan biji benih unik dikenali sebagai ‘ vivipariti ’.
    Tumbuhan viviparus mempunyai biji benih yang boleh membesar dan mengeluarkan akar dan pucuk muda ketika ia masih lagi berada berada pokok induk. Anak benih ini kemudiannya jatuh daripada pokok induk dan tertanam dalam tanah. Ia akan terus membesar atau kekal sehingga dihanyutkan arus ke tempat lebih sesuai untuk membesar.
    Seperkara lagi yang menarik mengenai htuan bakau ialah kepelbagaian biologinya, terutama ia menjadi tempat 60 spesies tumbuh-tumbuhan . Empat jenis tumbuhan yang utama ialah pokok api-api ( avicennia), bakau ( rhizohora ) ,Perepat ( sonneratia) dan berus / tumu ( bruguiera).     Habitat bakau dapat menampung sejumlah besar haiwan , daripada paling halus( zooplankton), sehingga kepada reptilia besar iaitu buaya muara.  
   Penghuni hutan bakau yang paling biasa ditemui ialah ketam rebab,ketam lumpur, udang kara, ular bakau, lotong kelabu, memerang licin,
beruk dan kelawar. Banyak speies ikan, krustasia dan udang menakluki kawasan bakau ketika air pasang untuk mencari makanan. Siput, tiram dan teritip pula adalah hidupan yang bergerak perlahan atau tidak bergerak langsung boleh dijumpai pada akan dan pokok bakau.
    Haiwan paling menarik ialah burung air besar seperti bangau iaitu bangau putih besar dan bangau kecil , burung pucung keladi dan cericap, burung upeh dan burung botak adalah penghuni hutan bakau yang lazim ditemui. Burung lain yang terdapat seperti helang merah, helang siput,burung bacat bakau, murai bakau, burung sambar biru dan pekaka sungai.
    Hutan paya bakau juga kaya dengan nilai komersial dan keuntungan daripada kegiatan perikanan di kawasan terbabit dengan memberi pulangan puluhan juta ringgit setahun. Begitu juga pokok bakau yang menjadi sumber kayu balak. Penduduk di pantai menggunakan bakau untuk membina rumah dan bot iaitu sebagai rasuk,alang, pelancar dan tiang.
   Kayu bakau turut digunakan untuk membuat perangkap ikan, dijadikan arang dan kayu api selain sumber bahan api., kraftangan dan barangan rumah serta perabot. Tanin yang diperolehi daripada kulit bakau digunakan untuk mewarnakan jaring, kain layar dan pelekat plastik. Banyak bahagian tumbuhan bakau iaitu tunas, dedaun dan benih dijadikan sumber ubatan.
    Daun pokok dari hutan bakau  yang bersaiz besar seperti nipah digunakan untuk membuat atap dan rokok daun  serta menganyam bakul dan tikar seperti mengkuang laut. Pokok bakau tidak tahan gangguan yang tinggi dan sensitif terhadap penukaran tanah, penebangan hutan,penebusgunaan tanah dan pencemaran air.
    Banyak kawasan bakau ditebang untuk memberi laluan kepada akuakultur ikan dan udang, kegiatan agrikultur dan industri, pembandaran, pembalakan berlebihan di hutan simpanan serta pembuangan sisa cair dan pejal adalah antara  ancaman serius terhadap hutan bakau.
    Hari ini kita sedar hutan bakau di negara kita menghadapi ancaman yang serius melalui kegiatan pembangunan oleh manusia.Ekosistem yang mudah terjejas ini perlu dipelihara sebagai hutan simpan alam semula jadi atau sebagai taman alam. Banyak usaha perlu dilakukan untuk meningkatkan kesedaran awan dan menanamkan rasa tanggung jawab dalam diri kita untuk memelihara warisan bakau semula jadi yang menyimpan sebahagaian daripada flora dan fauna dunia yang terancam.





( c )  Merngapa ekosistem paya bakau perlu dikekalkan.

Ekosistem hutan paya terdiri daripada pelbagai jenis hutan seperti paya bakau, payta nipah dan hutan paya gelam. Ekosistem hutan ini amat perlu dikekalkan untuk;

1.       Mengekalkan habitat pelbagai spesies hidupan seperti sebagai tempat pembiakan ikan, kerang,udang, memerang dan juga pelbagai jenis burung tempatan dan burung hijrah. Hal ini kerana kawasan hutan ini kaya dengan sumber makanan yang dihimpunkan dari pertembungan enapan sungai dan laut.

2.       Menjadi kawasan tadahan dan simpanan air. Hutan paya merupakan kawasan tanah bencah / wetland yang berfungsi menyimpan air, khusunya  air hujan. Justeru itu air hujan tidak boleh mengalir limpah dan membajiri sesuatu kawasan saliran dengan cepat kerana disimpan di kawasan hutan berkenaan. Fenomena banjir boleh dikurangkan apabila ekosistem hutan paya dikekalkan.

3.       Mengawal hakisan pantai. Hutan paya bakau dan nipah sebenarnya menjadi pelindung semula jadi dan penahan kepada hakisan ombak yang cekap dan berkesan. Contohnya, sistem akar banir pkok bakau mampu memperlahankan kuasa hakisan ombak di samping memerangkap enapan / lanar. Manakala kanopi pokok yang tebal boleh menghalang angin kencang dari arah laut.

4.       Pelbagai bekalan sumber kayu, damar, ubat-ubatan, pencelup, makana, dan sebagainya diperolehi daripada kawasan hutan paya. Kayu bakau misalnya amat berguna untuk dalam industri pembinaan seperti membuat jeti, cerucuk panahan  hakisan ombak dan juga membuat kayu arang. Hal ini penting untuk memajukan industri pembinaan. Selain itu paya bakau menjadi tempat / sumber ekonomi kepada masyarakat nelayan trdisional di tepi pantai untuk mencari sumber-sumber makanan laut seperti lokan, udang galah, getam, daun atap , daun rokok dan sebagainya.

5.       Sumber ekopelancongan dan sumber kajian. Hutan bakau pada masa ini sudah dipopularkan sebagai destinasi pelancongan yang baru seperti di Larut Matang, Perak dan juga di Kuala Selangor yang dijadikan kawasan rekreasi dengan membangunkan pelbagai kemudahan seperti calet dan kemudahan perhubungan. Selain itu, ia turut dijadikan sebagai kawasan penyelidikan / kajian terhadap spesies fauna dan floranya.




Siri Nota : Pengangkutan Sungai
PENGANGKUTAN  SUNGAI
Pengenalan
       Aliran-aliran permukaan bumi dan sungai-sungai mempunyai satu peranan geologi sebagai agen-agen utama gondolan. Ia bukan sahaja merupakan jalan aliran penting bagi edaran hidrologi tetapi sebagai pengangkut bahan-bahan galian dari daratan ke lautan. Sungai ialah air yang mengalir dari rangkaian-rangkaian alur yang mengumpul dan membawa kerpasan yang rendah di sekitarnya ke laut atau tasik-tasik. Sungai dapat mengalir dan berkembang dengan mudah di kawasan batu lemah, misalnya di sepanjang daratan selari dengan dasar batuan atau di sepanjang sudut selari dengan lapisan-lapisan batuan mendak.
       Air mengalir ialah agen hakisan yang terpenting. Apabila hujan turun, sebahagian airnya meresap Ke dalam tanah dan menjadi air bawah tanah. Air ini juga akan masuk ke dalam sungai dan di sini ia akan mengangkut bahan-bahan sedimen atau beban ampaian yang terdapat dalam aluran sungai. Terdapat juga Jenis beban ampaian yang diangkut oleh aluran sungai, iaitu dasar, beban terampai dan beban terlarut.

Jenis-jenis beban dan bagaimana ia dihasilkan
       Beban dasar merupakan batu-batuan di dasar sungai yang bergerak lebih perlahan dari halaju aliran Sungai. Pergerakannya adalah secara terputus-putus dan berkelompok. beban terampai pula merupakan partikel-partikel yang lebih halus dari beban dasar. Apabila partikel-partikel ini dicabut dari tempat asalnya, sedikit tenaga diperlukan untuk mengangkutnya dan ia boleh dibawa di sepanjang sungai dengan kadar halaju sungai yang lebih rendah dari halaju halus untuk mencabutnya. Beban terampai juga mengurangkan kehilangan tenaga, maka sungai menjadi lebih efisyen. Kedudukan taburan beban terampai ini bergantung kepada kedalaman di bawah permukaan sungai. Kepekatan tinggi adalah dekat dengan dasar sungai dan mengurang pada aras tebin tinggi. Tetapi yang pentingnya kepekatan yang  tertinggi adalah bergantung kepada taburan turbuten.
       Manakala beban yang terlarut pula merupakan bahan-bahan kimia seperti ion-ion dan garam-garam. Beban terlarut amat penting dalam proses pembuangan tanah permukaan Sekiranya aliran sungai adalah stabil dan air berasal dari aliran  bawah tanah maka kepekatan garam adalah tinggi. Air yang mengandungi asid mempunyai keupayaan melarut sagi sungai yang mengalir melaluikawasan gambut seperti  bogs, swaps dan marshes.
       Kebolehan sungai untuk mengangkut bahan-bahan sendimen ini dan menghakis lurahnya adalah bergantung besar ke atas halaju sungai itu. Air dalam lurah sungai dipaksa mengalir ke hadapan oleh graviti. Halajunya akan dihalang oleh geseran di antara jisim air dengan dasar tebing lurah dan geseran di antara partikel-partikel air. Jadi, geseran mempengaruhi taburan halaju di dalam sungai dan cenderung urrtuk mengurangkan halaju di dasar dan tebing sungai itu. Halaju maksimum biasanya didapati di bahagian tengah lurah sungai. Sedikit ke bawah dari permukaan air.

Cara-cara Pengangkutan dan  ciri-cirinya
       Bahan-bahan muatan sungai boleh diangkut oleh aliran air dalam aluran sungai melalui beberapa cara. Cara yang paling utama ialah larutan di mana bahan-bahan yang terlarut akibat luluhawa kimia akan diangkat dalam bentuk larutan. Sesetengah sungai mengangkut lebih banyak bahan larutan daripada muatan-muatan bongkah. Perbezaan jumlah bahan larutan bergantung besar kepada sumbangan bandingan antara larian permukaan dan air bawah tanah kepada isipadu sungai itu. Jika aliran sungai itu stabil, maka kandungan bahan-bahan garam larutan adalah tinggi. Tetapi, apabila larian permukaan merupakan sumbangan yang utama kepada aliran sungai itu. Kandungan garam larutannya adalah rendah. Air yang mengandungi asid amat berkesan dalam melarutkan bahan-bahan kimia daripada batu-batuan. Sungai-sungai seperti ini mengalir melalui paya dan kawasan gambut di mana proses reputan bahan-bahan organan membekalkan asid-asid organan yang banyak.
      Beban ampaian sungai juga boleh diangkut melalui cara apungan atau ampaian. Muatan yang diapung dan diseret di sepanjang dasar sungai merupkan sebahagian besar daripada jumlah muatan sungai. Air yang mengalir di lurah-lurah sungai mungkiun bergerak dengan aliran 'laminar' iaitu bergerak secara berlapis, tetapi oleh kerana ciri semula jadinya adalah tidak pekat dan halajunya tinggi secara relatif. Maka air akan menghasilkan aliran turbulen. Aliran turbulen ini amat penting dalam pengangkutan muatan kerana arus-arus aliran putaran dan edy yang bergerak ke atas itu membantu mengangkut bahan-bahan untuk diangkut oleh sungai. Kebanyakan beban ampaian yang terapung ini terdiri daripada kelodak-kelodak dan tanah liat. Jangka masa sesebuah partikel diapungkan adalah bergantung kepada halaju ia jatuh ke dasar sungai dan giatnya turbulen yang mengangkut partikel-partikel itu. Jumlah muatan terapung akan bertambah apabila isipadu bertambah.
       Selain dari dua cara di atas, beban-beban ampaian sungai juga boleh diangkut melalui cara lompatan kerana ianya merupakan beban dasar yang terdiri daripada  pasir dan batu kelikir. Butiran pasir ini akan diangkut untuk sementara waktu dan bergerak ke bawah cerun apabila iatenggelam semula ke dasar. Pergerakan ini adalah  seperti siri lompatan kerana selepas ia diangkut, ia akan tenggelam dan kemudian timbul balik untuk diangkut, begitulah seterusnya hingga sampai ke tepian sungai.
       Beban-beban ampaian sungai yang lebih besar seperti batu kelikir dan butiran pasir yang terlalu besar pula akan diangkut oleh aliran sunga Dengan cara golekan atau ditolak di sepanjang dasar lurah sungai. Air yang mengalir dalam halaju sunga yang berbeza akan menolak bahan-bahan ini dengan perlahan-lahan dan bila sampai  dalam halaju sungai yang tinggi, bahan ini lebih cepat diseret dengan kecerunan sungai yang curam pula.
      Pergerakan seperti ini juga disebut sebagai seretan yang merupakan cara terakhir bagaimana beban ampaian sungai diangkut oleh aliran sungai. Cara-cara bagaimana beban ampaian sungai diangkut oleh aluran air aliran sungai.
       Faktor yang mempengaruhi cara pengangkutan beban sungai yang berbeza. Beban-beban yang dibawa oleh sesuatu sungai sangat berbeza di segi jumlah, kuantiti beban dan saiz serpihan bergantung kepada kadar alir dan peringkat sungai itu. Pada masa banjir, apabila halaju 6 meter sesaat atau lebih didapati di sungai-sungai besar, airnya akan keruh dengan beban ampaian sungai. Batu tongkol yang bersaiz besar mungkin bergerak di dasar sungai sekiranya kecerunan sungai itu curam. Ini menunjukkan bahawa beban ampaian sungai akan diangkut dengan cara golekan atau seretan sahaja. Sekiranya sesebuah sungai itu berada di peringkat muda, kuasa mengangkutnya dan halaju aliran sungai adalah lebih laju jika dibandingkan dengan sungai yang berada di peringkat tua atau matang kerana di sini, halaju sungai adalah terlalu rendah dan kerja penimbunan mula berlaku.
       Kuasa mengangkut muatan bergantung kepada halaju dan juga isipadu sungai serta saiz muatan itu. Apabila isipadu sungai bertambah, kuasa mengangkutnya akan turut bertambah dengan kadar yang lebih besar daripada kadar isipadu. Ini menunjukkan bahawa tenaga sungai adalah berkadar langsung dengan isipadu, tetapi geseran dengan dasar dan tebing bertambah dengan sedikit sahaja apabila isipadu bertambah. Jadi terdapatlah lebih tenaga untuk kerja mengangkutnya.
        Biasa dikatakan bahawa bagi mana-mana suatu sungai yang diandaikan mempunyai halaju dan isipadu yang tetap, akan terdapat suatu had muatan yang boleh diangkut olehnya Apabila had ini dicapai muatannya dikatakan penuh. Jadi, bahan-bahan yang besar dalam muatan sungai akan ditinggalkan atau dimendapkan kerana tidak boleh diangkut kerana kekurangan halaju oleh sungai.
        Cara bahan-bahan sedimen ini diangkut tidak saja bergantung kepada halaju dan isipadu sungai tetapi ianya juga bergantung kepada saiz partikel-partikel muatan itu. Jika bahan-bahan sedimen sungai adalah cukup halus, sungai mungkin menjadi sejisim lumpur dan mengangkut dengan cara apungan. Jika bahan-bahan yang terdapat dalam sesebuah sungai dengan yang ditambah dari luar mempunyai saiz-saiz yang berbeza, maka had muatan yang mungkin diangkut itu tidak dapat dipastikan.
        Kecerunan sesebuah sungai juga mempengaruhi cara bagaimana beban sungai diangkut dan ciri-ciri lurah pula mempengaruhi halaju sungai kerana sebahagian tenaga sungai akan hilang akibat geseran yang disebabkan oleh kekerasan turbulen. Pada amnya, pertambahan halaju sungai disebabkan oleh pertambahan kecerunan adalah sangat berkesan bagi keria mengangkut muatan dasar jika dibandingkan dengan pertambahan yang disebabkan oleh pertambahan isipadu sesebuah sungai yang mempunyai kecerunan yang curam akan mengangkut bahan-bahan sedimennya dengan lebih cepat. Tambahan pula halajunya adalah deras.
       Dapatlah dirumuskan bahawa cara muatan sungai diangkut adalan berbeza dan berubah dari semasa ke semasa serta dari satu peringkat perkembangan ke peringkat perkembangan sungai yang lain. Faktor-faktor yang menentukan bahawa cara pengangkutan bahan sedimen oleh sesebuah aliran sungai itu berbeza adalah berdasarkan kepada isipadu sungai, halaju dan saiz muatan sesebuah sungai. Lain-lain faktor yang juga boleh mempengaruhinya adalah morfologi atau bentuk kecerunan serta lurah sungai, kekerasan dasar sungai, peringkat perkembangan sungai dan ciri-ciri fizikal saliran saliran sesbuah sungai itu. Faktor-faktor ini saling berhubungan dan kait-mengait serta mempengaruhi antara  satu sama lain. Dalam jangka masa panjang, semua faktor-faktor ini bergantung kepada iklim dan  geologi lembangan sungai itu. Kerana itulah wujudnya cara bahan diangkut yang berbeza oleh   sesebuah aliran sungai.

SOALAN  LATIHAN
a.       Nyatakan jenis beban yang diangkut oleh sungai dan bagaimana ia dihasilkan.
b.       Jelaskan cara-cara pengangkutan beban yang berbeza-beza oleh aliran sungai.
c.        Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi cara pengangkutan yang berbeza.


Geografi 1 : Apakah yang dimaksudkan dengan luluhawa dalaman? [5m]
Luluhawa dalaman bermakna proses-proses luluhawa terutama proses-proses luluhawa kimia terhadap batuan induk yang terdapat dalam lapisan tanah. Luluhawa jenis ini berlaku secara insitu dengan bantuan unsur-unsur iklim seperti hujan, suhu dan sebagainya. Batuan akan mengalami proses pemecahan dan pereputan di mana ia berlaku secara fizikal dan berubah dari segi kandungan kimia.





Geografi 1 : Jelaskan tiga kesan peredaran bumi terhadap habitat haiwan. [9m]
Peredaran bumi mengelilingi matahari akan menyebabkan fenomena kejadian empat musim iaitu musim sejuk, musim panas, musim bunga dan musim luruh. Perbezaan musim ini tentunya akan meninggalkan kesan kepada keseluruhan hidupan di permukaan bumi di kawasan bermusim termasuklah haiwan. Haiwan juga akan menyesuaikan diri dengan keadaan iklim di sekelilingnya untuk terus hidup termasuklah pengubahsuaian habitat.
Haiwan sentiasa berpindah mengikut musim. Kebanyakan haiwan akan berpindah dari satu kawasan yang mengalami musim sejuk ke kawasan yang lebih panas. Contohnya perpindahan burung layang-layang dari negara China yang mengalami musim sejuk ke negara-negara Asia Tenggara yang lebih panas termasuk Malaysia.
Penghijrahan haiwan juga berlaku kerana mereka ingin mencari makanan. Haiwan yang tinggal di kawasan bersalji akan berpindah habitatnya sementara kerana kesukaran mendapatkan makanan apabila tanah diliputi salji.
Proses pernghijrahan atau perubahan habitat haiwan juga berlaku mengikut musim kerana faktor pembiakan. Haiwan akan berpindah untuk mengawan dalam musim sejuk dan akan membiak dalam musim panas. Contohnya perpindahan beruang kutub, musang dan rusa di kawasan beriklim sederhana untuk mengawan pada musim sejuk menyebabkan habitat dan tempoh pembiakan haiwan ini hampir sama setiap tahun.

Geografi 1 : Apakah yang dimaksudkan dengan mantel ? [3m]
Mantel ialah bahagian lapisan struktur bumi yang terletak di lapisan tengah di antara teras bumi dan kerak bumi. Lapisan ini menutup bahagian pusat bumi. Lapisan mantel terdiri daripada batuan cair yang lebih tumpat dan suhu lebih tinggi daripada kerak bumi. Dalam lapisan inilah terjadinya arus perolakan magma kerana ingin menyeimbangkan suhu dalaman bumi.

Geografi 1 : Takrifkan kecondongan paksi bumi. [5m]
Kecondongan paksi bumi ialah keadaan paksi bumi yang condong daripada kedudukan satah tegak sebanyak 23.5 darjah. Keadaan ini menyebabkan garisan yang memisahkan waktu siang dan malam semasa solstis tidak selari dengan paksi putaran bumi sebanyak 23.5 darjah. Dengan kata lain, paksi bumi dan satah khatulistiwa membentuk bukaan sudut 23.5 darjah kepada garisan sudut tepat satah bulatan bumi.





Geografi 1 : Jelaskan secara ringkas konsep hanyutan benua. [5m]
Hanyutan benua bermaksud benua tunggal pada suatu masa dahulu yang dikenal sebagai Pangea telah berpecah kepada dua bahagian benua iaitu Laurasia dan Gondwanaland. Kemudian kedua-dua benua ini terus berpecah dan hanyut secara mendatar seperti yang ada sekarang. Kejadian ini berlaku berjuta-juta tahun dahulu.

Geografi 1 : Apakah yang dimaksudkan dengan kitaran batuan ? [8m]
Kitaran batuan bermaksud batuan berubah dari satu jenis kepada jenis yang lain sehingga kembali semula kepada batuan asal kerana pengaruh tenaga eksogenik dan tenaga endogenik. Terdapat tiga jenis batuan yang utama iaitu batu igneus, batu mendak (batu enapan) dan batu jelmaan (batu metamorfik).
Pembentukan batu igneus adalah daripada penyejukan dan pembekuan magma atau lava yang membentuk igneus jalar dalam dan igneus jalar luar. Contohnya batu granit, batu gabro dan basalt. Proses-proses geomorfologi atau penggondolan seperti luluhawa, hakisan dan pemendapan akan menghasilkan batu enapan seperti batu pasir dan batu konglomerat.
Seterusnya batu enapan seperti batu kapur, batu arang atau batu pasir yang terdedah kepada kuasa-kuasa endogenik iaitu pemanasan oleh magma atau terdedah kepada sentuhan magma atau terobosan (tembusan) magma, batuan enapan asal ini akan mengalami  perubahan fizikal dan kimia yang dikenali sebagai batu jelmaan. Contohnya batu kapur membentuk batu marmar dan batu arang membentuk berlian.
Akhirnya batu jelmaan yang terdapat di permukaan bumi jika terdedah kepada kuasa endogenik akan melabur semula dan menyusup masuk ke lapisan mantel bersama-sama dengan peleburan dan penyusupan kerak bumi akibat gerakan tektonik. Penyusupan masuk kerak bumi ini akan mencairkan semula kerak bumi termasuk lapisan batuan bersama-samanya. Kerak bumi dan batuan yang cair ini akan membentuk batu igneus sekali lagi dan begitulah seterusnya proses ini akan berulang.



Geografi : Jelaskan perubahan zaman mengikut Teori Hanyutan Benua. [10m]
Teori hanyutan benua ialah teori yang mengatakan bahawa telah berlaku pergerakan kerak bumi secara besar-besaran secara mendatar setelah mereka berpecah daripada sebuah benua yang tunggal. Proses perpisahan ini telah dibahagikan kepada lima zaman mengikut masa kejadian iaitu Zaman Permian, Thriassic, Jurassic, Cretaceous dan masa kini.
Pada zaman Permian, iaitu kira-kira 225 juta tahun dahulu, benua ini dikatakan tunggal yang dinamakan Pangea dan lautan dikenali sebagai Panthalasia. Benua besar ini kemudian berpecah kepada dua bahagian pada zaman Thriassic iaitu kira-kira 200 juta tahun dahulu. Benua yang bergerak ke utara dikenali sebagai Laurasia dan benua yang bergerak ke selatan di kenali sebagai Gondwanaland. Kedua-dua benua ini dipisahkan oleh bahagian lautan yang dikenali sebagai Laut Tethys.
Seterusnya kerak bumi benua terpisah lagi pada zaman Jurassic yang berlaku kira-kira 135 juta tahun dahulu. Pada zaman ini, wujud benua-benua kembar yang masih bercantum iaitu Benua Amerika Utara dan Benua Eurasia, Benua Amerika Selatan dan Benua Afrika, Benua Antartika dan Australia. Benua kecil India telahpun hanyut dan terpisah daripada benua Antartika ke utara. Semasa zaman Cretaceous pula iaitu kira-kira 85 juta tahun dahulu, Benua Amerika Selatan telahpun terpisah dengan benua Afrika. Pemisahan ini mewujudkan ruang terbuka kawasan laut yang dikenali sebagai Lautan Atlantik. Akhirnya Benua kecil India terus hanyut ke utara dan pada masa kini benua Kecil India dikatakan bertembung dengan Benua Asia.

Geografi 1 : Apakah yang dimaksudkan dengan ekuinoks dan solstis ? [5m]

Maksud ekuinoks
Ekuinoks bermakna seluruh permukaan bumi menerima waktu siang dan malam yang sama panjang iaitu 12 jam masing-masing. Pada masa ini matahari tengah hari berada tepat di garisan khatulistiwa. Fenomena ini hanya berlaku pada 21 Mac (ekuinoks musim bunga) dan 23 September (ekuinoks musim luruh).



Maksud Solstis
Solstis bermakna penerimaan waktu siang dan malam yang tidak sama panjang di permukaan bumi. Fenomena ini berlaku pada 21 Jun (solstis musim panas) dan 22 Disember (solstis musim sejuk). Semasa solstis musim panas, matahari tengah hari berada tegak di atas garisan sartan di hemisfera utara. Keadaan ini menyebabkan hemisfera utara mengalami waktu siang yang lebih panjang iaitu 16 jam berbanding waktu malam yang lebih singkat iaitu selama 8 jam. Sebaliknya hemisfera selatan mengalami waktu malam yang lebih panjang iaitu selama 16 jam berbanding waktu siang yang singkat iaitu selama 8 jam. Semasa solstis musim sejuk pula, matahari tengah hari berada tegak di atas garisan jadi di hemisfera selatan. Keadaan ini menyebabkan hemisfera selatan mengalami waktu siang yang lebih panjang iaitu selama 16 jam berbanding waktu malam yang lebih singkat iaitu selama 8 jam. Sebaliknya, hemisfera utara mengalami waktu siang yang lebih pendek iaitu selama 8 jam berbanding waktu malam yang lebih panjang iaitu selama 16 jam.
Ting 6R : Geografi 1 : Bagaimanakah tenaga suria mempengaruhi kegiatan pertanian di kawasan tropika lembap. [8m]
Kawasan tropika lembap ialah kawasan yang menrima suhu yang tinggi iaitu lebih 27 darjah celcius sepanjang tahun dan hujan yang lebat melebihi 2000mm setahun. Penerimaan tenaga suria sepanjang tahun menggalakkan proses fotosintesis bagi tumbuhan hijau. Ini bermakna kegiatan penanaman dapat dilakukan sepanjang tahun. Hasil pertanian juga dapat dikutip sepanjang tahun.
Tenaga matahari yang banyak juga dapat menggalakkan pelbagai jenis tanaman tropika di kawasan tropika lembap. Suhu yang tinggi dan bekalan air hujan yang banyak sangat sesuai untuk penghasilan tanaman tropika sperti padi, getah, kelapa sawit, koko, kopi, teh dan sebagainya. Bahkan negara-negara tropika merupakan antara pengeluar sumber makanan yang terbanyak di dunia.
Tenaga suria yang banyak di kawasan tropika juga menggalakkan pelbagai jenis aktiviti pertanian. Kerja-kerja penanaman seperti membajak, membaja, menuai dan meracun rumpai dapat dilakukan sepanjang tahun.
Tenaga matahari yang panas dan terik juga penting untuk mengeringkan pelbagai hasil pertanian. Padi yang telah dituai, koko, getah skrap dan keping serta daun tembakau perlu dijemur supaya terjamin mutunya.

Geografi 1 : Apakah yang dimaksudkan dengan sistem geomorfologi ?
Maksud geomorfologi ialah satu kajian saintifik terhadap agen-agen geomorfologi. Agen-agen geomorfologi melakukan proses-proses geomorfologi. Proses-proses geomorfologi mengukir permukaan bumi. Hasilnya terbentuk pelbagai konfigurasi landskap di permukaan bumi.

Bagaimana gerakan bumi mempengaruhi taburan tenaga suria di permukaan bumi
(Calon boleh melukiskan gambar rajah yang berkaitan dengan putaran dan edaran bumi)

Kedua-dua fenomena edaran bumi dan putaran bumi pada paksinya adalah mempengaruhi variasi terhadap tenaga suria di permukaan bumi.. Hal ini demikian kerana beberapa perkara yang berkaitan, iaitu pertamanya, mengenai putaran bumi atau bagaimana putaran bumi pada paksinya mempengaruhi variasi terhadap tenaga suria di permukaan bumi.
            Putaran bumi pada paksi kecondongan yang bersudut 231/2 darjah itu menyebabkan fenomena siang dan malam terjadi. Bumi mengambil masa 24 jam bagi membuat satu putaran yang lengkap. Bumi berputar mengikut arah Barat ke Timur. Bahagian permukaan bumi yang menghadap ke arah matahari akan mengalami waktu siang serta menerima taburan tenaga suria yang banyak berbanding dengan bahagian bumi yang menga1ami waktu malam.
            Semasa bumi berputar pada paksinya, bumi juga pada masa yanbg sama, beredar mengelilingi matahari. Mengikut orbitnya yang berbentuk elips. Satu peredaran yang lengkap akan mengambil masa selama setahun atau  365 hari. Peredaran dan kecondongan paksi bumi sememangnya menyebabkan kejadian empat musim yang nyata dalam setahun dan jangka waktu siang dan malam yang tidak sama panjang di tempat-tempat yang berbeza di seluruh dunia..
            Peredaran bumi mengelilingi matahari menyebabkan bumi berada dalam kedudukan yang berbeza dalam orbitnya. Pada 22 Disember, matahari berada tegak di atas kepala di Garis Jadi di Hemisfera Selatan, dipanggil solstis musim dingin. Pada ketika ini, Hemisfera Selatan mengalami musim panas manakala Hemisfera Utara mengalami musim sejuk. Kawasan-kawasan di Hemisfera Selatan yang mengalami musim panas ketika ini akan menerima Iebih banyak tenaga matahari. Sebaliknya, kawasan-kawasan di Hemisfera Utara yang mengalaini musim dingin pula akan menerima kurang tenaga suria.
            Pada masa yang sama, kawasan-kawasan di Hemisfera Selatan mengalami waktu siang yang lebih panjang iaitu lebih daripada 12 ja.m. Semakin hampir ke arah kutub selatan, waktu siang bertambah. Kawasan di kutub selatan pula mengalami 24 jam siang. Justeru, jumlah tenaga suria yang diterima di Hemisfera Selatan menerima tenaga suria yang banyak. Sebaliknya pada ketika ini, Hemisfera Utara menga1ami waktu siang yang lebih pendek. dan taburan tenaga matahari adalah rendah berbanding dengan kawasan yang terletak di Hemisfera Selatan. Keadaan yang sebaliknya berlaku di kedua-dua atmosfera pada solstis musim panas pada 21 Jun.
Matahari tengah hari berada  tegak di atas kepa1a di Garisan Khatulistiwa 2 kali dalam setahun, iaitu pada 21 Mac (Ekuinoks musim bunga) dan 23 September (Ekuinoks musim luruh). Pada ketika ini, seluruh dunia akan menerima waktu siang dan malam yang sama panjang dan taburan tenaga suria juga sama banyak di seluruh permukaan bumi.
            Taburan tenaga di permukaan bumi juga berbeza-beza mengikut masa yang berlainan akibat jarak bumi yang berbeza-beza dari matahari. Orbit bumi yang beredar mengelilingi matahari dalam bentuk elips, jaraknya tidak sama panjang atau jauh sepanjang tahun. Bahagian orbit yang dekat dengan matahari dipanggil perihelion. Pada ketika ini, jumlah tenaga yang diterima oleh permukaan bumi lebih banyak berbanding semasa afelion.







Terangkan faktor-faktor yang mempengaruhi proses albedo.

Albedo merujuk kepada keupayaan permukaan bumi untuk membalikkan tenaga atau bahangan matahari oleh permukaan bumi yang dinyatakan dalam bentuk peratus.
Bentuk muka bumi sama ada kawasan bergunungganang atau tanah pamah mempunyai nilai albedo yang berlainan. Kawasan tanah pamah mempunyai nilai albedo yang lebih tinggi kerana sudut pembalikan cahaya yang lebih besar manakala kawasan bergunung-ganang mempunyai nilai albedo yang lebih rendah kerana sudut pembalikan permukaan yang lebih kecil.
Selain itu nilai albedo sesuatu kawasan juga dipengaruhi oleh jenis litupan bumi. Bagi kawasan yang dilitupi oleh hutan tebal seperti hutan primer, nilai albedo lebih rendah manakala bagi kawan yang jarang tumbuh-tumbuhan atau kawasan hutan sekunder mempunyai nilai albedo yang lebih tinggi.
Warna permukaan juga mempengaruhi nilai albedo. Permukaan yang berwarna lebih cerah  mempunyai nilai albedo yang lebih tinggi berbanding kawasan permukaan gelap. Misalnya kawasan bersalji yang tidak berhutan akan mengalami nilai albedo yang lebih tinggi daripada kawasan yang tidak bersalji dan tidak berhutan.
Di samping itu, kawasan yang mempunyai ciri-ciri permukaan yang licin mempunyai nilai albedo yang lebih tinggi dibandingkan dengan permukaan yang lebih kasar.

Jelaskan konsep tenaga ?
Tenaga merupakan keupayaan untuk melakukan sebarang kerja. Tenaga tidak boleh diukur secara langsung tetapi dapat diukur melalui kerja yang maksimum yang boleh dilakukan dengan tenaga tersebut. Unit ukuran bagi tenaga ialah joule, kalori atau Btu. Tenaga terdiri daripada tenaga keupayaan, tenaga kinetik, tenaga haba, tenaga cahaya dan tenaga pendam. Tenaga juga boleh dibahagikan kepada tenaga yang boleh diperbaharui dan tenaga yang tidak boleh diperbaharui. Tenaga yang boleh diperbaharui adalah tenaga yang tidak akan habis walaupun digunakan secara berterusan seperti tenaga solar, tenaga hidroelektik, tenaga biomas, tenaga angin dan arang kayu. Manakala tenaga yang tidak boleh diperbaharui ialah tenaga akan habis jika digunakan secara berterusan seperti tenaga daripada petroleum, arang batu dan tenaga nuklear.


Apakah yang dimaksudkan dengan sistem suria ?

Sistem suria merupakan satu sistem planet dalam galaksi bima sakti. Ia terdiri daripada matahari dan sembilan buah planet iaitu utarid, zuhrah, bumi, marikh, musytari, zuhal, uranus, neptun dan pluto. Terdapat juga jasad-jasad lain seperti asteroid, komet, meteor, meteorit dan gumpalan awan serta habuk planet. Kesemua planet dan jasad dalam angkasa beredar mengelilingi matahari dalam orbit yang berbentuk elips.

Geografi 1 6 Rendah : Jelaskan secara ringkas perbezaan tenaga eksogenik dengan tenaga endogenik.
Tenaga eksogenik berpunca dari luar sistem bumi iaitu dari matahari dan sampai dalam bentuk tenaga haba dan tenaga cahaya. Tenaga endogenik pula berpunca dari dalam bumi dan terkumpul dalam bentuk tenaga radiogenik. Tenaga eksogenik menyebabkan kejadian agen-agen geomorfologi seperti air mengalir, ombak, angin, glasier dan kejadian luluhawa manakala tenaga endogenik menyebabkan berlakunya gerakan tektonik yang berhubung dengan kejadian gempa bumi, kejadian gunung berapi, kejadian lipatan kerak bumi dan kejadian gelinciran.

Geografi1 : Apakah yang dimaksudkan dengan ekuinoks dan solstis?

Ekuinoks bermakna seluruh permukaan bumi menerima waktu siang dan malam yang sama panjang iaitu 12 jam masing-masing. Matahari berada tegak di atas garisan khatulistiwa. Fenomena ini hanya berlaku pada 21 mac (ekuinoks musim bunga) dan 23 september (ekuinoks musim luruh).
Solstis bermakna penerimaan waktu siang dan malam yang tidak sama panjang di permukaan bumi. Pada 21 Jun (solstis musim panas), hemisfera utara mengalami waktu siang yang lebih panjang daripada waktu malam berbanding hemisfera selatan. Sebaliknya pada 22 disember (solstis musim sejuk), hemisfera selatan mengalami waktu siang yang lebih panjang berbanding waktu malam. Ketika fenomena ini, matahari tengah hari berada tegak di garisan sartan semasa solstis musim panas dan matahari tengah hari berada tegak di garisan jadi semasa solstis musim sejuk.

 Geografi 1 :Apakah yang dimaksudkan dengan tenaga eksogenik?

Tenaga eksogenik bermaksud tenaga yang berpunca dari luar sistem bumi, terutamanya dari sumber tenaga suria. Tenaga ini bertanggungjawab terhadap kejadian unsur-unsur cuaca dan iklim seperti hujan, suhu, kelembapan udara, angin dan sebagainya. Unsur-unsur ini pula menyebabkan kejadian agen-agen geomorfologi.






Geografi 1 : "Bumi boleh dianggap sebagai satu sistem terbuka" Jelaskan.
Bumi dianggap sebagai satu sistem terbuka kerana sistem-sistem dalam bumi membenarkan kemasukan tenaga haba dan jisim (iaitu air) untuk menghidupkan seluruh pemboleh ubah dalam subsistem bumi seperti geomorfologi, ekologi, atmosfera, hidrologi dan lain-lain. Tenaga dan air melakukan pelbagai proses dalam sistem bumi. Akhirnya setelah melakukan pelbagai proses dalam sistem bumi, tenaga haba dan jisim akan keluar dari sistem.


Geografi 1 :Apakah yang dimaksudkan dengan sistem?

Sistem bermaksud satu himpunan pembolehubah atau komponen yang berada dalam satu sempadan yang arbitari. Terdapat hubungkait yang sangat kompleks di antara komponen-komponen ini. Semua sistem berusaha mencapai titik keseimbangan. Jika terdapat gangguan-gangguan yang kecil, sistem akan mencari titik keseimbangan yang terbaru. Tetapi jika gangguan itu besar, ia boleh memusnahkan seluruh sistem mengikut masa.







 Geografi 1 :Jenis-Jenis Sistem
Terdapat tiga jenis sistem termodinamik. Sistem-sistem di bawah mengkaji kadar perhubungan sistem dengan alam sekitar.

  
   1.   Sistem pencil- Sistem ini di asingkan dari kawasan sekeliling. Sistem ini tidak mengalami pemindahan tenaga atau jisim. Biasanya, didapati melalui penyelidikan makmal.
  
   2.   Sistem tertutup - Sistem ini terbuka untuk pertukaran tenaga tetapi tertutup terhadap pertukaran jisim seperti bumi menerima tenaga solar daripada matahari tetapi tidak menerima jisim daripada matahari.
 
  3.    Sistem terbuka - Sistem ini terbuka terhadap pertukaran jisim dan tenaga. Hampir kesemua sistem biologi adalah sistem terbuka.


   

 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PENGURUSAN SUMBER AIR

SISTEM HIDROLOGI:   TAJUK:  PENGURUSAN SUMBER AIR .   Konsep Pengurusan Sumber Air .         Mengikut Oridorn (1977) dalam bukunya “ Water Manegment ”, “…..Pengurusan sumber air melibatkan perancangan,analisis,penilaian,penggunaan,impak dan  ramalan terhadap sumber-sumber air secara sistematik, cekap optimun tanpa membazir untuk menjamin bekalan air kepada pengguna sentiasa bersih dan berterusan …”. Justeru sumber-sumber air yang ada di sesuatu kawasan mestilah diuruskan dan diselenggarakan dengan bijak bagi memenuhi keperluan manusia masa kini dan akan datang tanpa mengorbankan alam sekitar. Oleh sebab itu konsep pembangunan sumber air yang lestari amat dititikberatkan.   Kegunaan Sumber Air : Kajian Kes, Malaysia .                          KEGUNAAN           CONTOH 1.  Kegunaan Domestik;  kegunaan/keperluan harian penduduk seperti memasak,membasuh/mencuci,mandian dll. Bekalan air  dari pada JBA, air sungai,tasik,perigi dl

MODUL PENGAJARAN GEOGRAFI 1

MODUL PENGAJARAN GEOGRAFI 1 ( ALAM SEKITAR FIZIKAL) OLEH : MAZLAN BIN JUNAIDI BAB 1 : SISTEM BUMI 1.1            KONSEP SISTEM – satu set angkubah yang berstruktur   dan saling berinteraksi antara satu sama lain untuk mencapai keseimbangan. 1.2           Terdiri daripada 3 sistem ; i)                terpencil – mempunyai sempadan yang   nyata dan tidak membenarkan kemasukan bahan dan tenaga. ii)              Tertutup – mempunyai sempadan yang membenarkan kemasukan tenaga sahaja tetapi menghalang kemasukan bahan. iii)           Terbuka – tidak mempunyai sempadan yang nyata dan membenarkan kemasukan tenaga dan bahan melalui sempadannya. 1.3           Bumi sebagai satu sistem – merupakan sistem tertutup yang membenarkan kemasukan tenaga daripada matahari tetapi tidak membenarkan kemasukan bahan. 1.3.1      Terdiri daripada komponen biosfera ( tumbuhan dan haiwan), atmosfera ( gas-gas di   udara), hidrosfera ( badan-badan air ), litosfera ( lapisan per

5R

Apa itu 5r Ramai yang tidak mengetahui apa itu 5r. Adakah rakyat di Malaysia tahu   betapa pentingnya 5r itu untuk menyelamatkan alam sekitar. 5R adalah singkatan kepada ‘rethink’ (fikir semula), ‘repair’ (baik pulih), ‘reuse’ (guna semula), ‘recycle’ (kitar semula) dan ‘reduce’ (kurangkan). Tahap kesedaran rakyat Malaysia perlu dipertingkatkan bagi membolehkan rakyat Malaysia membantu dalam mengurangkan pembuangan sisa pepejal yang semakin bertambah sejajar dengan pertumbuhan penduduk di negara ini. Oleh itu rakyat Malaysia disarankan agar dapat mengamalkan sikap 5R ini bagi membantu mengurangkan penggunaan sumber asli secara lebih berkesan. Penerapan konsep 5R dalam mempromosikan amalan gaya hidup lestari memberi cabaran yang amat besar sekiranya semua golongan dari pelbagai peringkat tidak digembling. Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan(KPKT) pada tahun 2007, lebih 15,000 tan sampah dihasilkan di Malaysia pada setiap hari dan ian