Langkau ke kandungan utama

METAKOGNISI (Metacognition)

Pengenalan
Apabila seseorang itu sedar tentang apa yang difikirkan maka adalah mudah baginya untuk mengawal tindakan yang akan diambil seterusnya.
Contoh: Omar sedar yang dia sedang memandu ke tempat yang belum pernah dia sampai dan jalannya juga sukar, maka dia akan memperlahankan kelajuan pemanduannya untuk memastikan yang dia akan faham dan sampai ke tempat yang ditujunya dengan tepat dan selamat.
Proses metakognitif membantu meningkatkan pembelajaran dengan cara membimbing pelajar atau seseorang itu berfikir, membantu seseorang itu menentukan tingkah laku yang akan diambil apabila dia cuba memahami sesuatu keadaan, menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.
Definisi
Menurut Costa, A.L (1981) metakognisi ialah kebolehan mengetahui apa yang kita ketahui dan yang tidak kita ketahui.
Dalam pembelajaran metakognitif ialah kesedaran tentang apa yang diketahui dan apa yang tidak diketahui. Metakognitif merujuk kepada cara untuk meningkatkan kesedaran mengenai proses berfikir dan pembelajaran yang berlaku. Apabila kesedaran ini wujud, seseorang dapat mengawal fikirannya dengan merancang, memantau dan menilai apa yang dipelajari.
Salah satu langkah dalam pengajaran pembelajaran berdaya fikir (fikrah) yang menggunakan strategi penyebatian (infusion) ialah langkah metakognisi.
Langkah ini biasanya dilakukan selepas langkah refleksi tentang isi pelajaran yang dipelajari.
Langkah metakognisi memfokus kepada aktiviti pelajar untuk menjelaskan apa yang mereka fikir tentang pemikiran dari segi proses berfikir bagi sesuatu kemahiran berfikir yang khusus yang dialami dalam sesi pengajaran pembelajaran sebelumnya. Langkah ini membolehkan pelajar berfikir cara berfikir (students think about their thinking)
Apa yang mereka harus huraikan bukannya tentang isi pelajaran dan konsep sesuatu kemahiran berfikir yang dipilih itu, tetapi memberi tumpuan kepada penerangan proses berfikir --- memperihalkan aturan cara berfikir menggunakan sesuatu kemahiran berfikir yang dialami itu sendiri --- “thinking about thinking is metacognition”
Cara Mengajar Metakognisi
Metakognisi tidak perlu diajar sebagai satu mata pelajaran.
Metakognisi perlu disisipkan dalam kaedah mengajar, perkembangan staf dan proses penyeliaan.
Strategi Metakognisi
.. Pelajar boleh menggunakan strategi metakognisi dan mengawal pembelajarannya melalui proses berikut:
- Merancang apa yang hendak dipelajari
- Memantau kemajuan pembelajaran diri.
- Menilai apa yang pelajari
Proses Metakognisi
.. Proses Merancang
Proses ini memerlukan pelajar :
• Meramal apa yang akan dipelajari,
• Bagaimana perkara itu dikuasai dan kesan yang akan diperolehi apabila perkara itu dipelajari.
• Menyediakan diri secara fizikal, mental dan psikologi
• Membuat perancangan dari semasa ke semasa untuk mendapat sesuatu perkara.
.. Proses Memantau
Dalam proses pembelajaran pelajar perlu bertanya pada diri sendiri dari semasa ke semasa perkara berikut:
o Adakah ini membawa makna kepada saya ?
o Apakah soalan yang boleh saya ajukan ?
o Mengapakah saya tidak memahami cerita ini ?
o Bagaimanakah perkara ini boleh dijelaskan ?
.. Proses Menilai
Pelajar membuat refleksi
• Apakah tindakan pengubahsuaian yang harus saya ambil ?
• Mengapa saya sukar/mudah menguasai ?
• Bagaimana sesuatu kemahiran, nilai dan pengetahuan dikuasai oleh saya ?
Dengan pengetahuan ini pelajar dapat memikirkan strategi yang lebih sesuai untuk menguasai pelajaran baru.
Teori-teori Metakognisi
Menurut Howard Gardner (1992), kebolehan mengawal proses berfikir dalam strategi metakognitif ini adalah dipengaruhi oleh umur dan pengalaman seseorang. Seperti contoh, pelajar yang lebih tua dari segi umur dan tinggi dari aspek persekolahan boleh menyedari, mengawal dan mengamalkan strategi berfikir berhubung dengan satu- satu masalah lebih baik daripada pelajar yang muda dan rendah tahap persekolahannya.
Manakala seorang lagi pakar dalam bidang metakognitif iaitu, Beyer di dalam model “Functional Thinking” nya menyatakan bahawa “metacognition” adalah merangkumi kebolehan seseorang merancang (planning), memantau (monitoring) dan menilai (assessing) satu-satu keputusan atau idea yang hendak diutarakan.
Semakin terkawal proses pemikiran seseorang, semakin baik keputusan yang akan seseorang perolehi.
Strategi Meningkatkan Metakognisi
Sebagai seorang guru, anda perlu mengetahui strategi-strategi yang boleh diaplikasikan di dalam kelas untuk meningkatkan metakognitif pelajar.
Berikut disenaraikan strategi-strategi yang boleh anda gunakan (Sumber: myschoolnet.ppk.kpm.my):
1. Merancang
Terdapat 3 peringkat yang perlu dilaksanakan dalam merancang strategi meningkatkan metakognisi iaitu sebelum, semasa dan selepas.
Sebelum sesuatu aktiviti pembelajaran dimulakan, guru perlu mengajar atau menunjukkan peraturan yang patut dipatuhi dan strategi serta langkah untuk menangani masalah dan hala tuju yang harus diikuti.
Semasa aktiviti itu dilaksanakan, guru perlu memberikan peluang kepada pelajar untuk berkongsi pengalaman, proses berfikir dan pandangan tentang tingkah laku mereka.
Selepas aktiviti pembelajaran, guru perlu meminta pelajar menilai sejauh mana peraturan yang diajarkan itu dipatuhi.
2. Menyoal Pada Semua Peringkat
Menyoal ialah satu teknik penting untuk menjelaskan fikiran seseorang. Sebagai guru, anda boleh menggalakkan pelajar agar mengemukakan soalan kepada diri mereka sendiri sebelum, semasa dan selepas membaca, mendengar, melihat dan menonton sesuatu.
3. Memilih Secara Sedar
Guru perlu berbincang dengan pelajar tentang pemilihan yang dibuat oleh pelajar dari segi kesan baik dan buruknya sebelum keputusan dibuat.
4. Menilai Berdasarkan Beberapa Kriteria
Metakognisi boleh dikembangkan dengan memberikan peluang kepada pelajar untuk membuat refleksi dan mengkategorikan tindakan mereka berdasarkan dua atau lebih penilaian.
5. Mengambil kredit
Guru meminta pelajar menilai kesan positif dari apa yang mereka lakukan. Melalui cara ini, pelajar akan menyedari tingkah laku yang baik dan akan menerapkan tingkah laku tersebut dalam situasi yang berlainan.
6. Mengelak dari menyatakan “Saya tidak boleh”
Cara yang boleh diaplikasikan ialah pelajar memikirkan beberapa soalan seperti:
a) Apakah informasi yang diperlukan? b) Apakah alatan yang diperlukan? c) Apakah kemahiran yang diperlukan untuk melakukan tingkah laku berkenaan?
Soalan-soalan ini akan menimbulkan kesedaran tentang pengetahuan batasan yang diketahui dan apa yang perlu diketahui. Kesedaran ini akan membangkitkan keyakinan pelajar bahawa mereka boleh melakukannya.
7. Menggalakkan idea daripada pelajar
Guru boleh membantu pelajar dengan mengubah pernyataan yang diutarakan oleh pelajar. Contohnya, “Apa yang ingin anda katakan ialah .....” Melalui cara ini, pelajar dibimbing agar menjelaskan, memikirkan semula atau memikirkan idea mereka dengan lebih mendalam.
8. Memberikan label bagi sesuatu tindakan
Guru boleh menyedarkan pelajar mengenai tingkah laku kognitif mereka dengan memberikan label bagi tindakan yang diambil. Contohnya, guru boleh memuji pelajar dengan ayat berikut, “Bagus, anda sedang membuat satu rangka tindakan yang baik bagi ..... “
9. Menjelaskan maksud perkataan tertentu kepada pelajar
Sebagai seorang guru, pastikan anda menjelaskan apakah yang dimaksudkan dengan setiap perkataan agar pelajar lebih sedar dan bertanggungjawab terhadap impak kata-kata mereka.
10. Main peranan dan simulasi
Dengan kaedah main peranan, pelajar dapat membayangkan diri mereka dalam sesuatu watak dan membuat modifikasi tingkah laku secara metakognitif terhadap peranan tersebut. Simulasi pula memberi peluang kepada pelajar untuk memikirkan bagaimana seseorang itu akan bertindak dalam situasi berlainan.
11. Menyimpan jurnal
Galakkan pelajar mencatat pengalaman harian mereka di dalam diari/buku log. Ini dapat membantu mereka mensintesis dan menterjemah fikiran dan kelakuan mereka dalam bentuk simbol dan grafik.
12. Memberikan teladan
Guru hendaklah memberikan teladan yang baik dengan merancang, mengenal pasti dan menilai sesuatu tingkah laku beliau supaya pelajar dapat mencontohinya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PENGURUSAN SUMBER AIR

SISTEM HIDROLOGI:   TAJUK:  PENGURUSAN SUMBER AIR .   Konsep Pengurusan Sumber Air .         Mengikut Oridorn (1977) dalam bukunya “ Water Manegment ”, “…..Pengurusan sumber air melibatkan perancangan,analisis,penilaian,penggunaan,impak dan  ramalan terhadap sumber-sumber air secara sistematik, cekap optimun tanpa membazir untuk menjamin bekalan air kepada pengguna sentiasa bersih dan berterusan …”. Justeru sumber-sumber air yang ada di sesuatu kawasan mestilah diuruskan dan diselenggarakan dengan bijak bagi memenuhi keperluan manusia masa kini dan akan datang tanpa mengorbankan alam sekitar. Oleh sebab itu konsep pembangunan sumber air yang lestari amat dititikberatkan.   Kegunaan Sumber Air : Kajian Kes, Malaysia .                          KEGUNAAN           CONTOH 1.  Kegunaan Domestik;  kegunaan/keperluan harian penduduk seperti memasak,membasuh/mencuci,mandian dll. Bekalan air  dari pada JBA, air sungai,tasik,perigi dl

MODUL PENGAJARAN GEOGRAFI 1

MODUL PENGAJARAN GEOGRAFI 1 ( ALAM SEKITAR FIZIKAL) OLEH : MAZLAN BIN JUNAIDI BAB 1 : SISTEM BUMI 1.1            KONSEP SISTEM – satu set angkubah yang berstruktur   dan saling berinteraksi antara satu sama lain untuk mencapai keseimbangan. 1.2           Terdiri daripada 3 sistem ; i)                terpencil – mempunyai sempadan yang   nyata dan tidak membenarkan kemasukan bahan dan tenaga. ii)              Tertutup – mempunyai sempadan yang membenarkan kemasukan tenaga sahaja tetapi menghalang kemasukan bahan. iii)           Terbuka – tidak mempunyai sempadan yang nyata dan membenarkan kemasukan tenaga dan bahan melalui sempadannya. 1.3           Bumi sebagai satu sistem – merupakan sistem tertutup yang membenarkan kemasukan tenaga daripada matahari tetapi tidak membenarkan kemasukan bahan. 1.3.1      Terdiri daripada komponen biosfera ( tumbuhan dan haiwan), atmosfera ( gas-gas di   udara), hidrosfera ( badan-badan air ), litosfera ( lapisan per

5R

Apa itu 5r Ramai yang tidak mengetahui apa itu 5r. Adakah rakyat di Malaysia tahu   betapa pentingnya 5r itu untuk menyelamatkan alam sekitar. 5R adalah singkatan kepada ‘rethink’ (fikir semula), ‘repair’ (baik pulih), ‘reuse’ (guna semula), ‘recycle’ (kitar semula) dan ‘reduce’ (kurangkan). Tahap kesedaran rakyat Malaysia perlu dipertingkatkan bagi membolehkan rakyat Malaysia membantu dalam mengurangkan pembuangan sisa pepejal yang semakin bertambah sejajar dengan pertumbuhan penduduk di negara ini. Oleh itu rakyat Malaysia disarankan agar dapat mengamalkan sikap 5R ini bagi membantu mengurangkan penggunaan sumber asli secara lebih berkesan. Penerapan konsep 5R dalam mempromosikan amalan gaya hidup lestari memberi cabaran yang amat besar sekiranya semua golongan dari pelbagai peringkat tidak digembling. Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan(KPKT) pada tahun 2007, lebih 15,000 tan sampah dihasilkan di Malaysia pada setiap hari dan ian