Langkau ke kandungan utama

Kuasa dan Pengaruh


Kuasa dan Pengaruh :

Kuasa merujuk kepada keupayaan atau kekuatan yang ada pada seseorang individu atau kumpulan untuk menjadikan individu atau kumpulan lain berubah mengikut laluan tertentu . Pengaruh pula merujuk kepada apa jua gelagat individu yang dapat mengubah gelagat dan perasaan orang lain.

John French dan Bert Raven (1960) membahagikan kuasa kepada beberapa bahagian:

1.            Kuasa sah: kuasa yang mempunyai perkaitan rapat dengan kedudukan atau jawatan tanpa mengira siapakah orang yang menguasai tempat tersebut.

2.            Kuasa ganjaran: kuasa utama ialah untuk memberi ganjaran.

3.            Kuasa paksaan: asas utama kuasa ini ialah untuk menghukum dan mengenakan tindakan tertentu.

4.            Kuasa petunjuk; kuasa ini terserlah melalui identifikasi pekerja bawahan terhadap pemegang kuasa. Identifikasi dalam konteks ini bermaksud penerimaan pengaruh oleh individu. Seorang ketua yang disukai oleh orang di bawahnya memiliki kuasa begini lebih dari ketua yang tidak disukai yang berpunca dari sebab tertentu.

5.            Kuasa kepakaran: kuasa ini berasaskan pandangan pekerja bawahan mengikut tahap pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki oleh seseorang ketua.



(Dipetik dari Razali Mat Zain, 1990)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

BAHAN-BAHAN YANG BOLEH DIKITAR SEMULA

Apakah yang tidak boleh dikitar semula?             Kertas               Kotak pizza atau apa-apa yang disaluti dengan minyak/bekas makanan               Pinggan kertas yang telah dicemari               Tisu               Kertas karbon               Lampin               Kertas disaluti lilin/plastik               Bekas makanan beku               Tuala             Al...

5R

Apa itu 5r Ramai yang tidak mengetahui apa itu 5r. Adakah rakyat di Malaysia tahu   betapa pentingnya 5r itu untuk menyelamatkan alam sekitar. 5R adalah singkatan kepada ‘rethink’ (fikir semula), ‘repair’ (baik pulih), ‘reuse’ (guna semula), ‘recycle’ (kitar semula) dan ‘reduce’ (kurangkan). Tahap kesedaran rakyat Malaysia perlu dipertingkatkan bagi membolehkan rakyat Malaysia membantu dalam mengurangkan pembuangan sisa pepejal yang semakin bertambah sejajar dengan pertumbuhan penduduk di negara ini. Oleh itu rakyat Malaysia disarankan agar dapat mengamalkan sikap 5R ini bagi membantu mengurangkan penggunaan sumber asli secara lebih berkesan. Penerapan konsep 5R dalam mempromosikan amalan gaya hidup lestari memberi cabaran yang amat besar sekiranya semua golongan dari pelbagai peringkat tidak digembling. Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan(KPKT) pada tahun 2007, lebih 15,000 tan sampah dihasilkan di Malaysia pada setiap hari dan...

STRATEGI KAJIAN MASA DEPAN

Pengenalan Strategi Kajian Masa Depan adalah ibarat analogi memandu kereta: Analogi memandu kereta di atas menunjukkan bahawa sepanjang pemanduan kita, kita seringkali dikejutkan dengan perkara-perkara yang tidak dijangka. Contohnya, sedang kita memandu di lebuhraya, tiba-tiba seorang lelaki melintas di hadapan kereta. Oleh itu, sepanjang pemanduan, kita haruslah peka dan sentiasa berwaspada. Analogi tersebut boleh dikaitkan dengan Kajian Masa Depan, di mana Kajian Masa Depan ini merupakan satu disiplin ilmu untuk melihat masa depan melalui tren hinggalah kepada apa yang dapat dibayangkan akan berlaku melalui pelbagai bentuk dan cara yang dikesan.   Definisi Kajian Masa Depan Pengajaran berasaskan Kajian Masa Depan merupakan strategi secara saintifik yang dibina untuk menambahkan keupayaan murid dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup dan membuat keputusan. Grafik di atas merupakan dimensi kajian masa depan. Antara dimensi penting yang perlu difahami dalam Kajian Masa Depan adalah...