Langkau ke kandungan utama

Kepentingan Pokok dan Hutan kepada Kehidupan Kita


Kepentingan Pokok dan Hutan kepada Kehidupan Kita
Hutan di seluruh dunia adalah sebahagian daripada ekosistem global yang menampung serta memperkayakan kehidupan manusia. Ekosistem hutan mempunyai kitaran yang kompleks yang melibatkan air, tanah, atmosfera, tumbuhan dan fauna. Hutan yang terdapat di seluruh dunia dapat diklasifikasikan kepada beberapa jenis. Antaranya ialah hutan hujan tropika, hutan bakau, hutan pokok tirus, hutan pokok daun luruh dan sebagainya. Di Malaysia, kira-kira 77.2% daripada luas keseluruhan Malaysia adalah terdiri daripada pelbagai jenis hutan. Hutan ini banyak terdapat di Sabah dan Sarawak.
Di Semenanjung Malaysia, kebanyakan hutan dapat dijumpai di Pahang (37.6%), Kelantan (15%), Perak (14.4%) dan Terengganu (37.6%). Sebahagian besar daripada hutan di Malaysia adalah hutan hujan tropika.
Kegunaan Tumbuhan dan Pokok
Habitat flora dan fauna
Hutan merupakan habitat flora dan fauna. Terdapat pelbagai jenis hidupan liar dan burung-burung serta spesis tumbuhan yang berharga di hutan. Contohnya, hutan hujan tropika Malaysia mempunyai 14 500 spesis dimana 6 000 spesis berpotensi menjadi sumber perhutanan. Hutan juga menjadi habitat kepada 600 spesis burung, 800 spesis tumbuh-tumbuhanan, 200 spesis binatang liar, 210 spesis mamalia, 150 spesis katak, 140 spesis ular, 80 spesis cicak dan sejumlah besar spesis serangga serta hidupan liar.

Pembekal makanan
Hutan juga berfungsi sebagai pembekal makanan kepada haiwan sepanjang tahun. Di hutan hujan tropika sentiasa terdapat berbagai-bagai jenis bunga, buah, daun dan kacang untuk dimakan oleh
Pembekal ubat-ubatan
Hutan juga membekalkan herba-herba ubat yang berguna kepada manusia dalam mengatasi pelbagai penyakit. Hutan bakau memainkan peranan yang penting dalam menghasilkan herba-herba ubat. Kulit dari pokok Rhizophora boleh digunakan untuk merawat keretakan tulang, mengubati ceret-beret dan boleh juga memberhentikan pendarahan. Sementara itu pula, kulit pokok Tumu / Berus (Bruguiera sp.) biasanya dihancurkan untuk mendemah bahagian luka dan cecair dari buah pokok Perapat (Sonneratia sp.) juga boleh digunakan pendarahan akibat dari buasir.

Pembekal bahan mentah
Hutan juga membekalkan pelbagai bahan mentah bagi kegunaan beberapa industri desa. Contohnya, rotan digunakan dalam industri perabot dan mengkuang pula digunakan untuk menghasilkan tikar, bakul .Sementara itu, kayu bakau digunakan sebagai arang batu dan tiang sebagai bahan cerucuk dalam pembinaan. Hasil hutan bakau seperti daun- daun nipah yang bersaiz besar dan mudah dilentur digunakan dalam penganyaman tikar, atap dan bakul. Pneumatofor pokok Perapat (Sonnerotia sp.) yang telap air dan lembut digunakan dalam pembuatan dan hasil ukiran kayu.
Tempat Rekreasi
Hutan juga bertindak sebagai tempat rekreasi. Kebanyakan kawasan hutan kini mula dijadikan sebagai kawasan-kawasan rekreasi yang terpelihara dan memperolehi keuntungan yang besar. Di Malaysia, misalnya terdapat beberapa buah taman negara yang menjadi daya tarikan pelancong dari dalam dan luar negara untuk berinteraksi dengan alam semulajadi.



Sumber penyelidikan
Hutan juga merupakan sumber penyelidikan perubatan farmasi yang amat bernilai.
Sumber Pendapatan
Hutan juga memberi sumber pendapatan kepada negara. melalui aktiviti pembalakan. Kayu-kayan yang terdapat di hutan adalah amat bernilai dan digunakan dalam beberapa bidang yang menguntungan.
Di Malaysia, hasil pendapatan dari aktiviti pembalakan telah meningkat dalam jangka masa 10 tahun. Ini dapat dibuktikan oleh jadual berikut :
Tahun
Hasil (m3)
Pendapatan (RMJuta)
1980
27.9
2500.0
1990
40.0
4200.0
Jadual : Pendapatan dari hasil pembalakan di Malaysia pada tahun 1980 dan 1990.
Mengurangkan pencemaran udara dan mengawal edaran gas
Hutan juga penting sebagai unsur yang boleh mengurangkan pencemaran udara dan mengawal edaran gas oksigen dan karbon dioksida. Bagi tumbuhan, gas karbon dioksida adalah diperlukan sebagai alat untuk memproses makanannya. Dalam proses membuat makanan ini tumbuhan hijau akan menyerap gas karbon dioksida dan melepaskan gas oksigen sebagai hasil sampingan daripada proses itu. Dengan adanya tumbuhan hijau maka keseimbangan kedua-kedua gas dalam udara akan dapat dikekalkan.
Mengawal banjir, hakisan tanah dan tanah runtuh
Hutan juga penting sebagai unsur yang boleh mengawal banjir, hakisan tanah dan tanah runtuh. Daun-daun pokok akan mengurangkan kesan titisan air ke permukaan tanah dan akan mengurangkan kesan hakisan tanah. Akar-akar pokok di dalam hutan yang terdapat di tanah-tanah tinggi tersebut juga akan mengikat dan menahan sebahagian daripada air hujan itu daripada mengalir deras turun ke tanah rendah dan ini boleh menghalang daripada tanah runtuh.
Memerangkap nutrien, sedimen dan bahan-bahan toksik
Hutan juga berfungsi dalam memerangkap nutrien, sedimen dan bahan-bahan toksik. Bahan-bahan organik yang kompleks sama ada dalam bentuk daun atau kayu menjadi sumber makanan penting bagi serangga dan haiwan-haiwan yang hidup di hutan bakau. Pokok bakau juga boleh memerangkap sedimen dan bahan-bahan toksik. Disamping itu juga bahan-bahan toksik seperti racun perosak dan sisa buangan domestik serta perindustrian yang kebanyakannya terlekat kepada sedimen yang mendap, turut terperangkap.
Pengawal iklim
Hutan juga bertindak sebagai pengawal iklim. Ketebalan hutan yang terdapat di sesuatu kawasan mempengaruhi ciri-ciri iklim kawasan berkenaan. Kawasan tropika misalnya mempunyai hutan tebal serta terdiri daripada beberapa lapisan yang berlainan kepentingannya. Lapisan yang berlainan ini dapat mengawal jumlah kehilangan air dari permukaan hutan melalui proses sejatan seterusnya menstabilkan kelembapan.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PENGURUSAN SUMBER AIR

SISTEM HIDROLOGI:   TAJUK:  PENGURUSAN SUMBER AIR .   Konsep Pengurusan Sumber Air .         Mengikut Oridorn (1977) dalam bukunya “ Water Manegment ”, “…..Pengurusan sumber air melibatkan perancangan,analisis,penilaian,penggunaan,impak dan  ramalan terhadap sumber-sumber air secara sistematik, cekap optimun tanpa membazir untuk menjamin bekalan air kepada pengguna sentiasa bersih dan berterusan …”. Justeru sumber-sumber air yang ada di sesuatu kawasan mestilah diuruskan dan diselenggarakan dengan bijak bagi memenuhi keperluan manusia masa kini dan akan datang tanpa mengorbankan alam sekitar. Oleh sebab itu konsep pembangunan sumber air yang lestari amat dititikberatkan.   Kegunaan Sumber Air : Kajian Kes, Malaysia .                          KEGUNAAN           CONTOH 1.  Kegunaan Domestik;  kegunaan/keperluan harian penduduk seperti memasak,membasuh/mencuci,mandian dll. Bekalan air  dari pada JBA, air sungai,tasik,perigi dl

MODUL PENGAJARAN GEOGRAFI 1

MODUL PENGAJARAN GEOGRAFI 1 ( ALAM SEKITAR FIZIKAL) OLEH : MAZLAN BIN JUNAIDI BAB 1 : SISTEM BUMI 1.1            KONSEP SISTEM – satu set angkubah yang berstruktur   dan saling berinteraksi antara satu sama lain untuk mencapai keseimbangan. 1.2           Terdiri daripada 3 sistem ; i)                terpencil – mempunyai sempadan yang   nyata dan tidak membenarkan kemasukan bahan dan tenaga. ii)              Tertutup – mempunyai sempadan yang membenarkan kemasukan tenaga sahaja tetapi menghalang kemasukan bahan. iii)           Terbuka – tidak mempunyai sempadan yang nyata dan membenarkan kemasukan tenaga dan bahan melalui sempadannya. 1.3           Bumi sebagai satu sistem – merupakan sistem tertutup yang membenarkan kemasukan tenaga daripada matahari tetapi tidak membenarkan kemasukan bahan. 1.3.1      Terdiri daripada komponen biosfera ( tumbuhan dan haiwan), atmosfera ( gas-gas di   udara), hidrosfera ( badan-badan air ), litosfera ( lapisan per

5R

Apa itu 5r Ramai yang tidak mengetahui apa itu 5r. Adakah rakyat di Malaysia tahu   betapa pentingnya 5r itu untuk menyelamatkan alam sekitar. 5R adalah singkatan kepada ‘rethink’ (fikir semula), ‘repair’ (baik pulih), ‘reuse’ (guna semula), ‘recycle’ (kitar semula) dan ‘reduce’ (kurangkan). Tahap kesedaran rakyat Malaysia perlu dipertingkatkan bagi membolehkan rakyat Malaysia membantu dalam mengurangkan pembuangan sisa pepejal yang semakin bertambah sejajar dengan pertumbuhan penduduk di negara ini. Oleh itu rakyat Malaysia disarankan agar dapat mengamalkan sikap 5R ini bagi membantu mengurangkan penggunaan sumber asli secara lebih berkesan. Penerapan konsep 5R dalam mempromosikan amalan gaya hidup lestari memberi cabaran yang amat besar sekiranya semua golongan dari pelbagai peringkat tidak digembling. Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan(KPKT) pada tahun 2007, lebih 15,000 tan sampah dihasilkan di Malaysia pada setiap hari dan ian