Langkau ke kandungan utama

KEPENTINGAN GEOGRAFI DALAM KURIKULUM

                   
Uploaded on SlideServe by MAZLAN | Upload your own presentation


1. GEOGRAFI KEPENTINGAN GEOGRAFI DALAM KURIKULUM

2. Kandungan Sukatan Pelajaran Geografi Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah merangkumi kemahiran geografi geografi fizikal dan manusia kajian geografi tempatan Yang membolehkan murid mengamalkan pengetahuan dan kemahiran geografi, nilai-nilai murni dan patriotisme dalam kehidupan harian.

3. Geografi ialah: Mata pelajaran teras di peringkat sekolah menengah rendah Mata pelajaran elektif di peringkat sekolah menengah atas. Tujuan: Memberikan murid pengetahuan mengenai fenomena alam dan organisasi ruangan berasaskan interaksi manusia dengan alam sekitar fizikal dan alam sekitar manusia.

4. Menyediakan murid menghadapi cabaran hidup ke arah mewujudkan kesejahteraan diri dan masyarakat. Mata pelajaran Geografi merupakan kesinambungan mata pelajaran Kajian Tempatan di sekolah rendah. Kandungan mata pelajaran Geografi adalah relevan dengan kehidupan manusia.

5. Geografi juga memupuk nilai-nilai hidup yang harmonis dan sejahtera serta memupuk nilai seperti: Amanah Bersyukur Kesederhanaan Bertanggungjawab Tidak mementingkan diri sendiri Mencintai alam sekitar

7. MATLAMAT Kurikulum Geografi membolehkan murid memahami fenomena geografi berfokus kepada negara Malaysia dan hubungannya dengan negara-negara lain supaya dapat melahirkan murid yang berilmu, bertanggungjawab, bersyukur dan mengenali serta mencintai negara Malaysia.

8. OBJEKTIF Kurikulum Geografi Sekolah Menengah membolehkan murid: Munghubungkaitkan aspek kedudukan, arah, skala dan jarak dalam organisasi ruangan. 2. Mengumpul, menyusun, menganalisis dan menyampaikan data geografi berbentuk kuantitatif dan kualitatif.

9. 3.Memberi pendapat secara kreatif dan kritis, mengenal pasti dan mengkaji masalah semasa daripada aspek geografi serta membuat keputusan dengan bertanggungjawab. 4.Menjelaskan fenomena alam dan saling kaitannya dengan manusia berasaskan taburan dan pola-pola yang wujud di negara Malaysia dan negara-negara lain.

10. 5. Mengenal pasti cara hidup dan budaya pelbagai komuniti di negara lain serta menghargai ciri-ciri persamaan dan kelainannya. 6. Memerihalkan keadaan saling memerlukan dalam sistem alam,kegiatan ekonomi, sosial dan politik antara satu negara dengan negara lain. 7. Menerangkan kesan kegiatan manusia ke atas alam sekitar serta pentingnya menguruskan alam dan sumber dengan bertanggungjawab dan bijaksana.

11. 8. Mengenali, menghargai dan berbangga terhadap ciri-ciri geografi negara Malaysia yang istimewa dan unik. 9. Menggabungjalin pelbagai fakta geografi dan dapat membuat kesimpulan yang rasional. 10. Mensyukuri dan mencintai alam, bersederhana dan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan dan peka terhadap perasaan serta keperluan orang lain

12. OBJEKTIF GEOGRAFI TINGKATAN 1 Kurikulum Geografi Tingkatan 1 membolehkan murid 1. Menentukan kedudukan berpandukan baris, lajur, arah, skala lurus dan jarak dari rumah ke sekolah. 2. Memperoleh kemahiran membaca, melukis dan mentafsir ciri-ciri geografi berasaskan jadual, graf bar mudah, graf garisan, pelan dan peta lakar.

14. 5. Menyatakan saling kaitan antara manusia dengan alam sekitar fizikal. 6. Menerangkan kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar fizikal dan pentingnya menghargai dan menguruskan sumber-sumber alam dengan bertanggungjawab dan bijaksana.

16. KANDUNGAN MATA PELAJARAN GEOGRAFI Bahagian A - Kemahiran Geografi Bahagian ini bertujuan membolehkan murid mengkaji dan menghubungkaitkan aspek kedudukan, arah, skala dan jarak dalam organisasi ruangan. Kemahiran Geografi merangkumi kemahiran membina jadual, melukis graf, carta, peta dan rajah serta membuat tafsiran.

17. Bahagian B - Geografi Fizikal dan Manusia Bahagian ini bertumpu kepada kajian mengenai hubung kaitan dan interaksi antara aspek fizikal dengan aspek manusia. Kajian dilakukan berasaskan lapan tema terdiri daripada: 1. Bentuk muka bumi dan potensinya. 2. Cuaca dan iklim serta pengaruhnya. 3. Tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar. 4. Dinamik penduduk. 5. Petempatan dan perkembangannya. 6. Pengangkutan dan perhubungan. 7. Sumber. 8. Kegiatan ekonomi.

19. Bahagian C - Kajian Geografi Tempatan Kajian ini dilaksanakan berasaskan lapan tema yang terdapat dalam Geografi Fizikal dan Manusia. Isu-isu semasa yang berkaitan dengan kelapan-lapan tema juga boleh dibuat kajian. Bahagian ini juga memberi penekanan kepada aplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan.

20. STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Pendekatan bersepadu Pemahaman konsep geografi dan organisasi ruangan berasaskan keadaan negara Malaysia hendaklah diberi penekanan dan tumpuan. Daya pemikiran murid perlu dipertingkat Penggunaan pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan murid secara aktif pemupukan nilai-nilai murni serta unsur-unsur patriotisme terhadap negara Malaysia.

21. Penguasaan pelbagai kemahiran belajar Penguasaan kemahiran sosial pengalaman murid dan pengalaman pembelajaran harus disusun atur dengan mengambil kira pelbagai kecerdasan murid Penguasaan kemahiran Kajian Masa Depan Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi

22. Aras Hasil Pembelajaran Aras 1 Aras yang asas dan perlu dikuasai oleh semua murid. Pada aras ini murid perlu menguasai beberapa konsep asas geografi. Ini dapat ditunjukkan melalui objektif perlakuan ternyata murid seperti mengenal pasti, menyenaraikan, menyatakan, menamakan dan memadankan.

23. Aras 2 Aras 2 pula adalah aras yang lebih tinggi daripada Aras 1 dalam urutan pengajaran dan pembelajaran. Pada aras ini murid boleh menguasai beberapa lagi perlakuan ternyata seperti menerangkan, menjelaskan, menghuraikan dan membandingkan.

24. Aras 3 Aras 3 pula adalah aras yang tertinggi dalam urutan pengajaran dan pembelajaran. Pada aras ini, murid mampu menguasai beberapa lagi perlakuan ternyata pada tahap yang lebih tinggi seperti merumus, membandingkan dan membezakan, menganalisis dan mencadangkan.

25. SEKIAN…

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PENGURUSAN SUMBER AIR

SISTEM HIDROLOGI:   TAJUK:  PENGURUSAN SUMBER AIR .   Konsep Pengurusan Sumber Air .         Mengikut Oridorn (1977) dalam bukunya “ Water Manegment ”, “…..Pengurusan sumber air melibatkan perancangan,analisis,penilaian,penggunaan,impak dan  ramalan terhadap sumber-sumber air secara sistematik, cekap optimun tanpa membazir untuk menjamin bekalan air kepada pengguna sentiasa bersih dan berterusan …”. Justeru sumber-sumber air yang ada di sesuatu kawasan mestilah diuruskan dan diselenggarakan dengan bijak bagi memenuhi keperluan manusia masa kini dan akan datang tanpa mengorbankan alam sekitar. Oleh sebab itu konsep pembangunan sumber air yang lestari amat dititikberatkan.   Kegunaan Sumber Air : Kajian Kes, Malaysia .                          KEGUNAAN           CONTOH 1.  Kegunaan Domestik;  kegunaan/keperluan harian penduduk seperti memasak,membasuh/mencuci,mandian dll. Bekalan air  dari pada JBA, air sungai,tasik,perigi dl

MODUL PENGAJARAN GEOGRAFI 1

MODUL PENGAJARAN GEOGRAFI 1 ( ALAM SEKITAR FIZIKAL) OLEH : MAZLAN BIN JUNAIDI BAB 1 : SISTEM BUMI 1.1            KONSEP SISTEM – satu set angkubah yang berstruktur   dan saling berinteraksi antara satu sama lain untuk mencapai keseimbangan. 1.2           Terdiri daripada 3 sistem ; i)                terpencil – mempunyai sempadan yang   nyata dan tidak membenarkan kemasukan bahan dan tenaga. ii)              Tertutup – mempunyai sempadan yang membenarkan kemasukan tenaga sahaja tetapi menghalang kemasukan bahan. iii)           Terbuka – tidak mempunyai sempadan yang nyata dan membenarkan kemasukan tenaga dan bahan melalui sempadannya. 1.3           Bumi sebagai satu sistem – merupakan sistem tertutup yang membenarkan kemasukan tenaga daripada matahari tetapi tidak membenarkan kemasukan bahan. 1.3.1      Terdiri daripada komponen biosfera ( tumbuhan dan haiwan), atmosfera ( gas-gas di   udara), hidrosfera ( badan-badan air ), litosfera ( lapisan per

5R

Apa itu 5r Ramai yang tidak mengetahui apa itu 5r. Adakah rakyat di Malaysia tahu   betapa pentingnya 5r itu untuk menyelamatkan alam sekitar. 5R adalah singkatan kepada ‘rethink’ (fikir semula), ‘repair’ (baik pulih), ‘reuse’ (guna semula), ‘recycle’ (kitar semula) dan ‘reduce’ (kurangkan). Tahap kesedaran rakyat Malaysia perlu dipertingkatkan bagi membolehkan rakyat Malaysia membantu dalam mengurangkan pembuangan sisa pepejal yang semakin bertambah sejajar dengan pertumbuhan penduduk di negara ini. Oleh itu rakyat Malaysia disarankan agar dapat mengamalkan sikap 5R ini bagi membantu mengurangkan penggunaan sumber asli secara lebih berkesan. Penerapan konsep 5R dalam mempromosikan amalan gaya hidup lestari memberi cabaran yang amat besar sekiranya semua golongan dari pelbagai peringkat tidak digembling. Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan(KPKT) pada tahun 2007, lebih 15,000 tan sampah dihasilkan di Malaysia pada setiap hari dan ian