Langkau ke kandungan utama

Fenomena cuaca & iklim akibat aktiviti manusia


n  Kesan rumah hijau
n  Hujan asid
n  Banjir
n  Pulau haba

Kesan Rumah Hijau

Kesan rumah hijau merupakan satu fenomena yang berlaku kerana pencemaran udara berlaku kerana pemerangkapan haba oleh gas-gas rumah hijau. Antara beberapa jenis gas rumah hijau yang biasa didapati ialah karbon dioksida, sulfurdioksidadanoksidanitrogen.

Sejarah kesan rumah hijau bermula pada zaman Revolusi Perindustrian. Pada zaman inilah manusia mula menggunakan bahan api fosil secara meluas menyebabkan kandungan karbon dioksida bertambah. Gas-gas ini akan bertindak seperti selimut yang membenarkan haba masuk kemudian akan memerangkap haba ini dan haba yang terperangkap inilah yang akan meningkatkan suhu pada permukaan bumi.

Menurut fakta, beberapa kejadian akibat daripada peningkatan kesan rumah hijau telah dicatatkan seperti berikut:

a. Kenaikan Paras Laut

Misalnya kenaikan paras laut di Artik dan Antartika yang disebabkan oleh pencairan ketulan-ketulan ais menyebabkan kejadian banjir di kawasan pesisiran pantai seperti yang berlaku di bandar-bandar persisiran Bangladesh. Pelimpahan masuk air laut ke kawasan pertanian dan meninggikan saliniti (kemasinan) tanah. Ini menjadikannya kurang sesuai untuk pertanian.

b. Perubahan Iklim

Perubahan arah angin dan arus menyebabkan bencana alam seperti ribut dan taufan. Kejadian iklim ekstrem telah mengakibatkan kemarau dan banjir berlaku dengan tidak diduga seperti di Afrika. Ini mengurangkan penghasilan hutan dan pertanian selain itu, perubahan taburan hujan dan sumber air yang menyukarkan kebolehdapatan air tawar telah membawa masalah kepada pertanian dan penghutanan.

c. Kesihatan Manusia Terganggu

Perubahan suhu boleh menyebabkan ´heatwave´ di beberapa tempat dan penduduk kawasan terutamanya penduduk tua boleh mengalami ´heatstroke´. Kekurangan air tawar dan kejadian banjir boleh menyebabkan air yang digunakan tercemar dan seterusnya mengakibatkan penyakit seperti cirit-birit.

d. Kegiatan Harian Manusia dan Penempatan Manusia Terganggu

Pemindahan zon-zon iklim dan gerakan air laut serta kejadian banjir boleh menjejaskan kegiatan menangkap ikan dan haiwan akuatik lain. Bencana alam seperti ribut dan kemarau juga mengakibatkan gangguan bekalan elektrik.

Penduduk yang tinggal di kawasan tanah di pinggir laut kadangkala perlu ditempatkan di kawasan lain kerana banjir.
Begitu tenatnya dunia kita sekarang yang tak pernah henti-henti di terokai oleh manusia kini.

Walaupun begitu, perkara penerokaan ini sememangnya amat penting buat kita dalam memajukan kehidupan tetapi pendekatan manusia dalam meneroka isi bumi ini amat bersalahan hingga memudaratkan bumi yang seolah-olah makin tidak selamat untuk manusia.

Fakta di atas tadi adalah kesan yang benar-benar telah terjadi akibat kesan rumah hijau dan telah menimbulkan banyak masalah kepada manusia di seluruh dunia setakat ini.

Mungkin pada masa hadapan kesan yang lebih hebat akan diterima oleh manusia dan jangan hairan jika suatu hari nanti kedahsyatan yang dipaparkan oleh TDAT akan menjadi realiti terus berada di hadapan anda. Pada masa itu, di manakah anda berada?

Hujan Asid

Air hujan secara semulajadi adalah berasid. Ini disebabkan air hujan yang turun akan bergabung dengan karbon dioksida dan gas-gas berasid yang terdapat di atmosfera. Bagaimanapun, disebabkan pada masa kini, penggunaan tenaga elektrik dan kereta telah menyebabkan bahan api fossil di bakar dalam jumlah yang banyak. Pembakaran bahan api fossil seperti minyak dan arang batu oleh logi tenaga dan dari ekzos kenderaan membebaskan berjuta-juta ton sulfur dioksida dan nitrogen oksida ke udara. Bahan pencemar ini disebarkan oleh angina dan akan bergabung dengan titisan air yang turun sebagai air hujan lalu membentuk asid sulfurik dan asid nitrik.

Hujan asid yang turun ke bumi akan terkumpul menjadi pemendapan berasid. Ini berlaku apabila asid terkumpul dan menjadi semakin pekat. Asid yang terlalu pekat boleh menyebabkan tumbuh-tumbuhan dan hidupan di dalam tasik mati, bangunan dan batu menjadi lemah dan rapuh, warna bangunan, kereta dan lain-lain menjadi pudar, mudah rosak, dan cepat berkarat. Selain itu, hujan asid juga merosakkan kesihatan manusia terutama mereka yang masih muda, golongan tua, dan mereka yang berpenyakit seperti mengidap ashma.

Banjir

Di Malaysia, risiko dan terdedahnya manusia kepada bahaya banjir, terutamanya banjir kilat, khasnya di kawasan bandar-bandar besar yang mempunyai taburan penduduk yang padat serta kadar binaan yang tinggi, telah meningkat dengan signifikannya dalam tahun-tahun kebelakangan ini. Hal ini terbukti oleh kejadian-kejadian banjir kilat yang serius di sekitar bandar utama negara seperti Kuala Lumpur, Georgetown, Ipoh, Kota Bharu dan lain-lain (Chan, 1996a).
Biasanya, sebab utama banjir ialah aliran permukaan pesat akibat perubahan guna tanah (dari permukaan telapair seperti hutan kepada permukaan tidak telapair seperti konkrit, simen dan asphalt), alur-alur sungai dan longkang yang tersekat, berkurangnya keupayaan sungai melalui pemendapan kelodak dan kejadian hujan ribut seperti hujan ribut perolakan yang lebat.
‘Bahaya banjir’ merupakan satu fenomena atau kejadian yang mewujudkan ancaman atau bahaya kepada manusia. Banjir bukannya ‘bahaya’ dalam semua konteks pada semua masa. Misalnya, banjir yang berlaku di kawasan bakau dan paya yang tidak didiami orang bukannya suatu bahaya. Sebaliknya, ia mungkin dikelaskan sebagai suatu ‘sumber’ alam kerana banjir itu dapat menjadikan tanah di sekitarnya lebih subur dengan membawa masuk zat-zat dari tempat lain.
Banjir hanya menjadi bahaya apabila melibatkan masyarakat manusia, khususnya kejadian banjir yang berlaku di kawasan berpenduduk padat yang berpotensi mengakibatkan kehilangan nyawa dan kemusnahan harta benda. Oleh itu bahaya banjir ialah potensi ancamannya.
Bahaya banjir boleh berubah menjadi buruk sehingga dianggap ‘bencana banjir’, apabila kesannya mengakibatkan kemusnahan besar dan/atau kehilangan nyawa manusia yang signifikan. Dalam sesuatu bencana banjir, hampir seluruh masyarakat manusia menjadi mangsa. Sistem-sistem sokongan dalam masyarakat tersebut menjadi terjejas dan mekanisme penyesuaiannya juga musnah. Lazimnya, kehilangan nyawa adalah tinggi.
Malaysia mengalami rejim iklim khatulistiwa yang panas dan lembap sepanjang tahun. Ciri utama iklimnya ialah jumlah hujan tahunan lebat di antara 1,500 mm hingga melebihi 3,500 mm. Yang lebih penting ialah kejadian tempoh-tempoh hujan lebat berterusan, biasanya selama beberapa hari dengan intensiti hujannya adalah lebat. Misalnya, jumlah hujan sebanyak 610 mm dalam masa 24 jam merupakan suatu kelaziman.
Pada umumnya, kejadian hujan ribut perolakan semasa musim-musim peralihan monsun pada bulan-bulan April dan Oktober adalah serentak dengan kejadian banjir kilat. Namun begitu, banjir kilat juga sering berlaku di pantai timur semasa musim monsun timur laut. Di pantai barat semenanjung, kejadian banjir kilat juga berlaku pada musim monsun barat daya di negeri-negeri utara semenanjung seperti Kedah dan Perlis.
Semasa musim monsun barat daya, angin barat selatan yang diikuti kejadian ‘badai selari’ (line squalls) yang dikenali sebagai ‘Angin Sumatra’ juga membawa hujan lebat di pantai barat semenanjung, khasnya di Pulau Pinang dan sepanjang pantai Kedah dan Perlis. Pada masa itu, banjir kilat sering berlaku.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PENGURUSAN SUMBER AIR

SISTEM HIDROLOGI:   TAJUK:  PENGURUSAN SUMBER AIR .   Konsep Pengurusan Sumber Air .         Mengikut Oridorn (1977) dalam bukunya “ Water Manegment ”, “…..Pengurusan sumber air melibatkan perancangan,analisis,penilaian,penggunaan,impak dan  ramalan terhadap sumber-sumber air secara sistematik, cekap optimun tanpa membazir untuk menjamin bekalan air kepada pengguna sentiasa bersih dan berterusan …”. Justeru sumber-sumber air yang ada di sesuatu kawasan mestilah diuruskan dan diselenggarakan dengan bijak bagi memenuhi keperluan manusia masa kini dan akan datang tanpa mengorbankan alam sekitar. Oleh sebab itu konsep pembangunan sumber air yang lestari amat dititikberatkan.   Kegunaan Sumber Air : Kajian Kes, Malaysia .                          KEGUNAAN           CONTOH 1.  Kegunaan Domestik;  kegunaan/keperluan harian penduduk seperti memasak,membasuh/mencuci,mandian dll. Bekalan air  dari pada JBA, air sungai,tasik,perigi dl

MODUL PENGAJARAN GEOGRAFI 1

MODUL PENGAJARAN GEOGRAFI 1 ( ALAM SEKITAR FIZIKAL) OLEH : MAZLAN BIN JUNAIDI BAB 1 : SISTEM BUMI 1.1            KONSEP SISTEM – satu set angkubah yang berstruktur   dan saling berinteraksi antara satu sama lain untuk mencapai keseimbangan. 1.2           Terdiri daripada 3 sistem ; i)                terpencil – mempunyai sempadan yang   nyata dan tidak membenarkan kemasukan bahan dan tenaga. ii)              Tertutup – mempunyai sempadan yang membenarkan kemasukan tenaga sahaja tetapi menghalang kemasukan bahan. iii)           Terbuka – tidak mempunyai sempadan yang nyata dan membenarkan kemasukan tenaga dan bahan melalui sempadannya. 1.3           Bumi sebagai satu sistem – merupakan sistem tertutup yang membenarkan kemasukan tenaga daripada matahari tetapi tidak membenarkan kemasukan bahan. 1.3.1      Terdiri daripada komponen biosfera ( tumbuhan dan haiwan), atmosfera ( gas-gas di   udara), hidrosfera ( badan-badan air ), litosfera ( lapisan per

5R

Apa itu 5r Ramai yang tidak mengetahui apa itu 5r. Adakah rakyat di Malaysia tahu   betapa pentingnya 5r itu untuk menyelamatkan alam sekitar. 5R adalah singkatan kepada ‘rethink’ (fikir semula), ‘repair’ (baik pulih), ‘reuse’ (guna semula), ‘recycle’ (kitar semula) dan ‘reduce’ (kurangkan). Tahap kesedaran rakyat Malaysia perlu dipertingkatkan bagi membolehkan rakyat Malaysia membantu dalam mengurangkan pembuangan sisa pepejal yang semakin bertambah sejajar dengan pertumbuhan penduduk di negara ini. Oleh itu rakyat Malaysia disarankan agar dapat mengamalkan sikap 5R ini bagi membantu mengurangkan penggunaan sumber asli secara lebih berkesan. Penerapan konsep 5R dalam mempromosikan amalan gaya hidup lestari memberi cabaran yang amat besar sekiranya semua golongan dari pelbagai peringkat tidak digembling. Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan(KPKT) pada tahun 2007, lebih 15,000 tan sampah dihasilkan di Malaysia pada setiap hari dan ian