Langkau ke kandungan utama

Dasar Perhutanan Negara

Perlaksanaan Dasar
Ketua Pengarah Perhutanan adalah bertanggungjawab kepada Kerajaan Persekutuan atas pengurusan Hutan Simpanan Kekal Negara yang cekap dan teratur yang disempurnakan dengan cara memberi nasihat dan bantuan teknikal serta kemudahan latihan kepada Kerajaan Negeri melalui Pengarah Perhutanan Negeri masing-masing. Demi masyarakat dan negara, Kerajaan Negeri bolehlah menerima nasihat profesionl dan teknikal yang dikemukakan oleh Ketua Pengarah Perhutanan untuk pelaksanaan Dasar Perhutanan Negara.
Pengisytiharan Hutan Simpan Kekal
Hutan Simpanan Kekal yang mencukupi perlu ditentukan dan hakmiliknya terjamin. Kawasan yang dikenalpasti tersebut mestilah diwartakan sebagai Hutan Simpanan Kekal dan tidak boleh dikeluarkan kecuali di dalam sesuatu keadaan yang tersangat istimewa. Semua kawasan yang telah dikeluarkan hendaklah digantikan sepertimana yang tercatat dalam Akta Perhutanan Negara, 1984.
Bilamana boleh, langkah-langkah perlu diambil untuk menambah kawasan Hutan Simpanan Kekal dengan mengambilkira kawasan lain seperti tanah terbiar, tanah kerajaan, tanah bercerun dan tanah-tanah lain yang tidak subur.
Perundangan Hutan
Akta Perhutanan Negara, 1984 hendaklah dilaksanakan dengan cekap dan bijaksana untuk memastikan pemeliharaan dan pengurusan sumber-sumber hutan secara berkekalan.
Pengurusan Hutan Secara Berkekalan
Hutan Simpanan Kekal akan diurus berdasarkan kepada prinsip pengurusan hasil secara berkekalan untuk memaksimumkan faedah sosial, ekonomi dan alam sekitar. Pengawasan yang rapi terhadap kawasan hutan haruslah dijalankan secara sistematik dan berterusan.
Hutan Simpanan Kekal hendaklah diusahasil berdasarkan kepada keupayaan semulajadi hutan, penggunaannya yang optimum dan penggunaan tanah hutan yang komprehensif.
Bagi tujuan pengusahasilan sumber-sumber hutan secara berkekalan, pengeluaran kayu balak akan dikawal berdasarkan kepada keseimbangan antara permintaan dengan pengeluaran serta penggunaan maksimum. Regim pengurusan hutan yang terbaik akan diamalkan ke atas Hutan Berhasil yang dugubal berdasarkan maklumat yang diperolehi melalui pengurusan hutan dan kajian operasi yang bersepadu dan sistematik.
Untuk memastikan amalan pengurusan secara berkekalan, Hutan Berhasil akan diusahasil secara komprehensif melalui tebangan memilih dan meninggalkan stok dirian yang mencukupi untuk pusingan tebangan seterusnya. Semua rancangan pengurusan hutan bagi hutan darat dan hutan paya laut hendaklah sentiasa diselia dan dikemaskinikan bersesuaian dengan prinsip pengurusan secara berkekalan. Pada masa yang sama, rancangan pemeliharaan dan pemuliharaan ke atas hutan yang telah diusahasil hendaklah dilaksanakan dan diselia.
Pemeliharaan dan Pemuliharaan Hutan
Satu program pembangunan hutan secara teratur melalui operasi pemeliharaan dan pemuliharaan hutan berasaskan amalan silvikultur yang sesuai hendaklah dijalankan bagi mencapai produktiviti yang maksimum daripada Hutan Simpanan Kekal.
Pelaburan dalam program pembangunan hutan hendaklah dipertimbangkan selaras dengan kemajuan pembangunan hutan
Hutan yang telah dipulih tidak boleh diusahasilkan sebelum ianya mencapai peringkat kematangan.
Pengusahasilan Hutan
Pengusahasilan hutan dan pembangunan infrastruktur yang berkaitan di dalam Hutan Simpanan Kekal dan lain-lain kawasan hutan akan diselaras dan dikawal berasaskan kepada rancangan pengurusan hutan dan/atau rancangan pengusahasilan hutan yang telah ditentukan bagi mengekalkan paras pengeluaran kayu balak yang berpatutan, mengurangkan kerosakan terhadap dirian tinggal, anak benih serta mengawal kualiti alam sekitar dan keseimbangan ekologi.
Pengusahasilan hutan yang cekap adalah digalakkan untuk semua jenis keluaran bagi faedah pembangunan negara.
Operasi pengusahasilan akan ditingkatkan untuk memperolehi keberkesanan kos, meningkatkan ciri-ciri keselamatan dan mengurangkan kerosakan kepada alam sekitar.
Keluaran dan Industri Hutan
Penubuhan industri pemprosesan hutan hendaklah berdasarkan kepada keadaan bekalan bahan mentah daripada Hutan Simpanan Kekal dan sumber-sumber lain.
Menggalakkan peningkatan kecekapan pemprosesan keluaran hutan melalui permodenan dan bersepadu untuk memaksimumkan penggunaan sumber.
Menggalakkan penggunaan yang sepenuhnya untuk kayu-kayu jenis kurang terkemuka, balak bermutu rendah, dan semua bentuk sisa dari hutan dan kilang secara lebih meluas untuk keluaran yang bernilai tambah.
Menggalakkan pemprosesan hiliran melalui penubuhan kompleks pemprosesan bersepadu untuk mengambil peluang daripada kemudahan asas, perpindahan teknologi, hubungan antara industri bagi pengwujudan asas pengeluaran bersepadu untuk tujuan perkembangan dan pengeksportan.
Memastikan bekalan mentah yang mencukupi dan terjamin untuk industri berasaskan kayu-kayan tempatan serta kemajuan industri ini berterusan.
Perkhidmatan pengembangan industri hutan akan ditingkatkan untuk membantu pengusaha mencapai kecekapan dan produktiviti yang lebih tinggi, mengurangkan pencemaran alam sekitar dan meninggikan taraf keselamatan dalam industri pemprosesan sumber hutan.
Penyertaan Bumiputra
Penyertaan bumiputra dalam lapangan perusahaan berasaskan kayu hendaklah diberi keutamaan sejajar dengan Dasar Pembangunan Nasional kerajaan khususnya mengenai penempatan semula masyarakat. Untuk mencapai dasar tersebut, usaha memberi bantuan seperti kemudahan nasihat, kewangan dan bantuan teknik serta latihan kakitangan di semua peringkat perusahaan hendaklah ditawar dan dilaksanakan sepenuhnya.
Ladang Hutan
Ladang hutan yang mencukupi akan ditubuhkan di seluruh negara untuk menampung bekalan kayu.
Ladang hutan dari spesis-spesis cepat tumbesaran dan ladang hutan dari spesis-spesis bermutu tinggi akan digalakkan ditubuh di tapak-tapak yang sesuai.
Pihak swasta akan digalak untuk melabur di dalam penubuhan dan pembangunan ladang hutan.
Hutan Tani
Menggalakkan penglibatan masyarakat yang tinggal di pinggiran hutan dalam penanaman pokok buah-buahan hutan untuk pemeliharaan dan pengekalan sumber hutan.
Untuk mengekalkan penglibatan mereka dalam program hutan tani dan memberi keutamaan dalam mengutip hasil di musim buah kepada mereka.
Keluaran Hutan Bukan Kayu
Tanaman rotan akan digalakkan di samping menguruskan sumber rotan yang sedia ada secara saintifik dan berkekalan.
Tanaman buluh akan digalakkan di samping menguruskan sumber buluh yang sedia ada secara saintifik dan berkekalan.
Penyelidikan Perhutanan
Sektor awam dan swasta adalah digalakkan untuk meningkatkan penyelidikan perhutanan bagi mencapai kestabilan alam sekitar, pengurusan sumber hutan secara berkekalan dan hasil yang maksimum.
Pembangunan Tenaga Manusia dan Latihan
Tenaga manusia yang mahir dan mencukupi perlu dibekalkan untuk melaksanakan semua aktiviti perhutanan.
Usaha perlu diambil untuk mengadakan kemudahan latihan yang lebih lengkap bagi meningkatkan kemahiran tenaga manusia di semua peringkat operasi perhutanan dan industri hutan.
Satu program latihan yang komprehensif dalam pelbagai bidang perhutanan dan industri hutan akan terus dilaksanakan untuk menampung keperluan sektor awam dan swasta.
Pendidikan dan Pengembangan Perhutanan
Meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai perhutanan melalui:
·   pelbagai program media massa;
·   mendidik masyarakat untuk menghayati fungsi-fungsi hutan; dan
·   memperkenalkan sains perhutanan di dalam kurikulum sekolah.
Pemeliharaan Kepelbagaian Hayat
Pengurusan hutan negara hendaklah mengambilkira keperluan pemeliharaan flora dan fauna.
Perhutanan Masyarakat, Rekreasi dan Pelancongan.
Mempertingkatkan program perhutanan masyarakat untuk memenuhi keperluan awam dalam rekreasi dan pelancongan.
Mempergiatkan aktiviti penanaman pokok buah-buahan dan lain-lain spesis di tepi Hutan Simpanan Kekal. Sementara itu, aktiviti penanaman pokok di kawasan bandar digalakkan untuk penghijauan, teduhan, membekalkan udara bersih dan nilai estetik.
Nilai Khusus Saintifik
Mewujudkan kawasan hutan yang khusus bagi tujuan pendidikan, perlindungan dan kajian-kajian saintifik.
Kerjasama Antarabangsa
Menjalin hubungan antarabangsa yang lebih erat untuk meningkatkan persefahaman dalam pengurusan dan pembangunan hutan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PENGURUSAN SUMBER AIR

SISTEM HIDROLOGI:   TAJUK:  PENGURUSAN SUMBER AIR .   Konsep Pengurusan Sumber Air .         Mengikut Oridorn (1977) dalam bukunya “ Water Manegment ”, “…..Pengurusan sumber air melibatkan perancangan,analisis,penilaian,penggunaan,impak dan  ramalan terhadap sumber-sumber air secara sistematik, cekap optimun tanpa membazir untuk menjamin bekalan air kepada pengguna sentiasa bersih dan berterusan …”. Justeru sumber-sumber air yang ada di sesuatu kawasan mestilah diuruskan dan diselenggarakan dengan bijak bagi memenuhi keperluan manusia masa kini dan akan datang tanpa mengorbankan alam sekitar. Oleh sebab itu konsep pembangunan sumber air yang lestari amat dititikberatkan.   Kegunaan Sumber Air : Kajian Kes, Malaysia .                          KEGUNAAN           CONTOH 1.  Kegunaan Domestik;  kegunaan/keperluan harian penduduk seperti memasak,membasuh/mencuci,mandian dll. Bekalan air  dari pada JBA, air sungai,tasik,perigi dl

MODUL PENGAJARAN GEOGRAFI 1

MODUL PENGAJARAN GEOGRAFI 1 ( ALAM SEKITAR FIZIKAL) OLEH : MAZLAN BIN JUNAIDI BAB 1 : SISTEM BUMI 1.1            KONSEP SISTEM – satu set angkubah yang berstruktur   dan saling berinteraksi antara satu sama lain untuk mencapai keseimbangan. 1.2           Terdiri daripada 3 sistem ; i)                terpencil – mempunyai sempadan yang   nyata dan tidak membenarkan kemasukan bahan dan tenaga. ii)              Tertutup – mempunyai sempadan yang membenarkan kemasukan tenaga sahaja tetapi menghalang kemasukan bahan. iii)           Terbuka – tidak mempunyai sempadan yang nyata dan membenarkan kemasukan tenaga dan bahan melalui sempadannya. 1.3           Bumi sebagai satu sistem – merupakan sistem tertutup yang membenarkan kemasukan tenaga daripada matahari tetapi tidak membenarkan kemasukan bahan. 1.3.1      Terdiri daripada komponen biosfera ( tumbuhan dan haiwan), atmosfera ( gas-gas di   udara), hidrosfera ( badan-badan air ), litosfera ( lapisan per

5R

Apa itu 5r Ramai yang tidak mengetahui apa itu 5r. Adakah rakyat di Malaysia tahu   betapa pentingnya 5r itu untuk menyelamatkan alam sekitar. 5R adalah singkatan kepada ‘rethink’ (fikir semula), ‘repair’ (baik pulih), ‘reuse’ (guna semula), ‘recycle’ (kitar semula) dan ‘reduce’ (kurangkan). Tahap kesedaran rakyat Malaysia perlu dipertingkatkan bagi membolehkan rakyat Malaysia membantu dalam mengurangkan pembuangan sisa pepejal yang semakin bertambah sejajar dengan pertumbuhan penduduk di negara ini. Oleh itu rakyat Malaysia disarankan agar dapat mengamalkan sikap 5R ini bagi membantu mengurangkan penggunaan sumber asli secara lebih berkesan. Penerapan konsep 5R dalam mempromosikan amalan gaya hidup lestari memberi cabaran yang amat besar sekiranya semua golongan dari pelbagai peringkat tidak digembling. Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan(KPKT) pada tahun 2007, lebih 15,000 tan sampah dihasilkan di Malaysia pada setiap hari dan ian