Langkau ke kandungan utama

Akta Perhutanan Negara


2.1     Penerimapakaian Akta
2.1.1     Akta ini telah diwartakan pada 31 Disember 1984 dan kemudiannya disusuli dengan penerimapakaian oleh semua negeri di Semenanjung Malaysia melalui Enakmen (Pemakaian) mengikut negeri masing-masing. Tarikh-tarikh terimapakai Akta tersebut mengikut negeri adalah seperti yang ditunjukkan dalam jadual di Lampiran I. Sebagai penjelasan, perbezaan antara Akta dengan Enakmen adalah seperti berikut
i.     Akta
Akta ialah undang-undang yang digubal dan diluluskan oleh Parlimen.
ii.     Enakmen
Enakmen pula bererti undang-undang yang digubal dan diluluskan oleh Badan Perundangan Negeri.
2.1.2     Seperti yang dinyatakan di para 2.1, soal perhutanan adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri. Dengan itu APN 1984 yang diluluskan oleh Parlimen tidak berkuatkuasa kecuali diterimapakai di Negeri yang herkenaan.
2.1.3     Dengan yang demikian, Enakmen Perhutanan Negara (Pemakaian) 1985 yang diluluskan oleh negeri-negeri adalah semata-mata untuk menerimapakai atau pun menggunakan APN 1984 di negeri masing-masing.
2.2     Status Tanah
Status tanah mengikut undang-undang perhutanan dan Kanun Tanah Negara adalah seperti berikut:
i.     Hutan Simpanan Kekal
Ertinya mana-mana tanah yang dijadikan Hutan Simpanan Kekal (HSK) menurut Seksyen 2 Akta ini. Kawasan tersebut ditadbir sepenuhnya oleh Jabatan Perhutanan Negeri.
ii.     Tanah Kerajaan
Semua tanah termasuk dasar sungai, tepi pantai serta dasar laut, selain tanah berimilik, tanah rizab, tanah lombong dan tanah HSK (tafsiran mengikut Seksyen 5 Kanun Tanah Negara).
iii.     Tanah Rizab
Tanah yang dirizabkan untuk maksud awam seperti rizab sungai, rizab keretapi, rizab jalan, rizab Orang Asli, rizab tentera dan sebagainya (mengikut Seksyen 5 Kanun Tanah Negara).
iv     Tanah Lombong
Mana-mana tanah yang telah diberikan pajakan lombong atau sijil lombong (mengikut Seksyen 5 Kanun Tanah Negara).
>v.     Tanah Berimilik
Mana-mana tanah yang mempunyai hakmilik yang didaftarkan, sama ada hakmilik kekal atau sementara, sama ada untuk selama-lamanya atau untuk satu tempoh yang terhad (mengikut Seksyen 5 Kanun Tanah Negara).
2.3 Tafsiran Hasil Hutan
Menurut Seksyen 2 APN, "hasil hutan" ditafsirkan mengikut status tanah dan jenis hasil. Ini boleh diringkaskan seperti di Jadual 1.
Jadual 1: Ringkasan Tafsiran Hasil Hutan Mengikut Akta Perhutanan Negara 1984
HASIL HUTAN

HUTAN SIMPANAN KEKAL

TANAH KERAJAAN

TANAH BERMILIK TANAH LOMBONG TANAH RIZAB/TOL

A. 
* Guano 
* Gambut 
* Batu Batan 
* Pasir laut 
* Pasir sungai 
* Kerang laut 
* Pasir kerang 
* Tanah permukaan 
B. 
* Pokok dan semua bahagian atau hasil pokok yang tidak disebut selepas daripada ini 
* Tumbuh-tumbuhan termasuk pepanjat, tumbuhan menjalar & rumput dan semua bahagian atau hasil tumbuh-tunBuhan sedemikian 
* Sutera, kokun, madu, lilin dan sarang burung boleh dimakan 
C. 
* Kayu 
* Kayu api 
* Arang 
* Getah daun taban 
* Minyak kayu 
* Kulit kayu 
* Ekstrak kulit 
* Damar dan atap
 
A. 
* Pokok dan semua bahagian atau hasil pokok yang tidak disebut selepas daripada ini 
* Tumbuh-tumbuhan termasuk pepanjat, tumbuhan menjalar & rumput dan semua bahagian atau hasil| tumbuh-tumbuhan sedemikian 
* Sutera, kokun,madu, lilin dan sarang burung boleh ri; ms k*:3 n 
B. 
* Kayu 
* Kayu api 
* Getah & daun taban 
* Minyak kayu 
* Kulit kayu 
* Ekstrak kayu 
* Damar dan atap 
 
 
 

* Kayu 
* Kayu api 
* Arang 
* Getah daun taban 
* Minyak kayu 
* Kulit kayu 
* Ekstrak kulit 
* Damar dan atap 
 
 
2.4     Kuasa-Kuasa Di Bawah Akta Perhutanan Negara 1984
Di dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab mentadbir, mengurus dan membangunkan sumber hutan, beberapa bidang kuasa telah diperuntukkan sama ada kepada Pihak Berkuasa Negeri, Pengarah Perhutanan Negeri, Pegawai Perhutanan ataupun lain-lain pegawai/agensi lain yang tidak berkaitan dengan bidang perhutanan. Di bawah ini diterangkan secara ringkas mengenai peruntukan kuasa-kuasa di bawah APN 1984. Kuasa-kuasa tersebut adalah seperti berikut :
i.     Kuasa-Kuasa Pihak Berkuasa Negeri
Pihak Berkuasa Negeri (biasanya melalui Jawatankuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri mengenai Hasil Bumi) adalah kuasa yang tertinggi di dalam sesuatu Negeri dan antara kuasa-kuasa Pihak Berkuasa Negeri yang diperuntukkan di bawah Akta ini ialah :
a.     Melantik Pegawai-Pegawai
Di bawah Seksyen 3, APN 1984, Pihak Berkuasa Negeri boleh melantik seorang Pengarah Perhutanan Negeri dan beberapa orang Timbalan Pengarah Perhutanan Negeri, Penolong Pengarah Perhutanan Negeri, Pegawai Hutan Daerah, Penolong Pegawai Hutan Daerah dan pegawai-pegawai lain sebagaimana perlu dengan diwartakan di dalam Warta Kerajaan.
b.     Mewakilkan Kuasa
Pihak Berkuasa Negeri boleh mewakilkan kuasa kepada Menteri Besar dan Pengarah Perhutanan Negeri untuk menjalankan apa-apa kuasa tertentu di dalam mentadbir, mengurus dan membangunkan sumber hutan negeri berkenaan.
c.     Kuasa Membuat Kaedah-Kaedah
Pihak Berkuasa Negeri boleh membuat Kaedah-kaedah seperti penetapan kadar royalti, bayaran lesen dan lain-lain peraturan bagi tujuan memperkemaskan perjalanan APN bagi negeri tertentu.
d.     Pengisytiharan Dan Pemansuhan Hutan Simpanan Kekal
Pihak Berkuasa Negeri boleh mengisytiharkan mana-mana tanah sebagai HSK, serta memansuhkan dan mengeluarkan mana-mana tanah daripada menjadi HSK.
e.     Meluluskan Lesen Dan Permit
Pihak Berkuasa Negeri berkuasa meluluskan kebenaran mengambil hasil hutan sama ada melalui Lesen, Lesen Kecil atau Lesen Pemindah (Seksyen 19, 28 dan 41) termasuk membenarkan menjalankan aktiviti-aktiviti di dalam HSK melalui Permit Penggunaan (Seksyen 33).
ii.     Kuasa-Kuasa Pengarah Perhutanan Negeri
Selain daripada kuasa-kuasa yang diperwakilkan oleh Pihak Berkuasa Negeri secara tertentu, Pengarah Perhutanan Negeri juga diperuntukkan kuasa di bawah APN. Antara kuasa-kuasa yang telah diperuntukkan ialah:
a.     mewakilkan kuasa secara bertulis kepada mana-mana pegawai hutan tidak rendah daripada Penolong Pegawai Hutan Daerah (Seksyen 5);
b.     kuasa mengarahkan pemohon membuat atau melaksanakan perkara-perkara yang dikehendaki atas tujuan pelesenan (Seksyen 20) dan boleh membatalkan lesen sekiranya gagal mematuhi arahan tersebut (Seksyen 24, 25, 26 dan 27);
c.     membaharui Lesen, Lesen Kecil, Lesen Pemindah dan Permit Penggunaan (Seksyen 22, 30 dan 43);
d.     melulus dan mengeluarkan Lesen Pemindah. Kuasa ini diperwakilkan kepada Pengarah di bawah Kaedah 4, Kaedah-Kaedah Hutan;
e.     kuasa untuk memberi kebenaran memasuki HSK dan penggunaan jalan hutan (Seksyen 47 dan 50);
f.     menentukan tempat pengukuran hasil hutan bagi hasil hutan yang dipindahkan dari kawasan lesen (Seksyen 66);
g.     kuasa mengkompaun kesalahan (Seksyen 101). Kompaun hanyalah dibenarkan bagi kesalahan kali pertama sahaia:
h.    kuasa mendakwa kesalahan (Seksyen 103); dan
i.     perakuan Pengarah mengenai nilai hasil hutan boleh diterima sebagai keterangan di Mahkamah (Seksyen 105).
 
iii.     Kuasa Pegawai Hutan
Di dalam menjalankan tugas penguatkuasaan Akta ini, pegawai hutan mempunyai kuasa-kuasa tertentu sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Akta di samping kuasa-kuasa yang diperwakilkan oleh Pengarah. Antara kuasa-kuasa pegawai hutan yang diperuntukkan di bawah Akta ini ialah:
a.     mengeluarkan perintah berhenti kerja (Seksyen 25). Kuasa ini hanyalah terhad kepada pegawai hutan yang berpangkat tidak rendah daripada Pegawai Hutan Daerah;
b.     membatalkan Notis Borang 2 (Seksyen 26). Kuasa ini juga terhad kepada pegawai hutan yang berpangkat tidak rendah daripada Pegawai Hutan Daerah;
c.     mengeluarkan perintah tunjuk sebab dan membatal atau menggantung lesen (Seksyen 27). Kuasa ini juga terhad kepada pegawai hutan yang berpangkat tidak rendah daripada Pegawai Hutan Daerah;
d.     kuasa mengeluarkan Pas Pemindah (Seksyen 70). Kuasa ini diberikan kepada mana-mana pegawai hutan yang diberi kuasa oleh Pihak Berkuasa Negeri;
e.     kuasa menangkap (Seksyen 88(1)), dan kuasa menyita hasil hutan yang menjadi perkara kesalahan (Seksyen 89). Kuasa ini diberikan kepada pegawai hutan yang berpangkat tidak rendah daripada Pengawas Hutan;
f.     kuasa menyiasat (Seksyen 88(3)). Kuasa ini diberikan kepada mana-mana pegawai hutan yang berpangkat tidak rendah daripada Penolong Pegawai Daerah;
g.     kuasa menggeledah dengan waran (Seksyen 90). Kuasa ini diberi kepada mana-mana pegawai hutan yang berpangkat tidak rendah daripada Penolong Pegawai Hutan Daerah;
h.     kuasa menggeledah tanpa waran (Seksyen 91). Kuasa ini diperuntukkan kepada pegawai hutan yang berpangkat tidak rendah daripada Pengawas Hutan;
i.     kuasa untuk memberhentikan dan menggeledah alat pengangkutan (Seksyen 92). Kuasa ini diperuntukkan kepada pegawai hutan yang berpangkat tidak rendah daripada Pengawas Hutan;
j.     kuasa melepaskan secara sementara barang yang disita (Seksyen 94(2)). Kuasa ini diperuntukkan kepada pegawai hutan yang berpangkat tidak rendah daripada Pegawai Hutan Daerah; dan
k.     kuasa memasuki dan memeriksa loji penukaran (Seksyen 96). Kuasa ini diperuntukkan kepada mana-mana pegawai hutan.
 
iv.     Kuasa Pegawai-Pegawai Lain
Di samping Pengarah dan Pegawai Hutan, Akta ini juga memperuntukkan kuasa-kuasa tertentu kepada pegawai-pegawai lain daripada agensi bukan perhutanan iaitu pihak Polis. Antara kuasa-kuasa yang diperuntukkan ialah:
a.     kuasa menangkap dan menyita (Seksyen 88(1));
b.     kuasa menyiasat (Seksyen 88(3)). Bagaimanapun, kuasa ini diperuntukkan kepada mana-mana pegawai Polis yang berpangkat tidak rendah dari Sarjan atau mana-mana pegawai yang menjaga balai Polis sahaja;
c.     kuasa menyita hasil hutan yang menjadi perkara kesalahan hutan (Seksyen 89);
d.     kuasa menggeledah dengan waran (Seksyen 90) atau tanpa waran (Seksyen 91); dan
e.     kuasa memberhentikan dan menggeledah alat pengangkutan (Seksyen 92).
2.5     Perbezaan Lesen Dan Permit
2.5.1     Lesen
Lesen adalah kebenaran yang diberi kepada seseorang yang melibatkan pengambilan atau pemindahan hasil hutan. Terdapat tiga (3) jenis lesen yang dikeluarkan. iaitu:
i.     Lesen
Kebenaran mengeluar dan mengambil hasil hutan dari HSK dan Tanah Kerajaan. Ia menggunakan Borang 1.
ii.     Lesen Recil
Kebenaran mengeluar dan mengambil hasil hutan kecil dan hasil hutan utama sebanyak tidak lebih daripada 70 meterpadu dari HSK dan Tanah Kerajaan. Ia menggunakan Borang 3.
iii.     Lesen Pemindah
Kebenaran memindahkan hasil hutan dari tanah berimilik, tanah lombong, tanah rizab dan tanah TOL. Ia menggunakan Borang 5. Kawasan-kawasan yang telah diberi pembebasan hutan juga boleh dikeluarkan Lesen Pemindah mengikut peraturan tertentu yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Negeri.
2.5.2     Permit
Permit ialah kebenaran yang diberi kepada seseorang untuk menduduki atau menjalankan apa-apa aktiviti di dalam HSK. Bagaimanapun, kebenaraan tersebut tidak membolehkan pemegang permit mengambil hasil hutan kecuali sampingan daripada aktiviti yang dibenarkan itu atau hasil tanaman yang dibenarkan. Terdapat tiga (3) jenis permit yang dikeluarkan, iaitu:
i.     Permit Penggunaan
Permit Penggunaan adalah seperti mana yang dijelaskan di atas dikeluarkan di bawah Seksyen 32(1) APN.
ii.     Permit Jalan
Permit Jalan ialah permit bagi membenarkan seseorang menggunakan jalan hutan di dalam HSK dan dikeluarkan di bawah Seksyen 50(1) APN.
iii.     Permit Bagi Memasuki HSK
Permit ini ialah bagi membenarkan seseorang memasuki ke dalam HSK dan dikeluarkan di bawah Seksyen 47(2) APN.
Akta Perhutanan Negara (Pindaan 1993)
3.1     Penerimapakaian Dan Penguatkuasaan
Pindaan kepada APN 1984 telah dibentangkan di Dewan Rakyat pada 4 Ogos 1993 dan di Dewan Negara pada 11 Ogos 1993 serta di luluskan sebagai APN (Pindaan) 1993 iaitu Akta A864. Akta Pindaan ini juga telah diterimapakai oleh kesemua Negeri di Semenanjung Malaysia melalui Enakmen masing-masing pada tarikh yang ditunjukkan di Lampiran I.
3.2.     Tujuan Pindaan
Secara khususnya pindaan-pindaan yang dibuat adalah bertujuan untuk:
i.     memperuntukkan penalti dan hukuman yang lebih tinggi berbanding dengan yang sedia ada serta mengetatkan prosedur bagi mengkompaun kesalahan;
ii.     memudahkan pembuktian kesalahan dalam perbicaraan di Mahkamah;
iii.     mewakilkan kuasa kepada Anggota Angkatan Tentera di bawah seksyen- seksyen tertentu untuk menguatkuasakan Akta ini seperti yang kini diperuntukkan kepada Pegawai Hutan dan Pegawai Polis;
iv.     memperuntukkan pemberian insentif dalam bentuk hadiah serta perlindungan kepada pemberitahu (informer) atas sumbangannya berhubung dengan apa-apa kesalahan dan penyitaan di bawah APN1984:
v.     mengemaskini APN 1984 secara keseluruhan di samping memperbetulkan kesilapan-kesilapan kecil yang terdapat di dalamnya.
3 .3     Pindaan Penalti Dan Hukuman Pindaan ini melibatkan peningkatan pada kadar penalti dan hukuman yang sedia ada. Ini boleh dipecahkan kepada empat (4) kategori manakala kesalahan-kesalahan hutan di bawah Akta ini adalah diringkaskan seperti di Lampiran II .  Kategori-kategori kesalahan adalah seperti berikut :
i.    Kategori I
Pindaan bagi kesalahan yang melibatkan "Denda tidak melebibi RM 10,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-dua denda dan penjara" kepada "Denda tidak melebihi RM 500,000 dan penjara selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun tetapi tidak melebihi dua puluh tahun". Pindaan ini adalah bagi kesalahan di bawah Seksyen 15 (2) iaitu mengambil hasil hutan dari HSK atau Tanah Kerajaan tanpa lesen, permit atau mengikut undang-undang. Pindaan juga dibuat ke atas Seksyen 40 (2) iaitu kesalahan memindahkan hasil hutan daripada tanah berimilik, tanah di bawah Lesen Pendudukan Sementara, Tanah Lombong atau tanah rizab tanpa Lesen Pemindah, dan Seksyen 86 iaitu melancung, atau mencacat, atau memiliki alat bagi melancung, tanda pada pokok dan kayu dan mengubah tanda sempadan.
ii.     Kategori II
Pindaan bagi kesalahan yang melibatkan penalti denda tidak melebihi antara RM 5,000, RM 2,000, RM 1,000 dan RM 500 atau hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi antara 2 tahun, 1 tahun, 6 bulan, 3 bulan atau kedua-dua denda dan penjara kepada Denda tidak melebihi RM 50,000 atau hukuman penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-dua denda dan penjara. Seksyen yang terlibat dengan pindaan kadar penalti ini adalah Seksyen 25(2), 32(2), 66(4), 67(2), 68(4)(a), 69(3)(a), 81(2)(b), 82(2), 84(1), 85(2), 87, 92(3), 93(2), 96(2), 97(2), 98(2), 100 dan 107.
iii.     Kategori lll
Pindaan bagi kesalahan yang dikenakan penalti denda tidak melebihi antara RM 1,000 dan RM 500 atau hukuman penjara tidak melebihi antara 6 atau 3 bulan atau kedua-dua denda dan penjara kepada Denda tidak melebihi RM 10,000 atau hukuman penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-dua denda dan penjara. Seksyen yang terlibat adalah Seksyen 47(4), 68(4)(b), 69(3)(b), 81(2)(C) dan 83(2).
iv.     Kategori lV
Pindaan bagi kesalahan-kesalahan yang dikenakan penalti denda maksimum tidak melebihi RM 500 dipinda kepada denda tidak melebihi RM 10,000. Seksyen yang terlibat adalah Seksyen 50 dan 81(a) .
v.     Kesalahan Berterusan
Pindaan pada kadar penalti dan denda bagi kesalahan berterusan iaitu di bawah Seksyen 25(2) (tidak mematuhi Notis Borang 2) juga dipinda daripada tidak melebihi RM 300 sehari kepada RM 1,000 sehari atau sebahagian daripada kesalahan itu jika didapati berterusan.
3.4     Tambahan Bayaran Gantirugi
Pindaan juga dibuat kepada Seksyen 15(3) dan 40(3) iaitu tambahan bayaran gantirugi kepada Pihak Berkuasa Negeri, iaitu:
i.     sejumlah wang tidak melebihi 5 kali ganda royalti, premium, ses dan caj-caj lain kepada sejumlah wang tidak melebihi 10 kali ganda royalti, ses dan caj-caj lain; dan
ii.     daripada sejumlah wang yang tidak melebihi 3 kali ganda nilai hasil hutan kepada sejumlah wang tidak melebihi 10 kali ganda nilai hasil hutan Di samping itu, pindaan juga di buat kepada Seksyen 81(3)(a) iaitu pelbagai perbuatan yang dilarang dalam HSK, dipinda "dari nilai sebenar pokok atau kavu yang terlibat" kepada "10 kali ganda nilai pokok dan kayu".
3.5     Syarat-Syarat Bagi Mengkompaun Kesalahan
Pindaan akta ini melibatkan kuasa mengkompaun di bawah Seksyen 101 di mana kadar kompaun maksimum bagi kesalahan-kesalahan yang boleh dikompaun, iaitu pindaan daripada tidak melebihi RM 2,000 kepada tidak melebihi jumlah penalti denda maksimum yang ditetapkan bagi kesalahan. Pindaan akta ini juga telah menetapkan bahawa kesalahan yang boleh dikompaun dihadkan kepada kesalahan kali pertama sahaja. Bagi kesalahan yang dilakukan pada kali kedua, ianya terpaksa dibawa ke Mahkamah.
3.6     Tambahan Seksyen Baru
Pindaan Akta ini juga melibatkan tambahan beberapa seksyen baru iaitu:
i.     Seksyen 100 A - Hadiah
Seksyen ini memberi kuasa kepada Pengarah untuk memberi hadiah kepada informer atas perkhidmatan berhubung dengan kesalahan dan penyitaan di bawah akta ini.
ii     Seksyen 100 B - Perlindungan Informer
Seksyen ini diwujudkan bagi memberi perlindungan kepada informer daripada identitinya diketahui.
iii.     Seksyen 101 A - Kuasa Makkamah Membatalkan Lesen atau Permit
Peruntukan ini memberi kuasa kepada Mahkamah sebagai tambahan kepada mana-mana penalti lain yang telah dikenakan, membatalkan lesen atau pemit yang dikeluarkan berhubung dengan kesalahan yang dilakukan. Perintah ini adalah mandatori bagi kesalahan di bawah seksyen 15, 40 dan 86. Apabila lesen atau permit dibatalkan di bawah seksyen ini, Mahkamah dikehendaki memerintah pemegang lesen / permit tersebut hilang kelayakan daripada memegang apa-apa lesen atau permit untuk tempoh tidak melebihi 5 tahun.
iv.     Seksyen 110 A - Kesalahan Yang Dilakukan Oleh Pemegang Lesen Atau Permit
Seksyen ini menyifatkan bahawa kesalahan yang dilakukan oleh seseorang bersabit dengan apa-apa lesen atau permit yang dikeluarkan di bawah akta, sebagai kesalahan yang dilakukan sendiri oleh pemegang lesen atau permit tersebut.  Selaras dengan ini, Seksyen 109 dan 110 adalah dipinda bagi menghapuskan pengecualian sedia ada yang membolehkan pemegang lesen atau permit membuktikan bahawa kesalahan adalah dilakukan tanpa pengetahuannya atau ia telah mengambil langkah munasabah untuk mencegah berlakunya kesalahan itu.
3.7     Penggantian Seksyen
Seksyen 104 - Anggapan Yang Dikehendaki Dibuat Oleh Mahkamah
Seksyen ini memperuntukkan lima anggapan yang dikehendaki oleh Mahkamah iaitu :
i.     Hasil hutan adalah harta Pihak Berkuasa Negeri;
ii     Peta, pelan atau carta yang dibuat di bawah Kuasa Pengarah adalah tepat;
iii.   Tanda sempadan bagi lesen atau permit yang dibuat di bawah kuasa pegawai hutan adalah tepat;
iv.   Sesiapa didapati berada dalam HSK atau Tanah Kerajaan yang ada pada miliknya Hasil Hutan dianggap telah mengambil atau memindah hasil hutan tersebut tanpa lesen atau permit; dan
v.    Sesiapa yang didapati berada dalam HSK atau Tanah Kerajaan yang ada memiliki peralatan atau alat pengangkutan dianggap berniat mengambil atau memindah hasil hutan tersebut tanpa lesen.
3.8     Penurunan Kuasa Kepada Anggota Angkatan Tentera
Pindaan juga dibuat ke atas beberapa seksyen untuk membolehkan Pengarah mewakilkan kuasa secara bertulis kepada Anggota Angkatan Tentera yang berpangkat tidak rendah daripada Lans Koperal. Kuasa-kuasa tersebut ialah kuasa menangkap dan menyita (Seksyen 88), kuasa menyita hasil hutan (Seksyen 89), kuasa menggeledah dengan waran (Seksyen 90), kuasa menggeledah tanpa waran (Seksyen 91), kuasa memberhenti dan menggeledah alat pengangkutan (Seksyen 92) dan kewajipan pegawai yang menyita (Seksyen 93).
 









Lampiran I
Tarikh Pengwartaan Akta Perhutanan Negara 1984 Dan Pindaan 1993 untuk Diterimapakai
Di Negeri-negeri Di Semenanjung Malaysia.
 
Negeri
APN 1984
APN (Pindaan) 1993
JOHOR
23.02.1986
29.12.1993
KEDAH
19.11.1985
03.12.1994
KELANTAN
19.12.1986
28.04.1994
MELAKA
01.01.1985
26.05.1994
NEGERI SEMBILAN
31.07.1986
12.05.1994
PAHANG
17.12.1987
23.12.1993
PERAK
27.12.1985
07.07.1994
PERLIS
25.10.1988
18.08.1994
PULAU PINANG
14.08.1986
03.02.1994
SELANGOR
19.06.1986
12.05.1994
TERENGGANU
19.06.1986
09.06.1994
WILAYAH PERSEKUTUAN
31.12.1984
13.01.1994

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PENGURUSAN SUMBER AIR

SISTEM HIDROLOGI:   TAJUK:  PENGURUSAN SUMBER AIR .   Konsep Pengurusan Sumber Air .         Mengikut Oridorn (1977) dalam bukunya “ Water Manegment ”, “…..Pengurusan sumber air melibatkan perancangan,analisis,penilaian,penggunaan,impak dan  ramalan terhadap sumber-sumber air secara sistematik, cekap optimun tanpa membazir untuk menjamin bekalan air kepada pengguna sentiasa bersih dan berterusan …”. Justeru sumber-sumber air yang ada di sesuatu kawasan mestilah diuruskan dan diselenggarakan dengan bijak bagi memenuhi keperluan manusia masa kini dan akan datang tanpa mengorbankan alam sekitar. Oleh sebab itu konsep pembangunan sumber air yang lestari amat dititikberatkan.   Kegunaan Sumber Air : Kajian Kes, Malaysia .                          KEGUNAAN           CONTOH 1.  Kegunaan Domestik;  kegunaan/keperluan harian penduduk seperti memasak,membasuh/mencuci,mandian dll. Bekalan air  dari pada JBA, air sungai,tasik,perigi dl

MODUL PENGAJARAN GEOGRAFI 1

MODUL PENGAJARAN GEOGRAFI 1 ( ALAM SEKITAR FIZIKAL) OLEH : MAZLAN BIN JUNAIDI BAB 1 : SISTEM BUMI 1.1            KONSEP SISTEM – satu set angkubah yang berstruktur   dan saling berinteraksi antara satu sama lain untuk mencapai keseimbangan. 1.2           Terdiri daripada 3 sistem ; i)                terpencil – mempunyai sempadan yang   nyata dan tidak membenarkan kemasukan bahan dan tenaga. ii)              Tertutup – mempunyai sempadan yang membenarkan kemasukan tenaga sahaja tetapi menghalang kemasukan bahan. iii)           Terbuka – tidak mempunyai sempadan yang nyata dan membenarkan kemasukan tenaga dan bahan melalui sempadannya. 1.3           Bumi sebagai satu sistem – merupakan sistem tertutup yang membenarkan kemasukan tenaga daripada matahari tetapi tidak membenarkan kemasukan bahan. 1.3.1      Terdiri daripada komponen biosfera ( tumbuhan dan haiwan), atmosfera ( gas-gas di   udara), hidrosfera ( badan-badan air ), litosfera ( lapisan per

5R

Apa itu 5r Ramai yang tidak mengetahui apa itu 5r. Adakah rakyat di Malaysia tahu   betapa pentingnya 5r itu untuk menyelamatkan alam sekitar. 5R adalah singkatan kepada ‘rethink’ (fikir semula), ‘repair’ (baik pulih), ‘reuse’ (guna semula), ‘recycle’ (kitar semula) dan ‘reduce’ (kurangkan). Tahap kesedaran rakyat Malaysia perlu dipertingkatkan bagi membolehkan rakyat Malaysia membantu dalam mengurangkan pembuangan sisa pepejal yang semakin bertambah sejajar dengan pertumbuhan penduduk di negara ini. Oleh itu rakyat Malaysia disarankan agar dapat mengamalkan sikap 5R ini bagi membantu mengurangkan penggunaan sumber asli secara lebih berkesan. Penerapan konsep 5R dalam mempromosikan amalan gaya hidup lestari memberi cabaran yang amat besar sekiranya semua golongan dari pelbagai peringkat tidak digembling. Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan(KPKT) pada tahun 2007, lebih 15,000 tan sampah dihasilkan di Malaysia pada setiap hari dan ian