Langkau ke kandungan utama

5 REKA BENTUK VISUAL


PENGENALAN
Media pengajaran membawa maksud peralatan perkakasan dan bahan (perisian) media yang telah dikenalpasti, dipilih, dibina atau dipinda untuk menyokong atau mengendalikan sendiri proses pengajaran dan pembelajaran. 

Secara amnya terdapat dua jenis media atau sumber pengajaran dan pembelajaran yang biasa digunakan iaitu media cetakan dan media bukan cetakan. Media cetakan merujuk kepada sebarang media yang berasaskan teknologi cetakan seperti buku, majalah, gambar atau gambar foto, risalah, suratkhabar, carta, peta dan sebagainya. Media bukan cetakan pula lebih merujuk kepada bahan tayangan dan bahan bukan tayangan seperti model, diodrama, papan pengajaran, bahan audio visual.
Setiap media atau sumber pengajaran dan pembelajaran mempunyai ciri-ciri yang tersendiri dan sesuai digunakan pada suasana atau keadaan yang tertentu. Pemilihan media yang tepat dan bersesuaian oleh seseorang pendidik amat berkait rapat dengan keberkesanan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Media yang sesuai bagi sekumpulan pelajar dan keadaan persekitaran mungkin tidak sesuai pada sekumpulan pelajar yang lain pada persekitaran yang berbeza.




REKABENTUK VISUAL
PENGENALAN
Visual ialah bahan media pengajaran yang menggunakan imej yang dapat dilihat, atau berdasarkan penglihatan. Kebiasaannya, penggunaan visual dalam pengajaran dan pembelajaran digunakan dengan media pengajaran yang lain.
Visual adalah media berbentuk paparan interaktif. Visual membolehkan proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan lebih berkesan. Muhamad Hasan A.Rahman (2000), berdasarkan piramid kadar pemerolehan pengetahuan menunjukkan penglihatan mencatatkan peratusan terbesar iaitu 83% berbanding rasa, sentuhan, bau dan pendengaran. Ini menunjukkan bahawa visual membolehkan proses pemerolehan maklumat berjalan dengan berkesan.
Kajian oleh Keislar dan Phinney (1973) cuba membuktikan samada pelajar tadika mampu mengaitkan 9 gambar haiwan dengan habitatnya (gambar). Pelajar dibahagikan kepada 2 kumpulan. Kumpulan pertama telah diberi pendedahan kepada buku rujukan bergambar mengenai haiwan dan habitatnya, manakala kumpulan kedua tidak diberi buku rujukan. Kumpulan kedua terpaksa mencari ilmu secara ‘trial-and-error’. Hasil kajian menunjukkan bahawa kumpulan satu lebih berjaya daripada kumpulan kedua dari segi mengaitkan 9 haiwan dengan habitatnya.
Jenkins, Neale dan Deno (1967) melaporkan bahawa pelajar lebih berjaya mengenal stimuli yang ditayangkan dalam bentuk gambar daripada perkataan. Jenkins, Stack dan Deno (1969) telah mengajar 116 pelajar sekolah rendah untuk mengenal item (gambar atau perkataan) yang telah ditayangkan di skrin. Kedua-dua gambar dan perkataan telah dihasilkan dalam format slaid. Hasil kajian menunjukkan bahawa kumpulan yang didedahkan kepada gambar adalah lebih berjaya daripada kumpulan yang didedahkan kepada perkataan.

JENIS-JENIS VISUAL
            Visual terbahagi kepada dua jenis iaitu visual tayangan dan visual bukan tayangan. Visual tayangan adalah seperti transperensi dan OHP, projektor slaid, kamera video serta video dan televisyen. Manakala visual bukan tayangan adalah seperti carta, poster, papan tulis dan model.
Visual atau media tayangan seperti transperensi dan projektor overhead adalah alat bantu mengajar bagi membantu guru mencapai pengajaran yang efektif. Pelajar akan lebih cepat menerima pelajaran dengan melihat, mendengar dan melakukannya. Ini hanya dapat dilakukan dengan menggunakan OHP dan transperensi yang rapi dan sistematik oleh pihak guru. Menurut Kemp (1980), penggunaan transperensi dapat menyampaikan maklumat pengajaran yang mengandungi konsep, langkah–langkah pengajaran dan fakta–fakta rumusan kepada kumpulan sasaran kecil hingga kumpulan sasaran besar. Heinich (1996) sependapat dengan Kemp bahawa penggunaan transparensi dapat menerangkan topik pengajaran yang kompleks dengan menggunakan teknik transparensi bertindih overlays.
Projektor slaid adalah satu lagi jenis media yang biasa digunakan bagi tujuan menyampaikan pengajaran. Kepingan slaid boleh dihasilkan sendiri oleh guru. Kemudahan ini telah berjaya membawa pengukuhan dalam bentuk realiti di layar perak. Gambar–gambar seperti planet, lautan, bahagian dalam jentera dan objek–objek lain yang sukar untuk diperlihatkan, dapat ditayangkan dalam bilik darjah. Terdapat beberapa jenis projektor slaid seperti jenis manual, separuh automatik dan automatik sepenuhnya.
Video dan televisyen adalah satu–satunya bahan teknologi moden yang telah berjaya mempengaruhi sistem pengajaran dan pembelajaran. Ramai penyelidik telah menjalankan kajian mengenai penggunaan televisyen untuk pengajaran dan pembelajaran. Menurut schramun (1962), murid – murid dapat belajar dengan cekap menerusi televisyen pendidikan. Menurut Wittich dan Schuller (1973), televisyen banyak pendidikan telah banyak mengatasi masalah pengalaman pembelajaran murid.
Bercakap mengenai video, ia bermaksud menggunakan pita video dan perakam video ketika proses pengajaran dan pembelajaran. Perakam video pula merupakan alat menjanakan pita video. Kelebihan menggunakan perakam video untuk pengajaran ialah gambar dan bunyi atau suara boleh disiarkan serentak.
Media visual bukan tayangan seperti carta telah digunakan untuk menunjukkan sesuatu idea atau konsep dengan cara visual. Carta didapati amat penting, terutama dalam menerangkan sesuatu konsep atau idea. Penerangan sesuatu idea atau konsep secara lisan sahaja tentu tidak memuaskan dan kurang daya tarikan.
Carta yang dianggap efektif adalah carta yang berjaya menggabungkan pelbagai jenis visual seperti gambar, lukisan, kartun, graf, gambar rajah dan bentuk – bentuk garisan. Ada pelbagai jenis carta, diantaranya ialah carta aliran, carta pohon, carta jadual, carta masa dan lain – lain. Dalam membuat pemilihan jenis – jenis carta, guru haruslah memilih yang sesuai untuk tujuan pengajaran. Carta – carta yang biasa digunakan dalam pengajaran ialah carta pohon, carta aliran, carta jadual dan carta pengalaman.
Poster digunakan untuk menyampaikan maklumat, penerangan dan pengetahuan. Penerangan menggunakan poster adalah mudah dan cepat. Poster yang tertampal di bangunan dan tepi jalan raya nampak cantik dan menarik kerana ia dibuat mengikut elemen – elemen grafik yang baik dan sistematik. Poster juga  digunakan oleh syarikat pengeluaran barangan untuk tujuan mempromosi produk dan digunakan oleh kementerian pendidikan untuk tujuan menyampaikan penerangan, tunjuk ajar dan nasihat kepada pelajar – pelajar.
Papan tulis atau papan hitam  yang digunakan dengan cara yang betul dan sistematik akan dapat menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti. Ia digunakan meluas dan guru haruslah mengambil kira peranan yang dapat dimainkan oleh papan tulis sebelum memulakan sebarang pengajaran. Bagi Brown (1969), guru yang berkebolehan dan cekap selalunya mengambil berat penggunaan papan tulis supaya ia benar – benar efektif.
Model ialah bahan tiga dimensi yang mewakili struktur, rupabentuk dan menjelaskan bagaimana sesuatu (misalnya mesin) berjalan. Terdapat tiga jenis model, antaranya ialah model berskala, model potongan dan model olok – olok. Kebaikan menggunakan model adalah kerana ia mempunyai bentuk tiga dimensi yang boleh dilihat, ia boleh dibesarkan atau dikecilkan mengikut kesesuaian penglihatan, ia boleh menunjukkan objek yang tersembunyi atau tertutup malah ia boleh menunjukkan ciri – ciri yang penting. Disamping itu juga, model boleh memuatkan objek sebenar yang kompleks dan boleh dibuka dan dipasang semula. Model akan membantu pengajaran dan pembelajaran didalam kelas lebih baik, menarik dan fleksibel.
            Imej pegun dan imej bergerak adalah sebahagian daripada visual. Contoh-contoh ilustrasi adalah seperti gambar, carta, graf dan gambarajah. Penggunaan imej pegun dan imej bergerak adalah lebih mudah difahami selain dapat memberikan arahan yang membolehkan seseorang berfikir dengan lebih berkesan.
Imej pegun (static visual) adalah seperti gambar atau ilustrasi yang menyampaikan sesuatu maklumat atau informasi. Imej pegun digunakan apabila maklumat yang ingin disampaikan sukar untuk dijelaskan dengan hanya menggunakan perkataan. Contohnya seperti carta, peta minda dan graf. Graf, carta dan visual lain boleh menerangkan banyak perkara dalam masa yang singkat.
Dengan berpandukan graf, pelajar dapat memahami sesuatu dengan hanya melihat tanpa memerlukan penjelasan yang terperinci daripada guru. Ini adalah kerana, graf mengandungi hanya maklumat penting yang perlu diketahui oleh pelajar. Graf amat sesuai digunakan untuk mata pelajaran berkaitan statistik dan matematik. Ini kerana, graf tidak memerlukan huraian dengan ayat yang banyak. Hanya isi-is penting sahaja yang ditulis di dalam graf.
Description: newgraph
Contoh penggunaan graf

Selain daripada graf, penggunaan peta minda juga dapat menghasilkan pembelajaran yang berkesan. Dalam mengaplikasikan penggunaan peta minda, beberapa syarat perlu di ambil berat. Letakkan tajuk yang penting (main point) di tengah-tengah dan huraikan isi-isi dengan lebih terperinci dengan membuat beberapa cabang yang menghubungkan isi-isi dengan tajuk. Contohnya seperti gambarajah di bawah.
Description: A schematic map of the seven subsections of the explicative role
Contoh penggunaan peta minda

Melalui peta minda, pelajar dapat mengetahui dan mahir dengan isi-isi penting berkaitan dengan tajuk. Ini dapat membantu pelajar dalam mengingat. Maklumat yang terlalu banyak mungkin akan mengelirukan pelajar. Dengan menggunakan peta minda, isi-isi dapat dihuraikan dengan lebih tersusun dan pemikiran pelajar tidak hanya terkongkong dengan ayat-ayat tertentu. Pelajar diberi kebebasan untuk menghuraikan sesuatu isi tanpa lari dari topik yang sebenar.
 Penggunaan carta dalam pengajaran dan pembelajaran juga merupakan salah satu kaedah yang berkesan. Carta mengandungi gambar berserta label. Carta sesuai digunakan untuk pelajar di peringkat rendah kerana pelajar mendapat visual atau gambaran tentang sesuatu perkara berserta huraian dalam masa yang sama. Penggunaan carta dapat meningkatkan kefahaman pelajar. Selain itu, penggunaan carta amat sesuai untuk mata pelajaran  yang mengandungi konsep yang konkrit serta memerlukan huraian terperinci contohnya biologi dan kajian tempatan.

Description: tree
Contoh penggunaan carta

Dalam penggunaan imej pegun, penggunaan warna, saiz objek dan bentuk perlu dititikberatkan. Ini adalah kerana, penggunaan warna yang bersesuaian dapat mempengaruhi serta menarik minat pelajar. Contoh-contoh lain imej pegun ialah seperti berikut.


Menarik perhatian pendengar

 
Description: attention

Membantu dalam mengingat
 
Description: lightbulb
Imej bergerak (dynamic visual) adalah inovasi daripada imej pegun. Imej bergerak, selain mempunyai ciri yang sama dengan imej pegun, imej bergerak dapat memaparkan gerakan sesuatu imej contohnya animasi. Imej bergerak sukar untuk dihasilkan kerana ia memerlukan pengetahuan tambahan dan kreativiti pencipta. Walaubagaimanapun, imej bergerak mampu menarik lebih perhatian berbanding imej pegun.
Penggunaan imej bergerak dalam proses pengajaran dan pembelajaran memerlukan syarat-syarat tertentu. Ini adalah kerana, penggunaan imej bergerak yang tidak sesuai dengan situasi akan mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran. Contohnya dalam persembahan power point, rekabentuk slaid hendaklah diambil kira. Animasi tidak sesuai digunakan untuk slaid yang mengandungi huraian yang banyak kerana pelajar akan lebih tertarik untuk melihat kepada animasi berbanding huraian yang ditulis. Jadi ini secara tidak langsung akan mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran.
Imej bergerak adalah sesuai digunakan untuk pelajaran yang memerlukan pergerakan supaya topik yang hendak diajar mudah difahami contohnya mengenai kelajuan.  Dengan cara ini pelajar dapat melihat proses gerakan yang berlaku. Maklumat akan lebih mudah untuk disampaikan kepada pelajar. Selain itu, imej bergerak sesuai digunakan untuk menerangkan sesuatu proses berlaku contohnya proses penapisan air. Imej bergerak adalah lebih sesuai digunakan kerana proses yang berlaku adalah sukar untuk diterangkan dengan hanya menggunakan perkataan. Sebaliknya, adalah lebih sesuai jika menggunakan animasi kerana pelajar lebih mudah memahamai perjalanan sesuatu proses.
Seseorang guru mesti mempunyai pengetahuan asas ‘grafik’ untuk membuat persediaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) asas. Pemahaman asas ‘grafik’ membolehkan seseorang menghasilkan BBM yang sistematik dan efektif. Menurut Kemp (1980), seseorang itu tidak semestinya mempunyai pengetahuan dan latarbelakang seni yang tinggi bagi membentuk sesuatu BBM; memadailah jika mempunyai pengetahuan asas grafik.
Bahan grafik digunakan bagi membantu seseorang menyampaikan informasi dengan cara yang paling ringkas, tepat dan efektif. Ia juga digunakan bagi mendapatkan kesesuaian idea  yang tepat serta menjimatkan masa. Sebagai contoh, ‘kartun’ adalah satu daripada bahan grafik. Ia digunakan sebagai satu daya tarikan kepada pelajar dan bagi menyampaikan mesej dengan cepat dan tepat.
Wittich dan schuller (1973) menerangkan bahawa grafik adalah terdiri daripada bahan visual yang meringkaskan penerangan dan penilaian tertentu menerusi gabungan penggunaan lukisan, perkataan, lambang dan gambar–gambar. Kanak–kanak biasanya tertarik kepada bahan grafik yang ditunjukkan. Mereka sentiasa ingin tahu mengenai keadaan dunia sekeliling. Dengan ada bantuan grafik moden, pendidikan yang mereka terima dapat membantu memenuhi naluri ingin tahu.
Dengan kata lain, grafik adalah bahan – bahan pengajaran. Idea dan penerangannya dipermudahkan menerusi penggunaan beberapa lukisan, perkataan, lambang dan foto. Perkataan dan angka juga digunakan pada kebanyakan grafik bagi menjelaskan penyampaian penerangan seperti yang terdapat pada graf, jadual, rajah dan carta. Grafik banyak sekali melibatkan bentuk – bentuk visual yang mengandungi penerangan singkat dan padat.

FUNGSI DAN PENGGUNAAN VISUAL
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, persembahan visual adalah sesuai digunakan untuk situasi-situai tertentu.
Persembahan visual biasanya digunakan untuk topik berkenaan objek konkrit dan objektifnya untuk mengenalpasti, membezakan, mengklasifikasikan konsep atau melakukan sesuatu kerja. Dengan penggunaan visual, topik-topik dapat disampaikan kepada murid dengan lebih mudah.
Selain itu, persembahan visual juga sesuai digunakan untuk keadaan mod pembelajaran pelajar lebih kepada penglihatan (83%). Ini adalah kerana setiap pelajar mempunyai ciri-ciri yang berbeza. Terdapat pelajar yang lebih mudah memahami sesuatu dengan hanya menggunakan perkataan. Sebaliknya, terdapat pelajar yang lebih mudah belajar menggunakan visual atau gambar. Oleh yang demikian, guru perlu bijak dalam menentukan bahan media pengajaran yang sesuai digunakan dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Ini adalah kerana, media pengajaran memberi pengaruh besar dalam memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar dan berkesan.
Persembahan visual juga digunakan untuk pembelajaran berkaitan simbol, peraturan, konsep yang didefinasikan melalui analisis, lakaran, peta, gambar 3D dan sebagainya diperlukan. Contoh-contoh simbol yang mengaplikasikan penggunaan visual adalah seperti



Simbol menunjukkan ilustrasi kejutan elektrik. Dengan hanya melihat kepada simbol, pelajar dapat meramalkan maksud yang ingin disampaikan.
 
 
Description: Shock



Surat memberi simbol email atau laman web. Selain dari itu, ikon sampul surat juga memberi maksud yang sama: Description: Email

 
 
Description: Letter

Penggunaan visual adalah khusus untuk menerangkan perkara yang susah untuk diterangkan dengan penulisan. Contohnya seperti gambar di bawah. Larger pictures give the reader a sense of being there. For example, the picture shows more detail, capturing the reader's attention.
Description: litshut3


APLIKASI VISUAL DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
MERANCANG KERJA–KERJA SENI UNTUK VISUAL
Dalam perkara ini, ukuran hasil kerja haruslah dipastikan sama ada besar atau kecil kerana ia akan melibatkan aspek–aspek seperti perseimbangan, susunan dan kemudahan idea yang boleh diperolehi. Prinsip–prinsip seni reka seperti mudah, penyatuan, penumpuan dan perseimbangan harus diberi perhatian utama.
‘Mudah’ di sini bererti isi kandungan pelajaran yang ingin disampaikan sepatutnya tidak terlalu banyak. Sebaik–baiknya tumpuan kepada satu atau dua isi sahaja. Ini akan dapat mengelakkan berlakunya kekeliruan dikalangan pelajar. Sebaik–baiknya berpegang kepada prinsip ‘mudah dilihat dan mudah dibaca’. Segala bahan lukisan yang digunakan sepatutnya kelihatan besar, jelas, ringkas dan mengandungi bahan utama sahaja.
‘Penyatuan’ bermakna setiap hasil ciptaan reka bentuk visual BBM mempunyai elemen penyatuan dan tidak longgar. Ada hubung kait diantara satu sama lain. Ini boleh dilakukan dengan menggunakan elemen garis, bentuk, warna atau ruang.
‘Penumpuan’ bermaksud hanya satu isi pelajaran yang tertera di dalam satu–satu grafik, iaitu dengan menjadikannya satu pusat perhatian. Elemen penumpuan ini boleh dihasilkan dengan menggunakan garisan–garisan kasar ; warna–warna paras dan ruang atau bentuk. Susunan visual juga bermula dari kiri ke kanan kerana pergerakan mata manusia  bermula dari kiri ke kanan.
‘Perseimbangan’ bermaksud terdapat dua bentuk iaitu bentuk ‘formal’ dan yang ‘bukan formal’. Perseimbangan formal adalah susunan reka bentuk yang disusun dengan begitu rupa apabila dilihat memberikan perasaan sama berat di antara susunan kiri dan kanan atau sebaliknya. Ini berbeza dengan perseimbangan tidak formal. Perseimbangan ini memerlukan lebih daya gubahan dan kreativiti. Cara yang sedemikian adalah lebih menarik.
‘Ruang’ yang digunakan dengan sistematik dan betul sangat mempengaruhi satu–satu hasil reka bentuk BBM. Sebelum memuatkan sesuatu, ruang itu, haruslah dirancang terlebih awal isi yang ingin diketarakan supaya tidak kelihatan terlalu longgar, kosong atau terlalu padat dan sesak.
‘Garisan’ adalah elemen yang harus juga diambil perhatian kerana ia boleh menghasilkan bentuk kecil, besar, tebal, halus dan seumpamanya. Garisan juga berperanan bagi perhubungan dan dapat menunjukkan arah pandangan seseorang terhadap apa yang dilihat mengikut susunan.
‘Warna’ juga merupakan elemen yang amat penting dalam satu – satu visual dan ia digunakan bagi tujuan menarik perhatian. Warna dapat memainkan peranan penyatuan, penumpuan dan perseimbangan dalam visual BBM. Seseorang itu harus memahami konsep warna terlebih dahulu untuk menggunakannya. Ini melibatkan pengetahuan ketagori – ketagori warna, sama ada sejuk atau panas.

WARNA BIRU DAN HIJAU TERGOLONG DALAM KETAGORI SEJUK
WARNA MERAH DAN KUNING  TERGOLONG DALAM KETAGORI PANAS

Pemilihan warna dapat menghasilkan daya tarikan kepada pelajar. Contohnya dalam pemilihan warna yang digunakan bagi menghasilkan ‘poster’, warna bagi tujuan latar belakang haruslah disesuaikan dengan warna–warna objek atau huruf yang digunakan. Jika warna latarbelakang adalah ketagori warna cerah seperti kuning, merah muda, biru laut dan hijau muda amatlah sesuai digunakan warna–warna yang lebih kontras seperti hitam, merah tua, biru tua, hijau tua dan sebagainya untuk objek atau huruf.




Bevel: Noryusri Shaari, Fatina Anha Haikal, Nor Alia Azri
 


‘Huruf’ dan angka sering digunakan dalam satu–satu hasil visual BBM. Ia berfungsi untuk menyampaikan penerangan dan informasi penting. Oleh itu, penggunaan sebarang huruf dan angka haruslah diberi perhatian dari segi ‘kejelasannya’. Ini akan melibatkan kaedah–kaedah menggunakan huruf, saiz huruf dan jenis huruf. Dalam elemen huruf, seseorang itu harus menghadkan penerangan, idea atau isi pelajaran yang ingin dimuatkan dalam satu–satu visual.
Dalam pemilihan huruf bagi sesuatu visual BBM, seseorang itu harus menentukan jenis huruf; seeloknya huruf ‘bold’ yang tidak mengelirukan.


Oval: Visual: salah satu bahan bantu mengajar.
 



Terdapat pelbagai kemudahan untuk seseorang itu menghasilkan penghurufan yang baik bagi sesuatu visual BBM seperti menggunakan stensil huruf, penekan huruf, pita huruf, sistem penghurufan, komputer dan sebagainya.



Flowchart: Terminator: COOPER BLACK FONT 12
STENCIL FONT 14
GEORGIA FONT 16
 



Dalam penghasilan sesuatu visual BBM, tentukan juga bahawa susunan dan jarak di antara satu huruf dengan huruf yang lain serta di antara satu perkataan dengan perkataan yang lain, diambil perhatian supaya kelihatan lebih menarik, jelas dipandang dan mudah dibaca.






SAYA
 


S A Y A

 
 


  Baik                                                                    Kurang baik

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PENGURUSAN SUMBER AIR

SISTEM HIDROLOGI:   TAJUK:  PENGURUSAN SUMBER AIR .   Konsep Pengurusan Sumber Air .         Mengikut Oridorn (1977) dalam bukunya “ Water Manegment ”, “…..Pengurusan sumber air melibatkan perancangan,analisis,penilaian,penggunaan,impak dan  ramalan terhadap sumber-sumber air secara sistematik, cekap optimun tanpa membazir untuk menjamin bekalan air kepada pengguna sentiasa bersih dan berterusan …”. Justeru sumber-sumber air yang ada di sesuatu kawasan mestilah diuruskan dan diselenggarakan dengan bijak bagi memenuhi keperluan manusia masa kini dan akan datang tanpa mengorbankan alam sekitar. Oleh sebab itu konsep pembangunan sumber air yang lestari amat dititikberatkan.   Kegunaan Sumber Air : Kajian Kes, Malaysia .                          KEGUNAAN           CONTOH 1.  Kegunaan Domestik;  kegunaan/keperluan harian penduduk seperti memasak,membasuh/mencuci,mandian dll. Bekalan air  dari pada JBA, air sungai,tasik,perigi dl

MODUL PENGAJARAN GEOGRAFI 1

MODUL PENGAJARAN GEOGRAFI 1 ( ALAM SEKITAR FIZIKAL) OLEH : MAZLAN BIN JUNAIDI BAB 1 : SISTEM BUMI 1.1            KONSEP SISTEM – satu set angkubah yang berstruktur   dan saling berinteraksi antara satu sama lain untuk mencapai keseimbangan. 1.2           Terdiri daripada 3 sistem ; i)                terpencil – mempunyai sempadan yang   nyata dan tidak membenarkan kemasukan bahan dan tenaga. ii)              Tertutup – mempunyai sempadan yang membenarkan kemasukan tenaga sahaja tetapi menghalang kemasukan bahan. iii)           Terbuka – tidak mempunyai sempadan yang nyata dan membenarkan kemasukan tenaga dan bahan melalui sempadannya. 1.3           Bumi sebagai satu sistem – merupakan sistem tertutup yang membenarkan kemasukan tenaga daripada matahari tetapi tidak membenarkan kemasukan bahan. 1.3.1      Terdiri daripada komponen biosfera ( tumbuhan dan haiwan), atmosfera ( gas-gas di   udara), hidrosfera ( badan-badan air ), litosfera ( lapisan per

5R

Apa itu 5r Ramai yang tidak mengetahui apa itu 5r. Adakah rakyat di Malaysia tahu   betapa pentingnya 5r itu untuk menyelamatkan alam sekitar. 5R adalah singkatan kepada ‘rethink’ (fikir semula), ‘repair’ (baik pulih), ‘reuse’ (guna semula), ‘recycle’ (kitar semula) dan ‘reduce’ (kurangkan). Tahap kesedaran rakyat Malaysia perlu dipertingkatkan bagi membolehkan rakyat Malaysia membantu dalam mengurangkan pembuangan sisa pepejal yang semakin bertambah sejajar dengan pertumbuhan penduduk di negara ini. Oleh itu rakyat Malaysia disarankan agar dapat mengamalkan sikap 5R ini bagi membantu mengurangkan penggunaan sumber asli secara lebih berkesan. Penerapan konsep 5R dalam mempromosikan amalan gaya hidup lestari memberi cabaran yang amat besar sekiranya semua golongan dari pelbagai peringkat tidak digembling. Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan(KPKT) pada tahun 2007, lebih 15,000 tan sampah dihasilkan di Malaysia pada setiap hari dan ian