Langkau ke kandungan utama

BAHAN-BAHAN YANG BOLEH DIKITAR SEMULA


Apakah yang tidak boleh dikitar semula?

            Kertas
              Kotak pizza atau apa-apa yang disaluti dengan minyak/bekas makanan

              Pinggan kertas yang telah dicemari
              Tisu
              Kertas karbon
              Lampin
              Kertas disaluti lilin/plastik
              Bekas makanan beku
              Tuala
            Aluminium
              Tin aerosol
              Tin cat
              Penggantung baju
              Bahan perubatan
              Penapis minyak

            Kaca
              Gelas minum
              Kaca tingkap
              Cermin Mentol
              Kaca tingkap yang pecah dan cermin kereta
              Kaca tahan suhu tinggi - Pyrex, Corning Ware, Vision Ware
              Botol legap putih
              Kaca yang digunakan di makmal atau hospital untuk kajian dan
              perubatan
              Cermin muka, kristal, seramik
            Plastik
              Bekas plastik yang ada sisa minyak, racun serangga atau
              bahan-bahan beracun
              Styrofoam
             
Bagaimana aluminium dikitar semula?

              Aluminium terpakai yang telah dikumpul, diasingkan lalu
              direnyukkan untuk diangkut ke pusat kitar semula.
              Aluminium terpakai kemudian dilebur untuk menyingkirkan bendasing.

              Tin-tin aluminium terpakai kemudiannya digunakan untuk
              menghasilkan tin-tin yang baru. Kitaran semula aluminium
              menjimatkan banyak tenaga berbanding memproses kitar semula
              barangan lain seperti kertas.




Bagaimana kaca dikitar semula?


              Kaca akan diasingkan mengikut warna. Apabila kaca dicairkan, warna
              asalnya masih kekal bermakna kaca hijau akan kekal menjadi kaca
              hijau, kaca coklat akan kekal dengan kaca coklat, dan kaca yang
              jernih akan kekal menjadi kaca jernih
              Setelah kaca-kaca diasingkan mengikut warna dan dibersihkan, ia
              akan dihancurkan dan ditambah dengan sedikit bahan mentah yang
              lain untuk dijadikan kaca yang baru. Campuran tersebut akan
              dipanaskan sehingga cair dan akan membentuk sejenis cecair. Kaca
              yang masih panas akan dibentuk untuk dijadikan botol.
              Hasil yang terbentuk akan disejukkan dan diperiksa dari sebarang
              keretakan/kecacatan. Proses terakhir ialah kaca-kaca yang sudah
              siap akan dihantar ke syarikat-syarikat atau kilang-kilang di mana
              kaca ini akan diisi dengan makanan dan minuman.


Bagaimana Kertas dikitar semula?

              Surat khabar lama dan majalah-majalah usang yang telah dikumpul
              dari seluruh negara akan dibawa ke kilang memproses kertas
              terpakai.
              Kertas-kertas yang dikumpulkan tadi dihantar ke tempat pemprosesan
              di mana pada mulanya proses mencampurkan air dengan bahan kimia
              akan dilaksanakan untuk membantu dalam proses penghancuran sebelum
              dibersihkan daripada kotoran yang nyata. Kertas yang dihancurkan
              tadi dinyahkan dakwat yang terkandung di dalamnya, sebelum
              menjalani proses pembersihan selanjutnya, proses penapisan dan
              pencerahan.
              Kemudian, hasil yang diperolehi daripada proses di atas
              dicampurkan dengan air lalu dipamkan ke bahagian hujung basah
              mesin membuat kertas. Kertas kemudiannya diratakan oleh mesin
              pelembut kertas sebelum digulung menjadi satu gulungan kertas yang
              besar.
              Gulungan kertas tadi kemudiannya dipotong mengikut pelbagai saiz,
              bergantung kepada kehendak pelanggan.

Bagaimana Plastik dikitar semula?

              Plastik-plastik yang boleh dikitarsemula, ini seterusnya
              diasingkan mengikut kategori.
              Kitar semula plastik ini adalah satu perkara yang paling mudah dan
              ringkas. Plastik akan dipisah-pisahkan sehingga menjadi serpihan
              halus yang bersaiz lebih kurang 1 sentimeter. Kemudian ia dicuci
              untuk membuang segala kotoran. Serpihan yang telah dibersihan itu
              tadi akan dikeringkan melalui saluran udara panas.
              Serpihan-serpihan plastik kemudiannya dibungkus untuk dijual
              (dalam bentuk serpihan) ataupun akan dijadikan bahan-bahan baru.


Bagaimana untuk melaksanakan kitar semula?


                        Pemungutan Sampah
                        Apa yang perlu anda lakukan hanyalah mengasingkan
                        sampah-sampah yang boleh dikitar semula dan yang tidak
                        boleh dikitar semula. Pemungut sampah akan tahu apa yang
                        akan dilakukan seterusnya.
                        Pusat Pengumpulan / Pusat kitar semula
                        Cara paling mudah untuk melaksanakan kitar semula ini
                        adalah dengan hanya menghantar barangan yang dikumpulkan
                        untuk
                        kitar semula ke pusat kitar semula yang terdapat di
                        seluruh negara. Proses yang lain akan dijalankan oleh
                        pihak-pihak tertentu.
                        Di sinilah tempat di mana anda boleh membawa sejumlah
                        besar barangan yang boleh dikitar semula. Selain
                        daripada pengumpulan barang-barang yang dikitar semula,
                        terdapat juga pusat-pusat jualan yang dibuka untuk
                        membeli barangan terpakai, dan ini dikendalikan oleh
                        beberapa NGO yang membantu mempromosikan program kitar
                        semula ini.
                        Untuk mengetahui dengan lebih lanjut bagaimana setiap
                        item dikitar semula, sila klik mana-mana tajuk di bawah.
                        


                   
                        




                        



            






      





      





      


      

            






















        

Ulasan

jaeluv88 berkata…
Bagus. Nak tau juga benda apa yang tidak boleh dikitar. Thanks

Catatan popular daripada blog ini

PENGURUSAN SUMBER AIR

SISTEM HIDROLOGI:   TAJUK:  PENGURUSAN SUMBER AIR .   Konsep Pengurusan Sumber Air .         Mengikut Oridorn (1977) dalam bukunya “ Water Manegment ”, “…..Pengurusan sumber air melibatkan perancangan,analisis,penilaian,penggunaan,impak dan  ramalan terhadap sumber-sumber air secara sistematik, cekap optimun tanpa membazir untuk menjamin bekalan air kepada pengguna sentiasa bersih dan berterusan …”. Justeru sumber-sumber air yang ada di sesuatu kawasan mestilah diuruskan dan diselenggarakan dengan bijak bagi memenuhi keperluan manusia masa kini dan akan datang tanpa mengorbankan alam sekitar. Oleh sebab itu konsep pembangunan sumber air yang lestari amat dititikberatkan.   Kegunaan Sumber Air : Kajian Kes, Malaysia .                          KEGUNAAN     ...

MODUL PENGAJARAN GEOGRAFI 1

MODUL PENGAJARAN GEOGRAFI 1 ( ALAM SEKITAR FIZIKAL) OLEH : MAZLAN BIN JUNAIDI BAB 1 : SISTEM BUMI 1.1            KONSEP SISTEM – satu set angkubah yang berstruktur   dan saling berinteraksi antara satu sama lain untuk mencapai keseimbangan. 1.2           Terdiri daripada 3 sistem ; i)                terpencil – mempunyai sempadan yang   nyata dan tidak membenarkan kemasukan bahan dan tenaga. ii)              Tertutup – mempunyai sempadan yang membenarkan kemasukan tenaga sahaja tetapi menghalang kemasukan bahan. iii)           Terbuka – tidak mempunyai sempadan yang nyata dan membenarkan kemasukan tenaga dan bahan melalui sempadannya. 1.3       ...

STRATEGI KONTEKSTUAL

Matlamat Untuk membantu guru menjelaskan definisi pembelajaran kontekstual, menghuraikan teori pembelajaran kontekstual, membincangkan kaedah-kaedah pembelajaran kontekstual dan mengaplikasikan pembelajaran kontekstual ke dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kelas agar murid yang berkualiti dapat dihasilkan. Pengenalan Pembelajaran konteksual merupakan satu model dinamik dan terbuka. Pembelajaran kontekstual memastikan pelajar disediakan peluang untuk menjadikan pembelajaran bermakna melalui pengalaman dan informasi, dan menggunakan pengalaman serta informasi demi membina pengetahuan sendiri. Pemahaman pelajar menjadi semakin jelas apabila mereka berupaya mengaitkan pengetahuan yang diperoleh dalam bilik darjah dapat diaplikasikan dengan situasi di luar konteks bilik darjah. Pembelajaran kontekstual mempertimbangkan interaksi antara pelbagai tahap dan unsur pengajaran. Ini memerlukan proses pembelajaran yang luwes dan tidak mengikut susunan bukan konteksual yang berbentuk artifisial...