Langkau ke kandungan utama

Catatan

Pohon besar lembutkan pandangan

SEMAKIN ramai suri rumah gemar menghias pokok bunga atau tanaman hijau di dalam rumah mereka, namun janganlah hanya memilih tanaman yang bersaiz kecil seperti dedaun renek. Adakalanya anda harus cuba menukar selera dengan menghias beberapa tanaman besar di dalam rumah. Sebenarnya, tanaman bersaiz besar ini boleh dihias dalam pelbagai cara. Contohnya, tanaman dedaun yang diletakkan berhampiran tingkap atau pintu balkoni boleh membuatkan pandangan meleret ke taman di luar tingkap atau balkoni anda. Dalam kebanyakan rumah, sesuatu ruang disambungkan ke ruang yang satu lagi oleh pembukaan berbentuk kubah. Tanaman seperti ini amat sesuai diletakkan berhampiran pembukaan itu. Sebelum menghias rumah dengan tanaman bersaiz besar ini, anda terlebih dulu harus memahami cara memilih jenis tanaman yang sesuai. Caranya, pilih mengikut kesesuaian gaya ruang berkenaan. Contohnya, tumbuhan palma amat sesuai untuk menyerikan lagi perabot berwarna logam atau berkilat, manakala ...
Catatan terbaharu